Extra : RAMADAN RAYA PART 1

Romance Completed 34761

10 TAHUN KEMUDIAN

“Ummi..lusa puasa” jerit Melur Aisya dari ruang tamu.

“Ya, ummi dengar..” Balas Fatihah yang duduk membaca novel di balkoni rumahnya.

Sepuluh tahun berlalu, dua anak kembarnya sudah berusia sepuluh tahun. Manakala anak sulungnya berumur tiga belas tahun, sudah menginjak remaja tahun ini. Eman pula sudah lima tahun bertukar kerjaya bahagian Health and Safety di syarikat swasta terkenal. Dia pula masih setia bersama Amsyar menguruskan butik The Royal Wedding .

TING TONG! Loceng rumah berbunyi. Melur Aisya segera berlari ke pintu untuk melihat siapa yang menekan loceng melalui paparan skrin kamera pintu masuk. Dia tersenyum gembira melihat wajah Eman disebalik pintu. Pintu dibuka segera.

“Assalamualaikum..” ucap Eman tersenyum melihat Melur Aisya menyambut kepulangannya.

“Waalaikumsalam..bukan abi balik esok ke?” sambut Melur Aisya membantu menolak beg Eman masuk ke ruang tamu.

“Habis awal jadi abi terus balik la” balas Eman sambil meletak kasut dalam almari kasut.

“Eleh! Rindu ummi lah tu” usik Melur Aina yang muncul dari dapur.

Eman tersengih. Anak kembarnya memang kuat bergurau sama macam adik-adik iparnya, Farhan dan Furqan.

“Along mana?” soal Eman mencari kelibat Mikail yang tiada bersama.

“Along terperuk dalam bilik tu haa..sehari dua ni dia tak nak bercakap langsung dengan kami” adu Melur Aisya tentang perubahan abang sulungnya yang semakin menjauh.

“Kenapa?” soal Eman mengerutkan dahinya. Kedua anak kembarnya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Ummi?”

“Ummi ada dekat luar tu tengah baca buku” jawab Melur Aina lalu meneruskan tontonan rancangan di TV. Eman melangkah ke balkoni mencari Fatihah.

“Laa..tidur pulak,patutla tak sambut macam selalu” bebel Eman sendirian. Dia menutup rapat pintu slide. Eman melabuhkan punggungnya disisi Fatihah. Dia memandang wajah isterinya yang tidur dengan buku masih ditangan. Perlahan-lahan dia memberi pelukkan dan ciuman di pipi Fatihah.

“Eh! Abang bila sampai?” soal Fatihah yang terjaga dengan ciuman suaminya. Eman tersenyum seraya menarik hidung Fatihah.

“Abang baru je sampai. Patut la tak sambut abang, tengah mimpi rupanya”

“tengah baca novel tadi,boleh pulak tertidur. Ingatkan abang balik esok” terang Fatihah membalas pelukkan Eman sama seperti setiap kali mereka berjauhan dalam tempoh masa yang panjang. Tenang hatinya.

“Habis awal tadi, abang terus gerak balik la.. rindu..” ujar Eman tersengih.

“Rindu siapa?” Sengaja Fatihah menyoal.

“Siapa?” Soal Eman. Fatihah mengangguk tersenyum memandang Eman. Eman lantas memberi ciuman kebibir isterinya itu.

“Okey,dah tahu rindu siapa kan?” soal Eman tersenyum sambil menarik lembut hidung Fatihah.

Fatihah tersenyum malu dengan usikkan suaminya.

“Tadi kembar mengadu pasal mika. Ada apa-apa yang tak kena ke?”

“Hmm…I think he needs you” jawab Fatihah.

“Kenapa?” soal Eman pelik.

“Anak teruna kita tu dah masuk 13 tahun. Abang kan lelaki,jadi abang la yang elok bercakap dengan dia pasal ‘lelaki’” jawab Fatihah cuba untuk fahamkan suaminya. Eman terdiam sebentar sebelum mula menyedari maksud isterinya.

“Hmm..macam tu nanti abang bercakap dengan Mika”

“Abang nak makan ke?” Soal Fatihah memandang Eman.

“Sayang nak masak ke?”

“Okey je tapi yang mudah disediakan je la” balas Fatihah seraya bangun berdiri untuk ke dapur.

“Abang tak kisah pun” jawab Eman turut bangun ingin membersihkan dirinya.

“Esok kita keluar beli barang awal sikit ye, keluar lewat risau ramai sangat pulak” ucap Fatihah pada Eman. Eman hanya mengangguk setuju.

*******

TOK!TOK!

“Mika, abi masuk ni” ujar Eman lalu menolak daun pintu bilik anaknya. Pintu ditutup kembali. Mikail dilihat tenang menyiapkan tugasan sekolahnya dimeja. Eman melabuhkan punggung dibirai katil berhampiran.

“Mika okay ke ? Kawan-kawan kelas okay? Ada kena buli ke?” soal Eman untuk membuat anak lelakinya itu bercakap. Mikail hanya mengangkat tangan tanda okey.

“Mika..bila abi cakap cuba pandang sini,jawab elok-elok” Eman mula bersuara tegas. Terdengar keluhan kecil dari anaknya, dia meletak pen yang dipegang dan berpusing mengadap Eman.

“Mika, segan la nak cakap” Mikail mula bersuara sambil menundukkan wajahnya ke lantai. Eman tersenyum bila mendengar perubahan suara anak lelakinya.

“Kenapa nak segan? Semua orang akan lalui fasa ni..” jawab Eman memandang Mikail.

