BAB 17

Romance Completed 34761

“Mak. Macam mana rasa kalau nak beranak?” Soal Fatihah yang duduk menemani Puan Aida di dapur.

“Aaa..macam mana mak nak habaq. Rasa macam nak berak,lepaih tu rasa macam pinggang sakit.. susah nak habaq” terang Puan Aida yang sedang memotong sayur.

“Mak. Kak long rasa tak sedap hati la” ujar Fatihah yang mula berpeluh dingin.

“Awat? Kak long baru 5 bulan kan?lambat lagi tu” soal Puan Aida yang masih belum sedar dengan kelakuan Fatihah.

“Mak! Kak long tengah rasa apa yang mak cakap tu!” Fatihah mula meninggikan suara menahan sakit.

Puan Aida yang terkejut dengan perubahan suara Fatihah segera memaling pada Fatihah.

“Bang! Cepat Bang! Fatihah ni! Faizal mana?!” jerit Puan Aida yang cuba mengangkat Fatihah menahan kesakitan.

Encik Abdul Rahman dan Faizal yang sedang berborak diluar berlari masuk setelah mendengar jeritan Puan Aida.

“Kenapa mak?” soal Faizal mendapatkan Fatihah yang mula menangis.

“Bawak p hospital dulu” arah Puan Aida kelam kabut mengambil beg tangannya.

Faizal segera menggengdong Fatihah ke kereta sambil diikuti Puan Aida dan Encik Abdul Rahman .

“Jangan menangis Kak long, Doa yang baik-baik” Ucap Puan Aida mengusap wajah Fatihah.

Fatihah bagai tenggelam dalam dunia sendiri, pelbagai rasa mula menyerang hatinya. Hanya air mata yang mengalir.


Fatihah terus dihantar ke dewan bersalin setelah doctor membuat pemeriksaan dibahagian emergency .

Dia terpaksa bersalin dalam masa terdekat walaupun kandungan masih belum cukup matang untuk dilahirkan.

“Waris Puan Nurul Fatihah binti Abdul Rahman” Nurse bertugas dikaunter dewan bersalin memanggil. Faizal segera bangun menuju ke kaunter.

“Saya suami dia. Wife saya okey ke?” Soal Faizal Berdebar-debar.

“Alhamdulillah wife Encik okey.. Cuma takziah sebab baby tak boleh survive, pihak hospital tak boleh nak bantu sebab berat baby baru 350g, minimum berat dalam 600g keatas baru boleh pihak hospital selamatkan. Baby baru hembuskan nafas akhir dipangkuan wife encik sebentar tadi jadi nanti encik perlu uruskan dengan bilik mayat untuk tuntut jenazah,tunggu nurse in charge datang jemput ya” panjang lebar diterangkan kepada Faizal. Faizal hanya mengangguk faham walaupun agak sedih dengan berita yang baru didengarnya.

“Sabaq.. mungkin ada sebab Allah swt atoq semua ni” ujar Encik Abdul Rahman yang berdiri disamping Faizal. Faizal mengerdipkan matanya berkali-kali untuk mengelak air mata mengalir.

***
“Selamat pagi puan.. macam mana hari ni? Okey dah?” Soal doctor yang datang membuat rondaan pagi. Fatihah hanya angguk.

“Takziah ya..untuk masalah puan ni saya tak boleh nak buat rumusan lagi sebab results belum keluar, lagi 4 minggu puan boleh dapatkan result masa appointment dengan pakar di jabatan O&G ya..” Jelas doctor yang menginzinkan Fatihah untuk discharge sebelum meneruskan rondaan ke katil seterusnya.

“Hello…” jawab Fatihah pendek saat menjawab panggilan dari Amsyar.

“Beb.. takziah, aku baqhu dapat berita dari supervisor” ucap amsyar sedih.

“it’s okay..aku okey” Fatihah cuba menahan sebak.

“kalau qhasa nak teriak, hang teriak ja puas-puas jangan tahan.. nanti susah hang nak terima..”

“I’m speechless. Blur. Terkejut semua perasaan dah bercampur baur sampai aku tak tau nak teriak ke tak” ucap Fatihah, air mata mula mengalir laju. Wanita mana tak sedih, tengah seronok rasa pergerakkan baby dalam rahim, dalam sekelip mata Allah swt jemput balik ke negeri abadi.

Betul, baby yang meninggal boleh jadi tiket untuk ibu bapa ke syurga tapi rasa ralat tu tetap ada. Belum sempat nak hidup sama-sama didunia. Dikira Allah swt pinjamkan lama, rupanya Allah swt pinjamkan sebentar saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience