USIA kandungan yang mencecah 35 minggu semakin mendebarkan. Kekerapan perut mengeras semakin rapat. Sesudah solat subuh Fatihah mula rasa something yang tidak kena, pengalaman lepas membuatkan dia sentiasa alert dengan setiap tanda-tanda yang muncul. Dia berjalan ke toilet,tulang pinggulnya mula terasa sengal seperti ingin membuang air besar.
‘Alamak..blood discharge’ bisik Fatihah ketika melihat cecair diseluar dalam yang dibuka. Dia segera mengganti seluar baru bersama tuala wanita nipis untuk elak berlaku sebarang kebocoran.
“Abang..” seru Fatihah ketika pintu tandas dibuka.
“Ya?” Eman memandang Fatihah ketika dia sedang membetulkan cadar.
“Sayang rasa kena pergi hospital la” Fatihah berjalan kearah Eman.
“Hah? Kenapa? Baby nak keluar dah ke?” soal Eman segera memegang Fatihah untuk duduk.
“Rasanya la. Tolong ambik beg yang sayang dah siapkan tu. Buku dengan IC jangan lupa pulak” jawab Fatihah yang masih belum rasa sebarang kesakitan contractions. Hatinya berdebar-debar, seribu satu perasaan mula bermain difikirannya.
Kebetulan Mikail sudah berada dirumah Puan Rosma setiap kali cuti hujung minggu.
****
Doktor bertugas mula meletakkan transducer diperut Fatihah untuk melihat keadaan baby dalam kandungan dan ukuran cervix melalui skrin monitor ultrasound.
“Wait a minute…” Doktor Chia memerhati skrin dengan tekun, tangannya menekan-nekan seperti mencari sesuatu. Dia pantas mengeluarkan handphone dalam poket uniform kerjanya.
“Morning Doktor Hamidah. Pagi ni Puan Fatihah datang hospital dengan tanda-tanda nak bersalin, baru 35 weeks, cervix pun makin pendek. But I found a miracle” ucap Doktor Chia yang masih tak lepas memerhati skrin monitor.
“It’s a twins! Perlu suntik dexa tak? Okey, Please come as soon as possible” ucap Doktor Chia lagi sebelum menamatkan panggilan.
Fatihah hanya memerhati dengan tanda tanya. Twins? Kembar?
Doktor Chia tersenyum sambil menerangkan kembali pada Fatihah dengan apa yang dilihatnya. Kedua bayinya berada dalam keadaan sihat, mereka akan menjalankan procedure membuka kembali ikatan Shidrokar sebagai persediaan proses bersalin.
EMAN melangkah masuk dengan mengenakan uniform khas yang disediakan. Sebaik saja ikatan dibuka, bukaan cervix juga terbuka dengan cepat. Fatihah mula terasa kontraksi yang semakin hebat. Digenggam tangan Eman sekuat hati sambil mengawal pernafasan.
Berkerut dahi Eman menahan kesakitan akibat genggaman Fatihah yang kuat lebih daripada biasa. Dia membantu Fatihah mengawal pernafasan dengan betul dan mengingatkan isterinya untuk terus berzikir.
“Okey puan. Bukaan dah penuh ni, ready untuk meneran ya. Follow arahan saya ya..” ujar Doktor Hamidah yang ready untuk menyambut baby miracle.
PUSH!
PUSH!
PUSH!
“Good job mommy! Okey, rehat sekejap ya sebelum turn baby kedua”
PUSH!
PUSH!
PUSH!
“Alhamdulillah mommy, baby kedua dah selamat keluar” ucap Doktor Hamidah menyerahkan bayi kepada jururawat bertugas untuk procedure mengambil data kelahiran.
“Alhamdulillah…” ucap Doktor Hamidah selepas selesai memeriksa untuk kali terakhir memastikan uri keluar dengan sempurna dan tiada sebarang koyakkan.
“Pandai Puan meneran. Tak ada koyak langsung. Nanti lepas setel semua boleh balik wad. Baby kami urus dulu ya sebab premature, kena make sure all normal baru kami hantar dekat puan.” Ujar Doktor Hamidah dengan senyuman yang nampak teruja diwajahnya sebelum melangkah keluar dari dewan bersalin.
Eman mengucup ubun-ubun Fatihah dengan sebak. “Thank you sayang. Abang tak mampu balas jasa sayang, abang harap Allah swt angkat darjat sayang hingga ke syurga”
Fatihah tersenyum lemah. Seluruh tenaga dikeluarkan seratus peratus untuk keluarkan dua insan terpilih yang membesar dalam rahimnya. Sungguh tidak dijangka, Allah swt menyembunyikan salah satu janin hingga tidak disedari langsung tentang kewujudannya .
****
Eman membetulkan selimut Fatihah sebelum berlalu dan duduk disofa selepas selesai solat Zohor.
Dia sudah maklumkan pada Puan Rosma dan keluarga mentuanya.
Pintu bilik diketuk perlahan.
“Assalamualaikum..” ucap Puan Rosma melangkah masuk bersama Mikail menuju kearah Eman.
“Semua okey ke?” Soal Puan Rosma mengambil tempat disebelah Eman. Mikail sudah duduk diatas riba Eman.
