“Aaaa..” Fatihah ngangakan mulutnya dan menghulur tangan untuk menyuap Mikail makan. Mikail menyambut suapan Fatihah sambil diriba Eman. Seronok dia bila disuap makan oleh Fatihah.
“Haish! Kalau nenek yang suap,jenuh berkejar keliling rumah” rungut Puan Rosma memandang Mikail. Dia menyuap masuk nasi ke mulutnya.
“Maaf kalau Mikail susahkan awak” ucap Eman sayu menahan sebak. Nampaknya anak kecilnya itu inginkan belaian seorang ibu yang dia tidak perlu berkongsi dengan kanak-kanak lain. Mungkin anak kecilnya itu sudah pandai cemburu melihat saudara seumurnya ditatang ibu masing-masing.
Fatihah memandang mata Eman yang merah menahan tangis. “ Takde lah. Saya anggap dia anugerah yang Tuhan kirimkan untuk ganti anak saya. Sementara pun takpe” balas Fatihah tersenyum memandang Mikail . Dia meneruskan suapan ke mulut Mikail selepas anak kecil itu membuka mulutnya kembali.
Puan Rosma mengerdip matanya berkali-kali supaya air mata tidak tumpah.Disangka kehidupannya sudah cukup sedih, rupanya ada yang lagi menyedihkan.
“Korang berdua ni memang dah kenal ke?” Soal Puan Rosma cuba mengubah mood. Dia menyenduk kuah sambal ikan ke dalam pinggannya.
“Dah lama kenal. Dari sekolah lagi” balas Fatihah sambil menyubit ikan untuk Mikail.
“Fatihah satu sekolah dengan Eman ke?” Puan Rosma mula tertarik dengan pengakuan Fatihah. Kenapa anaknya tak cerita pun.
“Eh! Tak lah.kami kenal melalui program chatting apa entah, sejak dari situ la kami keep in touch sampai la satu masa tu.. anak aunty diam lama tak contact saya, jadi saya pun malas nak ganggu kot dia dah ada girlfriend ke apa kan? Maklumlah masing-masing jauh beribu batu. Takutlah saya tak pasal-pasal kena cop penyondol pulak” panjang Fatihah membuka cerita. Eman mengerutkan dahi, adakah Fatihah masih ingat padanya?
Puan Rosma ketawa. “Aunty rasa masa tu Eman busy dengan latihan kot.” Eman masih diam memikirkan kejadian lalu.
Fatihah tersengih. Dia meneruskan suapan untuk Mikail.
“Jadi sebab Eman hilang la kamu terus terima lamaran arwah suami kamu?” Puan Rosma sengaja meneka. Fatihah hanya ketawa dengan soalan Puan Rosma. Tidak memberi sebarang jawapan. Sempat dia menjeling wajah Eman seperti ligat berfikir sesuatu.
KRING!KRING! Fatihah segera mendapatkan telefonnya dimeja. Amsyar!
“Hello..”
“Fatihah!” jerit Amsyar nyaring hingga Fatihah menjauhkan handphone dari telinga.
“Hang ni pasai apa duk jerit macam tu?” soal Fatihah geram.
“Tadi aku call ada laki jawab. Dia kata hampa tertukar handphone!” terang Amsyar dengan nada tidak puas hati.
Fatihah terpandang handphone yang berada diatas meja, dia memandang pula handphone ditangan. Eh! Kenapa sama?
“Fatihah?” jerit Amsyar risau. Tak senang dibuatnya.
“Aaaa.. ya ya.aku okey saja, betul la tu tertukaq,nanti hang balik kita gosip noh!” jawab Fatihah menyedapkan hati Amsyar.
“Okey lah macam tu” Amsyar mengurut dadanya lega.
“Bye! Bercuti elok-elok. Jangan lupa buah tangan untuk aku” pesan Fatihah sebelum tamatkan panggilan. Fatihah berjalan ke meja makan semula dengan handphone ditangan.
“Fatihah, makanlah dulu. Aunty nak basuh pinggan kejap” ujar Puan Rosma bangun menatang pinggan ke sinki.