“Nanti adik-adik ketawakan Mika”

“Adik-adik kan suka bergurau, nanti abi terangkan dekat dorang. Kesian dorang Mika tak layan” ucap Eman tersenyum.

“Okey abi” jawab Mikail lembut.

“Ada apa-apa nak tanya ke?” soal Eman lagi. Mikail diam seperti memikirkan sesuatu .

“Kalau ada apa-apa boleh tanya abi atau ummi je, tak payah malu. Lepas ni Mika dah boleh jadi imam solat ummi dengan adik-adik bila abi tak ada dekat rumah. Lepas ni jugak setiap perbuatan baik buruk Mika akan dicatat” terang Eman tanpa dipinta.

Kedengaran pintu diketuk perlahan sebelum muncul Fatihah membawa minuman untuk Mikail.

“Eh! Abang pun ada,ingat Mika sorang tadi” soal Fatihah sambil meletak mug yang berisi air susu untuk Mikail sebelum tidur. Fatihah mengambil tempat disebelah kanan Eman.

“Dah habis kerja sekolah ke?” Soal Fatihah pada Mikail. Mikail hanya mengangguk.

“So? Anything happens? Senyap je?” Soal Fatihah lagi.

“Tak ada apa-apa pun.. okey je, Mika ni haa risau si kembar ketawakan suara dia” jawab Eman. Fatihah tersenyum.

“ Jangan risaulah, ummi dah ajar adik-adik dah. Kesian dorang tertanya-tanya kenapa Mika jauhkan diri” jelas Fatihah menenangkan hati Mikail. Dia tahu anak kembarnya mewarisi sikap Farhan dan Furqan yang kuat menyakat.

“Ummi..” Mikail bangun dan duduk disebelah kanan Fatihah. Dipeluk erat umminya. “…kenapa Mika tak lahir dari rahim ummi macam adik-adik?”

Fatihah memandang Eman saat mendengar soalan Mikail. “Kenapa Mika tanya macam tu?”

“Sebab Mika nak ummi jadi ummi kandung Mika bukan ummi tiri. Dalam badan adik-adik ada darah ummi ada genetik ummi tapi Mika tak ada” Mika meluah rasa hatinya.

Fatihah tersenyum mendengar luahan Mikail. “ First sekali, Allah swt yang tentukan. Yang kedua, walaupun darah ummi tak ada dalam badan Mika tapi Mika sorang je yang sama blood type dengan ummi. Kalau ummi perlukan bantuan darah, Mika orang pertama yang boleh tolong ummi” pujuk Fatihah. Eman hanya menjadi pemerhati sesi luahan anak bujangnya itu.

“Walaupun Mika lahir dari rahim ibu Mariam tapi ummi tak pernah anggap Mika anak tiri ummi. Ummi ingat lagi first time Mika peluk ummi masa dekat klinik dulu. Allah swt dah atur elok dah, tak sangka dah besar baby comel ummi ni” Fatihah menggosok belakang Mikail yang masih belum lepaskan pelukkannya. Eman yang mendengar mula terasa sebak dengan perjalanan hidup anaknya.

“Lepas ni ummi tak nak dengar dah ummi tiri ke anak tiri ke. Ummi tak pernah bezakan kasih sayang untuk semua anak-anak ummi. Betul tak abi?”

“ Betul cakap ummi tu. Ummi dah jaga Mika dengan baik dari kecil lagi, abi pun kalah. Yang penting Mika kena jadi anak soleh bukan untuk ummi dan abi saja tapi untuk ibu Mariam jugak. Tak ada yang lebih berharga untuk ibu bapa melainkan doa dari anak yang soleh dan solehah.” Eman menggosok rambut anaknya.

Mikail melepaskan pelukkannya, dia mengesat air mata dengan tangan dan bangun duduk semula dikerusi seraya menghabiskan minuman yang dibawa Fatihah.

“tidurlah, esok abi dengan ummi nak keluar awal beli barang sikit. Mika nak ikut ke nak duduk rumah dengan adik-adik?” Soal Eman memandang Mikail.

“Duduk rumah saja lah” balas Mikail

“Okey..Good night!” ucap Fatihah seraya memberi ciuman di ubun-ubun Mikail.

“Good night ummi.. abi” ucap Mikail lalu salam cium tangan Eman. Eman menggosok lembut rambut Mikail.

Pintu ditutup perlahan. Fatihah membawa mug ke dapur untuk dicuci. Eman mengikut Fatihah ke dapur dan duduk dikerusi kaunter bar.

“Abang nak minum ke?” Soal Fatihah melihat Eman duduk termenung dimeja.

“Tak lah..nanti tak boleh tidur pulak”

“Dah tu, termenung jauh je” Fatihah berlalu ke ruang tamu untuk tutup lampu dan kunci pintu slide sebelum tidur. Eman berjalan masuk ke bilik meninggalkan Fatihah.

FATIHAH melangkah masuk ke bilik dan terus ke bilik air untuk mencuci mukanya. Eman duduk diatas katil bersandar sambil menatap skrin handphone. Dia memeriksa satu per satu history activity handphone Mikail melalui telefon pintarnya.

Fatihah yang selesai membersihkan diri, segera menghenyak badan diatas katil. “Abang tengok apa tu?”

“Tengok apa Mika buat dengan handphone dia” jawab Eman perlahan.

“Kenapa? Ada yang pelik ke?” soal Fatihah mengiring ke kanan mengadap suaminya.

“Tak ada.. Cuma pelik kenapa Mika tiba-tiba bangkitkan soal tadi tu” balas Eman merasa ada yang tidak kena. Fatihah diam berfikir.

Salam Ramadan Mubarak :⁠-⁠)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience