“Kak long dah habis pikiaq ka ni?” Soal Encik Abdul Rahman duduk tegak atas kerusi rotan diberanda rumahnya.
Angin bertiup lembut seolah-olah hujan akan membasahi bumi. Fatihah duduk berpeluk tubuh, Faizal berada disebelah bapa mentuanya . Puan Aida sedang menghidang minuman panas diatas meja.
Fatihah tidak bersuara. Faizal terus menatap Fatihah tanpa beralih sedikit pun matanya. Dia masih mengharap ada sedikit ruang kemaafaan dihati Fatihah.
“Macam ni lah, seeloknya jangan buat keputusan masa tengah marah. Faizal balik dulu, kamu buat la apa kamu nak buat untuk buktikan kamu tak bersalah. Biaq Fatihah duduk sini, redakan hati dia dulu.” Encik Abdul Rahman memandang Faizal yang kelihatan serba salah. Faizal tunduk menghadap lantai.
“Faizal mintak maaf bagi pihak mama. Faizal tak sangka sampai macam tu sekali dia rendahkan Fatihah”. Faizal sendiri terkejut dan malu saat mendengar kata-kata Puan Jamilah melalui rakaman video yang Fatihah sempat rakam.
“Ayah pun tak tahu nak cakap, sebolehnya ayah taknak masuk campur urusan perkahwinan anak-anak ayah.” Ucap Encik Abdul Rahman sedikit kecewa.
“Kami ni tak kisah pun ada cucu ka tak dak cucu ka.. asalkan anak-anak kami bahagia dengan cara sendiri” sampuk Puan Aida yang sememangnya kecewa dengan kata-kata Puan Jamilah pada Fatihah.
Faizal menyeka air mata yang mula bergenang. ‘Kenapalah mama aku tak macam ni.’ Getus hatinya.
“Dah. Kamu bincang lah dulu, dah lewat malam ni.Hujan pun lebat, esok sajalah kamu balik” Encik Abdul Rahman bangun meninggalkan Fatihah dan Faizal , Puan Aida segera bangun mengikuti suaminya.
Fatihah masih diam tidak berganjak. Faizal lantas bangun bergerak menghampiri Fatihah. Sekali lagi dia menarik tangan Fatihah, digenggam sekuat hati. Dia sudah tidak mampu untuk berkata-kata.
***
“Jahatnya mulut si jamilah tu kan?” ulas Puan Aida ketika menutup pintu bilik. Encik Abdul Rahman mengeluh berat.
“Entahlah Aida..kalau kita pun rasa berat, apa lagi depa dua. Depa baru ja nak bina jalan hidup sendiri.” Encik Abdul Rahman mengibas-ngibas tempat tidur.
“Saya harap betul la Faizal tak buat benda tak elok tu”
“hmm” Encik Abdul Rahman terus merebahkan badannya diatas tilam. Sakit kepalanya bila difikir masalah anak menantunya yang rumit, apa lagi melibatkan besannya.
***
Fatihah merebahkan badannya, ditarik selimut hingga menutupi kepala. Faizal menutup dan mengunci pintu bilik. Fatihah masih lagi membenarkan Faizal tidur sebilik memandangkan mereka masih lagi suami isteri.
Faizal berdiri dihujung katil memerhati Fatihah yang diselubungi kain selimut.
“Awak..” panggil Faizal perlahan. Fatihah tidak beri sebarang reaksi. Faizal mengeluh memikirkan masa depan hubungan mereka.
“Awak..”
Fatihah bangun menolak kasar kain selimut hingga menampakkan wajahnya yang serabai.
“Awak nak apa lagi?saya tetap dengan keputusan saya! Tak payah nak merayu lagi dah” Fatihah bersuara keras. Sepanjang bersama, tidak pernah sesekali dia bercakap kasar dengan Faizal.
Faizal sedikit terkedu. Namun dengan pantas dia duduk disisi Fatihah dan memeluk kemas. Fatihah meronta minta dilepaskan, Faizal tidak peduli. Dia terus peluk dengan erat sementara masih ada ruang untuk memujuk.
“Saya pun tetap dengan keputusan saya untuk tidak melepaskan awak!” Faizal bersuara tegas.
Fatihah mula berhenti meronta, dia terus menangis mengenang nasibnya yang malang.
“Kenapa awak muncul dalam hidup saya? Kenapa awak pilih saya? Kenapa pilih saya kalau awak masih tak mampu lupakan dia? Kenapa pilih saya kalau mama awak tak restu?” Fatihah bersuara antara dengar dan tidak dengar. Faizal membiarkan Fatihah meluahkan rasa hatinya.
“Saya takda jawapan, yang saya tahu saya tak nak kehilangan awak sayang” buat pertama kalinya panggilan sayang keluar dari mulut Faizal. Terasa menyesal kerana tidak selalu menuturkan ayat itu untuk isterinya.
“Saya tahu saya tak pernah luah rasa cinta saya dekat awak, susah nak ucap perkataan sayang tapi tolonglah percaya, awak satu-satunya wanita dalam hati saya sekarang.” Ucap Faizal dalam esak tangis.
Dia dah tak peduli dengan ayat lelaki tak boleh menangis, yang dia tahu dia tak boleh biarkan Fatihah pergi dari hidupnya.
Share this novel