“Abi!” Mikail menarik tangan Eman.
“Ye?” Eman memandang anaknya.
“Suap” Mikail memasukkan tangan kecilnya dalam mulut sendiri
“Mika nak nasi lagi?”
Mikail pantas menggeleng. “No!” Dia menarik tangan Eman kearah Fatihah. “Ummi”
“ummi?” Eman menyoal kurang faham dengan maksud anaknya.
“Suap… ummi mam” bersungguh – sungguh dia cuba fahamkan Eman.
“Ohh! Suap ummi makan?” Eman mengulangi ayat Mikail.
“ Yey! Good” Mikail melompat seraya menunjuk tanda bagus pada Eman.
“Eh! Takpe ummi boleh makan sendiri je” sampuk Fatihah yang menjadi pemerhati dari awal.
“Please” Mikail berpaut pada tangan Fatihah cuba memujuk. Puan Rosma tersenyum geleng kepala mendengar suara rengekkan Mikail.
“Okey! Tapi Sekali saja” Fatihah menarik Mikail keatas ribanya. Pipi gebu Mikail dikucup berkali-kali.
“Hah! Apa yang termenung lagi tu Eman? Suap la cepat” sergah Puan Rosma setelah siap mencuci.
“Err! Tangan ke sudu?” Soal Eman teragak-agak. Aduh! Pandai-pandai betul anak terunanya. Kalau pakai tangan, tak kan lah dia nak makan bekas mulut aku pulak? Eman masih bersoal jawab dalam hati.
“hand!” Mikail menarik tangan Abinya.
“Ye lah Bos!” ucap Eman memandang Mikail dengan geram. Mahu saja dicubit-cubit pipi anaknya itu. Puan Rosma hanya ketawa, dia berlalu ke ruang tamu untuk menonton.
****
SEMINGGU menternak lemak, akhirnya hari untuk bekerja mula seperti biasa. Fatihah meneruskan pemanduannya ke deretan bangunan kedai tempatnya bekerja. Mujur saja Amsyar bayar sewa parking khas, tak perlu susah-susah untuk dia pusing berkali-kali mencari tapak parking.
Fatihah mengenakan blouse dan palazo hijau emerald untuk hari ini. Dia melangkah tenang memulakan hari baru.
“Assalamualaikum bos! Seronok cuti?” tegur Fatihah melihat Amsyar duduk terlentang disofa dengan muka mengantuk.
“Waalaikumsalam.. seronok saja. Hah! Tunggu apa lagi cepat story dekat aku” ujar Amsyar dengan gaya mami jarum. Fatihah tertawa perlahan. Dia duduk disofa single bertentangan Amsyar.
“Awal pagi hang ajak gosip noh!”
“Of course lah!” jawab Amsyar menjeling.
“Hang ingat tak mamat jepun hang tu?” soal Fatihah tentang lelaki yang menyelamatkannya. Amsyar mengangguk laju.
“Aku tertukaq handphone dengan dia la”
“What??” Melopong mulut Amsyar tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
“Wait! Wait! But how?” soal Amsyar tidak percaya. Dia bangun bermundar mandir dihadapan Fatihah seolah-olah sedang memikirkan masalah negara.
Fatihah ketawa melihat Amsyar, dia mula cerita bagaimana dia bertemu semula dengan Eman dan siapa Eman yang sebenarnya dengan dia.
“Satu je aku nak pesan” Amsyar bersuara tegas. Dia berpeluk tubuh memandang Fatihah dengan serius.
“Apa?”
“Make sure nak kahwin nanti bagi aku yang urus majlis hang!” jawab Amsyar mula ketawa.
“Amboih! Jauh betul hang travel. Aku tak dan pikiaq lagi bab tu, hang dah plan siap.” Fatihah menggeleng kepala.
“Sebab aku yakin!” Amsyar terus ketawa gaya kassim baba! Fatihah melempar bantal kecil kearah Amsyar. HaHaHa!
Edited bab 52. bab 51 jadi double tadi
Share this novel