“Alhamdulillah.. semua okey, baby mungkin petang sikit kot baru nurse hantar.” Jawab Eman yang masih tidak beritahu hal sebenar.
TOK! TOK!
“Assalamualaikum..” ucap Encik Abdul Rahman menjenguk disebalik pintu. Puan Rosma dan Eman memandang serentak kearah pintu. Kelihatan keluarga mentuanya berjalan masuk kearah mereka.
“Belum bangun?” soal Puan Aida memandang Fatihah yang masih tidur lena.
“Belum. Baru balik wad dalam 2 jam macam tu” jawab Eman menggosok lembut rambut Mikail. Puan Aida mengangguk faham.
“So baby girl or boy?” soal Farhan teruja. Tak sabar rasanya nak tahu.
Eman tersengih. “Tunggu nurse hantar petang nanti” Eman masih rahsiakan status bayi kembarnya.
“Nervous pulak nak tunggu” ujar Furqan menggosok dadanya.
“Tadi balik wad mandi dulu tak sebelum tidur?” soal Puan Aida lagi.
“Dah.. lepas mandi yang boleh tidur nyenyak macam tu.” Jawab Eman yang teringat Fatihah berkali-kali minta mandi dari dalam dewan bersalin lagi.
USAI solat asar, Eman melabuhkan punggungnya dikerusi peneman tepi katil Fatihah. Dielus jari-jari Fatihah sambil melayari applikasi Fac hingga akhirnya dia sendiri tertidur.
Fatihah terjaga dari lenanya. Dia memandang Eman yang sudah tertidur. Fatihah tersenyum seraya mengelus rambut suaminya itu.
“Abang…” Fatihah memanggil perlahan sambil menepuk lembut pipi Eman. Eman sedikit tersentak terus membuka mata dan memandang Fatihah.
“Sayang dah bangun? Nak minum? Ke lapar?” soal Eman, jarinya menggosok mata untuk menyegarkan mata.
“Nak air je” jawab Fatihah bangun duduk bersandar. Eman segera mengambil air miniral lalu dituang ke dalam gelas sebelum menyerahkan pada isterinya.
Kedua pintu bilik wad dibuka luas. Dua jururawat menolak masuk baby cot bersama Doktor Hamidah yang tersenyum lebar memandang Fatihah. Sungguh tidak beliau jangka boleh melalui pengalaman berharga ini.
“How do you feel right know?” Soal Doktor Hamidah sebaik saja menghampiri katil Fatihah. Fatihah tersenyum mengangguk.
“Encik Eman kalau nak qamat dekat baby boleh lah,tadi kami tak serah dulu sebab baby premature kena bertindak pantas untuk elak sebarang komplikasi yang terjadi. Tapi alhamdulillah, baby normal saja.” Terang Doktor Hamidah tanpa dipinta.
Eman bangun mendapatkan kedua-dua anaknya. Diangkat satu persatu untuk qamatkan. Doktor Hamidah masih lagi terus berborak dengan Fatihah panjang lebar.
Doktor Hamidah mengambil gambar kenangan bersama Fatihah,Eman dan kedua anak kembar mereka sebelum minta diri untuk keluar.
Eman menarik langsir mengelilingi katil sebelum ahli keluarga mereka masuk. Kedengaran daun pintu ditolak bersama suara berborak antara mereka. Eman keluar dari balik langsir.
“Baby dah ada?” soal Encik Abdul Rahman berdiri berdekatan Eman.
“Dah.. dah ready ke nak tengok?” soal Eman tersengih.
“ready!” jawab Mikail melompat gembira, sudah lama dia tertunggu adiknya dilahirkan .
Eman menolak langsir dari kiri ke kanan katil perlahan – lahan.
“Surprise!” ucap Eman sebaik sahaja langsir ditolak habis. Masing-masing nampaknya terkesima.
“Kembar?Yes! ada geng!” jerit Furqan seakan tidak percaya.
“Dua-dua girls ke ni?” soal Farhan terlebih dahulu mengambil salah satu anak buahnya dari Fatihah.
“Yaa.. kembar seiras” jawab Fatihah.
“Jenuh la wan nak cam sorang-sorang kalau macam ni” Encik Abdul Rahman turut mengambil dari tangan Fatihah.
“Alhamdulillah..Allah swt dah ganti balik” ucap Puan Aida memeluk Fatihah.
“Memang dari awal tahu kembar ke?” Soal Puan Rosma pula.
“Tak pun..tadi haa baru tahu, Doktor pun terkejut.” Jawab Fatihah tersenyum.
“Pandai baby main aci nyorok ye” ucap Puan Rosma mengambil baby dari Farhan.
Mikail memanjat katil untuk melihat dengan lebih dekat adik-adiknya.
“Letih lah Mika” ucap Mikail menggaru kepalanya.
“Kenapa?” soal Farhan mendukung Mikail.
“dua uncle muka sama, now adik pun sama jugak. Aduhh” bebel Mikail menepuk dahi. Bergema hilai tawa mereka seisi keluarga mendengar keluhan Mikail.
Nak habis dah (◠‿・)—☆
Share this novel