“EMAN jaga anak mak ni baik-baik ye, kalau ada apa-apa call saja” Pesan Puan Aida dimuka pintu.
“insyaAllah mak..jangan risau” balas Eman seraya bersalam dengan Puan Aida.
“Kami balik dulu.. jaga diri baik-baik, ada masa balik la sana” ujar Encik Abdul Rahman, sebelah tangannya didalam saku.
“Baby.. uncle balik dulu ye” Bisik Farhan yang menundukkan wajahnya kearah perut Fatihah.
“Bye! Hati-hati drive tu..” ucap Fatihah melambai keluarganya yang sudah berjalan menghampiri lift.
Pintu ditutup perlahan. Fatihah kembali duduk disofa menyambung menonton drama korea. Kelihatan Eman berjalan menuju kearahnya selepas selesai mencuci cawan minuman.
“Sayang” seru Eman setelah memeluk pinggang isterinya.
“Ya?” sahut Fatihah perlahan dan fokus pada tontonan.
“Thanks” Disangkut dagunya dibahu Fatihah. Jari jemari Fatihah dielus lembut.
“Untuk?”
“Tak tinggalkan abang” dia mengemaskan lagi pelukkannya.
“Eh! Bila pulak sayang nak tinggalkan abang?” Fatihah mengerutkan keningnya yang sudah memang berkerut ketika menonton babak plot twist drama diTV.
“Tadi tu, abang risau sayang setuju dengan cadangan mak. Risau untuk berjauhan, abang fobia” terang Eman tentang perasaannya.
“Fobia?” Fatihah pusingkan wajahnya memandang Eman.
Eman mengeluh berat. “Abang takut abang kena lalui situasi yang sama masa dengan ibu Mika. Abang tahu abang dah abaikan Mariam sepanjang dia mengandung, apa lagi PJJ dengan jarak beribu batu. Abang tak nak ulang kesilapan yang sama.” Ucap Eman dengan sedikit kesal.
Fatihah memandang anak mata redup suaminya, dia mengukir senyuman. Eman membalas senyuman isterinya itu.
“Ingat Ayah pesan tadi kan? Tempat isteri disisi suami” ucap Fatihah kembali menatap skrin TV.
Eman mencapai dagu Fatihah dan menarik wajah itu untuk memandangnya. “I love you” ucap Eman pendek dan bermakna. Fatihah sudah tersenyum.
“Ulang lagi sekali, tak dengar la” rungut Fatihah sengaja pura-pura tidak mendengar.
“I love you sayang… I love you so much, love you forever and ever” balas Eman tersengih. Fatihah tertawa halus.
“I love you too abang sayang” balas Fatihah dengan nada manja.
“Haaa..baru nak dapat dengar”
“Dengar apa?” soal Fatihah pelik.
“Dengar suara manja sayang macam hari tu, masa sayang dating dengan harry tu” balas Eman mengingatkan Fatihah. Fatihah tersengih mengenang sikap spontannya itu.
“Limited edition. Tiada siaran ulangan, kerap-kerap sangat nanti abang bosan” Ujar Fatihah menarik hidung Eman.
“Abang tak penah bosan dengan sayang” ucap Eman lantas merapatkan bibirnya dibibir Fatihah dengan hati yang berbunga mekar.
****
“Ummi…” Mikail berjalan sambil teresak-esak seperti baru lepas menangis. Dia yang baru saja pulang dari pusat asuhan bersama Eman, berjalan ke dapur mencari Fatihah.
Eman menutup perlahan pintu dan menuju ke bilik untuk mandi selepas pulang dari kerja.
“Kenapa anak ummi menangis?” soal Fatihah merendahkan badannya untuk menatap mata Mikail.
“Abi marah” jawabnya sedih.
“Mika buat apa?” soal Fatihah mengelus lembut rambut Mikail. Dia mengangkat Mikail duduk atas kerusi jenis tinggi dibar kaunter.
Mikail diam tidak menjawab.
“Kalau abi marah mesti Mika ada buat salah kan?” Fatihah mencuit hidung anaknya itu. Dia segera menghidangkan kuih donut kegemaran Mikail sebelum meneruskan memasak.
Eman berjalan perlahan ke dapur selepas selesai membersihkan diri. Nampak wajahnya sedikit stress, mungkin letih dengan tugasnya.
“Kenapa sayang masak?” Soal Eman berdiri berhampiran Fatihah. Fatihah yang mengesan kelainan pada suara Eman tidak segera menjawab. Dia menarik tangan Eman untuk duduk dikerusi dan mengambil air teh hijau yang masih suam untuk Eman.
“Minum dulu okey?” ujar Fatihah menggosok lembut belakang Eman. Fatihah mengangkat Mikail ke bilik untuk mandi dan bersedia untuk solat maghrib.
Eman membawa cawan teh ke balkoni, dia duduk menikmati minuman yang disediakan Fatihah untuknya setiap kali pulang dari kerja. Sedikit sebanyak green tea membantu dia tenangkan minda yang letih.
Fatihah berjalan mencari kelibat Eman selepas siapkan Mikail. Dia biarkan Mikail bermain didalam bilik sementara menunggu masuk waktu solat.
Fatihah berdiri dipintu balkoni melihat Eman yang sedang asyik memandang langit. Dia bergerak perlahan kearah Eman dan melabuhkan punggungnya disisi suaminya.
