BAB 24

Romance Completed 34761

“Tahniah Eman! Akhirnya kau dah tak bujang” ucap Badrul lalu ketawa. Eman hanya tersenyum mendengar ucapan Badrul. Mereka baru sempat bersua muka selepas Badrul pulang dari kursus.

Majlis perkahwinan Eman dan Mariam berlangsung dengan lancar dirumah Mariam pada awal bulan lepas. Mereka mengambil keputusan untuk terus nikah tanpa bertunang terlebih dahulu.

Mariam juga memilih untuk terus tinggal di Sarawak menemani ibu dan bapanya yang kurang sihat.

“So apa plan kau? Nak bawak wife kau stay sini ke? Kau kena inform awal, senang aku nak cari rumah sewa lain”

“Eh! Taklah. Wife aku stay sana je. Jadi aku balik sana sekali sekala je la” terang eman sambil menonton TV.

Badrul mengangguk perlahan sambil menatap skrin handphone.

***
“Assalamualaikum..” Mariam mula memberi salam setelah sampai dihadapan rumah Puan Rosma.

“Waalaikumsalam… Ohh. Mariam, masuk la” Puan Rosma segera buka kunci grill pintu rumahnya.

“Sorang saja ke?” Soal Puan Rosma setelah menyambut kedatangan dimuka pintu.

“Yaa..mami dengan abah datang esok je masa jemput Mariam balik” jelas Mariam meletakkan beg diatas sofa hitam diruang tamu rumah teres setingkat.

“Okey la macam tu sebab esok mama shift malam, takkan kamu nak duduk sorang-sorang” Puan Rosma mengambil tempat disofa single bersebelahan Mariam.

“mama plan kerja sampai pencen ke?” soal Mariam yang melihat Puan Rosma masih kuat bekerja walaupun Eman telah banyak bantu kewangan Puan Rosma.

“insyaAllah sampai umur pencen daripada duduk rumah sorang-sorang kan. Eman tu bukan selalu pun balik Kadang tiga empat bulan kadang tu masa nak raya saja” bebel Puan Rosma bila mengenangkan anak tunggalnya. Dia lebih seronok pergi kerja dapatlah juga berborak dengan kawan-kawan tempat kerja.

“Eman memang tak plan nak tukar balik sini ke?” Soal Mariam, mana nak tahu eman dah mohon tukar tanpa pengetahuan dia.

“mama pun tak sure. Tak pernah pulak dia bagitau apa-apa pasal tu. Kamu try la tanya dia. Mana lah nak tahu kan dia berubah hati bila dah ada isteri ni”

“Bukan isteri je mama, lepas ni baby pun ada” jawab Mariam malu-malu.

“Baby?” soal Puan Rosma membesarkan matanya. Mariam hanya angguk tersenyum.

“Dah berapa minggu?” Soal Puan Rosma teruja.

“Baru 6 minggu je” balas Mariam tersengih-sengih.

“Alhamdulillah…Eman dah tahu?”

“Belum lagi, nanti tunggu hari off day dia baru nak cerita”

Puan Rosma tersenyum gembira, syukur hidup anaknya bakal sempurna dengan kehadiran isteri dan anak yang bakal hadir tidak lama lagi.

***
TING!

Eman mencapai telefon bimbitnya diatas meja selepas selesai solat subuh.Dia menyentuh skrin untuk membaca pesanan Whatsapp yang baru masuk. Hanya gambar hitam putih.

‘Gambar apa awak hantar ni?’ soal Eman membalas kembali pesanan dari Mariam.

‘Gambar baby’ balas Mariam disertakan icon blushing.

Baby? Eman blur sebentar sebelum meneliti kembali gambar yang dikirim Mariam. Dia mengukir senyuman setelah mula memahami maksud isterinya. Eman lantas menghubungi number Mariam untuk terus berborak.

“Serius la awak?” Soal Eman setelah Mariam menjawab panggilannya.

“Yup! Mariam dah pergi klinik minggu lepas, saje nak tunggu abang free baru nak surprise” jawab Mariam lalu ketawa bahagia.

“Jaga diri baik-baik. Kalau ada peluang balik nanti, saya balik la”

“Okey..tak da plan untuk tukar balik sini ke?” soal Mariam yang sedang baring dikatil biliknya menghadap tingkap.

“Belum. Tak da peluang lagi. Ada rezeki nanti boleh la bertukar kesana” jelas Eman tentang keadaannya yang belum ada kesempatan membuat permohonan tukar tempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience