SEBULAN kemudian.
Ting! Bunyi notification Whatsapp masuk. Fatihah mencapai telefon bimbitnya yang berada dimeja kopi rumahnya.
‘Hai, awak. Minggu ni free tak?’ pesanan Whatsapp dibaca,tertera nama Faizal diskrin handphone.
Sejak applikasi Whatsapp mula digunakan secara meluas di Malaysia , itu adalah kali pertama mereka berhubung.
‘Free hari selasa saja sebab off day. Why?’ balas fatihah kembali.
‘Saya dah sebulan stay sini, kot kalau boleh face to face pulak ke?’
‘Ohhh.. boleh,tapi dekat mall yang berdekatan saja la’
‘Okey set, pukul 12 tengahari hari selasa’
Fatihah melempar malas handphone ke atas sofa dan sambung fokus pada drama korea diTV. Dalam tengah menonton dia mula terfikir tentang Faizal,lelaki yang macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada. Sepanjang awal perkenalan mereka tidak pernah bertukar gambar masing-masing dan dia pun tidak pernah terdetik dihati untuk minta kerana hanya anggap sekadar sahabat alam maya untuk suka-suka saja.
*****
“Hello! Fatihah awak pakai baju apa ye? Saya baru sampai je ni” soal Faizal melalui panggilan telefon sambil menekan butang pintu lif.
“Biru, tudung hitam. Saya dekat foodcourt je ni” jawab Fatihah sambil menolak gelas minuman ke tengah meja.
Faizal putuskan panggilannya dan segera menuju ke kawasan foodcourt. Matanya meliar mencari sosok tubuh yang mengenakan baju biru dan tudung hitam.
“Hai! Fatihah kan?” soal faizal membuat kepastian.
“Faizal ke?” soal Fatihah kembali.
“Ya betul” Faizal segera menarik kerusi dihadapan fatihah.
Suasana foodcourt agak lengang dengan kehadiran orang ramai. Kebiasaan sesak dengan orang ramai hanya pada hujung minggu. Faizal mendapatkan minuman di kaunter berhampiran. Masing-masing hanya pilih untuk basahkan tekak sahaja.
“So awak kerja apa dekat sini?” soal fatihah setelah faizal melabuhkan punggungnya dikerusi.
“Buat masa ni saya jadi jurulatih RELA, kontrak dalam setahun macam tu” jelas faizal lalu menyedut minuman.
“Ohh..macam tu..” Fatihah mengangguk kepalanya.
“Awak pulak buat apa sekarang?”
“Saya Receptionist dekat hotel” balas Fatihah. Faizal mengangguk. Mereka terus berborak dan sempat menonton wayang bersama sebelum pulang ke rumah masing-masing.
****
Fatihah seorang gadis berkulit cerah, comel dan menarik untuk dipandang.
‘Ishh! Kenapa dari dulu aku tak mintak gambar dia, sekurang-kurangnya boleh jugak cuci mata masa frust dulu’ Faizal bersuara sendiri sambil menatap kembali gambar-gambar dia bersama fatihah yang sempat mereka ambil bersama siang tadi.
Faizal yang sedang baring dikatil meletakkan kedua tangannya dibelakang kepala sambil menatap siling biliknya seperti memikirkan sesuatu yang menarik. Dia tersenyum sendirian.
****
Fatihah memulakan tugasnya pada shift pagi seperti biasa. Bertanggungjawab memastikan pelanggan daftar keluar seperti waktu yang ditetapkan.
“Hah! Noks macam mana blind date hang semalam?” soal amsyar selepas pelanggan terakhir selesai daftar keluar. Amsyar sahabat baik fatihah sejak mula mereka bekerja dihotel tersebut, perwatakkan amsyar agak lembut namum masih berpakaian seperti lelaki sejati seperti biasa.
“So far okey je..makan tengok wayang. Tu je la” balas fatihah sambil menyusun kertas diatas meja kaunter.
“Euwww…klise sangat. Makan lepas tu tengok wayang” ujar amsyar lalu ketawa terbahak-bahak.
“Cukuplah tu, takkan hang nak suruh aku buat wayang pulak”
“Coiii! No!No! Maksud aku ubah la aktiviti lain sikit. P ride kuda ke, main squash ke” balas amsyar tersengih.
“Merapu sangat aih hang ni” Fatihah menggelengkan kepala dengan kerenah amsyar yang tidak pernah tidak ceria setiap kali mereka bersama.
Dia tidak menaruh sebarang perasaan pada Faizal jadi dia tidak meletakkan sebarang expectation sewaktu mereka bersua.
Share this novel