“Ada problem ke?” Soal Fatihah yang sudah merangkul pinggang Eman dengan kedua tangannya. Tangan Fatihah diusap lembut selepas menyedari kehadiran isterinya.
“Ada la sikit tadi” jawab Eman mengeluh.
“Kalau nak kongsi cerita,sayang okey je” Fatihah meletakkan dagunya dibahu Eman seraya menggosok perlahan dada bidang suaminya. Dia cuba untuk membantu suaminya mengurangkan stress. Eman tersenyum dengan kelakuan Fatihah, kurang rasa sebal dihatinya.
“Hari ni busy sikit, entah macam mana ada anggota buat salah sikit tadi. Lepas tu habis la kena maki hamun. Abang bukan la kisah sangat pun kena marah tapi pegawai baru ni agak keterlaluan” luah Eman ada nada tidak puas hati dalam ceritanya. Fatihah tekun mendengar.
“Sikit je lagi nak bertumbuk tadi” Eman tersengih memandang Fatihah.
“hmmm.. kenapa tak tumbuk je bagi sedar diri sikit?” soal Fatihah slumber. Terbeliak mata Eman memandang Fatihah .
“Haip! Isteri abang lagi gangster nampaknya” jawab Eman menarik hidung Fatihah .
“Mana ada gengster pun, setakat bagi penumbuk dekat budak laki belagak samseng tu biasa dah sayang buat” terang Fatihah tanpa rasa bersalah. Melopong mulut Eman mendengar pengakuan Fatihah .
“Abang pulak yang seram ni”
“Tapi Mika buat salah apa?” soal Fatihah inginkan kepastian.
“Dia berlari tadi, sikit lagi nak kena langgar..abang marah la”
“Hmm..ni mesti terbawak-bawak perasaan dekat tempat kerja kan? Mika tu baru 3 tahun..dia belum pandai beza dengan baik lagi. Nanti abang kena explain dekat dia kenapa abang marah” pesan Fatihah seraya mencium tangan Eman.
“Terima kasih sayang” ucap Eman, dikucup ubun-ubun Fatihah.
“Okey dah ke?” Soal Fatihah tersenyum. Eman menjawab dengan senyuman. “Kalau dah, jom masuk. Kejap lagi nak masuk waktu maghrib dah” Fatihah menarik tangan Eman untuk bangun.
AMINN….
“Salam abi” arah Fatihah kepada Mikail selepas anak itu bersalam dengannya. Mikail merangkak kearah Eman.
“ I’m sorry abi” ucapnya sambil mencium tangan Eman. Eman menarik Mikail ke dalam pelukkannya.
“Lepas ni jangan buat macam tu lagi okay ? Bahaya, kena tunggu tak ada sebarang kenderaan bergerak baru boleh melintas. Faham?” lembut dan tegas. Mikail mengangguk, entah faham entah tidak.
“Okey.. jom makan.. ummi dah lapar” ucap Fatihah segera bangun untuk menyimpan telekung dibilik.
Eman menuju ke dapur untuk hidangkan makan malam yang telah siap dimasak.
****
“Eh.. preggy mom dah start masuk kerja hari ni?” soal salah seorang staff dibutik. Fatihah tersenyum .
“Amsyar mana?” soal Fatihah kembali selepas duduk memeriksa fail customer diatas meja.
“Encik Amsyar belum datang lagi” jawabnya sambil memasang gaun pengantin pada patung mannequin untuk pameran dalam butik.
“Eh! Sejak bila pulak bos masuk lewat ni?” bebel Fatihah sendiri.
“Assalamualaikum..” ucap Amsyar saat melangkah masuk ke dalam butik.
“Waalaikumsalam bos! Lambat masuk hari ni?” soal Fatihah memandang Amsyar melangkah malas duduk disofa. Matanya dipejam.
“Aku tak boleh tidoq semalam, pagi ni tak dengaq alarm langsung.” adu Amsyar pada Fatihah.
“Ada masalah ka?” Fatihah menungkat dagu menanti jawapan sahabat baiknya itu.
“Aku pun tak tau la apa masalah aku ni” dia memicit kepala dengan kedua tangannya.
“Pulak dah. Ada awek ka? Awek merajuk?” Fatihah cuba meneka.
“Bukan.. lagi parah dari tu. Mak aku dia duk kalut cari jodoh untuk aku pulak. Dia duk takut aku ni suka kaum sejenis! Aduhh! Sakit otak aku pikiaq” luah Amsyar tentang masalahnya. Fatihah ketawa perlahan.
“Alahhh…dating ja dulu dengan calon-calon mak hang cari tu, terus terang saja dengan depa.” Cadang Fatihah lalu tersengih . Terbuntang mata Amsyar dengan cadangan Fatihah.
“Eee..malas aku nak dating, taste mak aku tu mesti dia sauk jenis perempuan plastic” Amsyar mula bangun berjalan disekeliling butik.
“Plastic Thai ke plastic korea?” sampuk staff yang mendengar dari awal.
“Choii! Plastic tu lagi aku tak mau” balas Amsyar membuat gaya geli. Fatihah dan staff yang bertanya terus ketawa.
tempat isteri disisi suami (^^)
Share this novel