BAB 40

Romance Completed 34829

TENGAHARI selepas tamat waktu rehat Faizal memulakan kerjanya seperti biasa. Membuat semakkan barangan masuk seperti yang tertera dalam D.O (Delivery order) . Satu per satu diteliti supaya tidak tersalah dalam bayaran kelak.

“Hai bos busy ke?” Sapa Ayie yang kebetulan melalui belakang Faizal di gudang.

“Tak sangat..nak siap dah” matanya masih melilau atas kebawah memerhati kuantiti yang tertera.

“Nampak pucat ja, tak sihat ka?” Soal Ayie yang berada disamping Faizal. Faizal tidak memberi sebarang reaksi. Dia mula rasai air panas mengalir dihidungnya.

“Allah..nah ambik tisu ni lap” Ayie segera menghulur tisu dari poket beg sandangnya.

Faizal menyapu darah yang mengalir dari hidungnya, kepala terasa semakin berdenyut, dunia tiba-tiba gelap. PAP! Hampir tersungkur ke lantai, mujur saja sempat disambut Ayie.

Ayie menjerit kuat memanggil pekerja berhampiran, mereka dengan tergesa-gesa berlari mencari kedudukan Ayie.

“Bang mat,tolong suruh driver ambulance ready. Kita bawak p hospital” Encik Abdul Rahman memang menyediakan ambulance khas untuk Private Riding Horse sebagai langkah keselamatan jika pelanggan atau pekerjanya cedera melibatkan pengendalian kuda .

Dua tiga orang pekerja membantu Ayie untuk mengangkat Faizal ke Ambulance yang tidak jauh dari mereka. Encik Abdul Rahman segera berlari mendapatkan mereka selepas dimaklumkan tentang keadaan Faizal.

“Awat ni ayie??” soal Encik Abdul Rahman cemas melihat Faizal yang tidak sedarkan diri dan berdarah.

“Saya pun tak tau bos, tengah sembang dia tumbang”

Encik Abdul Rahman segera melompat masuk duduk menemani Faizal diruangan belakang. Ayie pula mengambil tempat duduk penumpang hadapan sebelum kenderaan bergerak keluar.

“Hello Kak long! Jumpa ayah dekat hospital sekarang” arah encik Abdul Rahman sebaik saja panggilannya diangkat.

“Why? Hospital mana?” soal Fatihah hairan dengan suara cemas Encik Abdul Rahman.

“Hospital biasa”

“Ken..” belum sempat soalannya dihabiskan, talian terus ditamatkan.

Fatihah melompat laju dari katilnya dan menukar pakaian yang sesuai. Dia berlari turun mendapatkan kunci kereta tanpa sempat maklumkan pada Puan Aida. Dia mula tak sedap hati. Faizalkah?

***
Fatihah duduk dikerusi mengamati wajah Faizal yang masih terbaring tidak sedarkan diri dikatil hospital.

Dibelek pula jarum ditangan yang menyalurkan air dari botol drip. Dia masih menanti Faizal sedar.

“Assalamualaikum Puan..” Sapa Doktor Malik sebaik sahaja melangkah masuk.

“Waalaikumsalam…” Fatihah mengangguk hormat.

Doktor Malik melihat drip air. Dia mengeluarkan lampu suluh kecil dan menyelak kelopak mata Faizal.

“Macam ni puan..sample ujian darah awal yang dibuat, kami ada kesan cell leukemia”

“Cell apa tadi?” soal Fatihah ingin kepastian.

“Leukemia.. tapi untuk sahkan dengan lebih tepat hospital perlu ambik sample dari tulang sumsum suami puan” terang doktor dengan tenang tentang procedure yang akan dilakukan.

Fatihah terkaku.

“Doktor” panggil Faizal sedikit lemah. Fatihah dan Doktor Malik segera memandangnya.

“Saya rasa kita tak perlu buat procedure tu” Faizal mengatur kata dengan lemah.

“Boleh saya tahu kenapa?” Doktor Malik membetulkan cermin matanya.

Faizal mengeluh. Dia mencari kekuatan untuk berterus terang tentang masalahnya.

“Sebenarnya saya memang disahkan ada leukemia beberapa bulan yang lepas di hospital lain tapi saya yang pilih untuk tidak meneruskan rawatan”

“Are you sure? But why?” Doktor Malik memohon kepastian.

Fatihah merenung Faizal dengan linangan air mata.

“Ada sebabnya..”Faizal tidak bercadang untuk buka kisah hidupnya dihadapan doktor.

Doktor Malik minta diri untuk keluar selepas mendengar pengakuan Faizal, dia ingin memberi ruang kepada pesakitnya.

Fatihah menekup wajahnya ketilam. Faizal segera bangun bersandar dikatil.

“Sayang..sini” tangan Fatihah ditarik supaya bangun duduk disebelahnya. Fatihah hanya menurut, air mata mengalir membasahi pipi .
Tangan Faizal segera melingkari pinggang isterinya. Dia menarik dagu Fatihah supaya memandang wajahnya.

“I’m sorry” sebuah ciuman hinggap dibibir Fatihah. Fatihah menggeleng kepala.

“Kenapa buat macam ni? Kenapa refuse rawatan?” soal Fatihah dalam tangis.

“Sebab abang kecewa kehilangan sayang tapi Alhamdulillah… Allah swt makbulkan hasrat terakhir abang untuk pergi disamping sayang” luah Faizal yang memeluk erat Fatihah.

“Again?you will leave me again?” Fatihah menekan dadanya dengan sedih.

Faizal tidak menjawab. Dia hanya membiarkan Fatihah menangis dalam pelukkannya.

Sesungguhnya dia sendiri menyesal kerana tidak berfikir panjang sebelum bertindak, sekarang dia terpaksa membuat Fatihah merana sekali lagi.
Fatihah tertidur selepas penat menangis. Faizal membiarkan Fatihah tidur dikatilnya, dia turun menolak tiang Drip menuju ke tingkap untuk menyaksikan panorama luar.

Kedengaran pintu ditolak perlahan, muncul Encik Abdul Rahman dan Puan Aida dibalik pintu.

“Eh sapa yang sakit ni?” Soal Puan Aida selepas melihat Fatihah yang tidur dikatil.

“Tak pe mak. Biar la Fatihah tidur, penat menangislah tu”

“Awatnya? Kamu sakit apa ni?” soal Encik Abdul Rahman mendekati Faizal.

Faizal memulakan cerita dari awal dia disahkan menghidap penyakit leukemia. Puan Aida dan Encik Abdul Rahman mendengar dengan tekun.

“hmmm..nak buat macam mana lagi dah, perancangan Allah swt.” Ucap Puan Aida sayu memandang Fatihah yang baru nak mengecapi bahagia kembali. Berat dugaan anak perempuannya.

“Mama dengan papa kamu tahu ka?” Encik Abdul Rahman berjalan duduk dikerusi. Faizal menggeleng kepala.

“Tak ada siapa pun tahu. Ni lah first time Faizal cerita” ucap Faizal yang sedang bergerak ke katil kembali.

“Kak long bangun..” Puan Aida menggoyang kaki Fatihah. Fatihah menggosok matanya perlahan dan bangun duduk. Bengkak habis mata.

Faizal duduk menempel disisi Fatihah. Fatihah bergerak memberi ruang untuk Faizal berehat.

“Faizal nak makan apa?nanti mak masakkan”
Faizal hanya mengangguk senyum dengan soalan ibu mentuanya. Nampaknya perjalanan hidupnya sudah sampai dipenghujung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience