BAB 59

Romance Completed 34761

Aku suka dia
Tapi aku tak tahu untuk
Bilang kepadanya bila aku suka
Jatuh cinta kepadanya

Dia cinta yang pertama
Dia yang bisa membuat aku
Merasa deg-degan berdebar di dada
Diam saat mengingatnya

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya

Aku yakin diriku
Nanti pasti membuatnya
Suka kepadaku cinta kepadaku
Dan kita akan jadian

~~~~~~~~~~~~

Kedengaran tawa Eman saat lagu jadian nyanyian The junas Monkey bermain di handphone Fatihah.

“Kenapa ketawa?” Soal Fatihah mengerutkan dahi. Lagu ni kelakar ke? Fatihah memandang Eman yang duduk disofa sambil menatap skrin telefonnya.

“Tak ada lah” Eman tersenyum teringat kenangan lama. Fatihah memandang tidak puas hati. Ada girlfriend lainkah dia? Melihat Eman yang tiada tanda-tanda untuk kongsi cerita, dia pantas menamatkan lagu itu dan bingkas bangun dari sofa menuju ke balkoni.

Tiupan angin malam ditingkat 15 kadang kala agak kuat. Tiupan angin pada malam ini seolah-olah hujan bakal mencurahkan kebumi. Fatihah segera mengambil tempat di outdoor sofa. Dia memejamkan mata melayan tiupan angin yang menyapa wajahnya.

Dalam Fatihah asyik melayan perasaan tiba-tiba terasa ada tangan melingkari pinggangnya.

“Nak tahu ke?” bisik Eman perlahan ditelinga Fatihah.

“Tak nak” jawab Fatihah pendek. Ada nada merajuk nampaknya.

“Sure tak nak?”

“hmmmm”

Eman tersenyum melihat kerenah Fatihah yang semakin sensitive. “ Tak nak takpe, tapi abang nak cerita jugak” balas Eman lalu mencium pipi isterinya.

“lagu tu last abang dengar masa sayang bertunang. Lepas tu memang abang tak dengar dah sampailah malam ni”

Fatihah mengerutkan dahi.

“Masa tu Badrul penah cakap lirik lagu ni macam orang tak cerdik je.. dah suka tapi nak suruh bulan bintang pulak yang cakap dekat orang yang kita suka tu..” Eman ketawa

“..Bad cakap lagi nanti melepas sendiri yang melopong.” Terdiam sebentar mengingati kisah frust dia.

“Then?” Soal Fatihah memandang wajah Eman yang tidak meneruskan ceritanya.

“Eh! Berminat ek?” Eman tersengih mendengar soalan isterinya.

“Betul la apa Badrul cakap tu. Last sekali abang sendiri yang frust..” ceritanya terhenti lagi setelah kedengaran hujan mula turun dengan lebat.

“… cumanya dulu abang menangis dalam hujan lebat sebab kecewa tapi hujan lebat malam ni abang tersenyum dengan orang yang sama buat abang menangis dulu ”

“Serius la?” Soal Fatihah mula menatap mata Eman.

“Serius apa?”

“Abang menangis sebab frust dengan sayang.. tapi masalahnya sayang mana tahu pun isi hati abang”

“Nak buat macam mana. Abang tak yakin dengan PJJ, takut gagal” balas Eman mengeluh.

“PJJ?” soal Fatihah tidak mengerti.

“Percintaan Jarak Jauh” jawab Eman tersengih. Fatihah hanya mengangguk.

“Jom masuk, angin makin kuat je ni” Eman bangun pantas menarik tangan Fatihah untuk masuk. Pintu slide segera dikunci selepas ditutup.

*****

KRING!!
Jeritan penggera ditelefon Fatihah bergema memenuhi ruangan bilik. Terbuntang mata Fatihah apabila mula menyedari jam sudah pun mencecah pukul 9 pagi. Suaminya juga sudah tiada disebelah pembaringan.

“Bila pulak aku kunci jam pukul 9 ni?” Soal Fatihah pada diri sendiri. Kelam kabut bangun menuju ke bilik Mikail. Kosong. Eh! Mana semua orang ni?

Belum sempat dia kembali ke bilik, matanya terpandang ke arah meja makan. Dia berjalan mendekati meja yang sudah terhidang sarapan pagi.

‘Good Morning sayang! Pagi ni abang ada operasi , Mika abang dah hantar ke sekolah. Sorry tukar alarm tadi sebab tengok sayang macam tak okey lepas subuh tadi. Hati-hati drive!’

Tersenyum Fatihah membaca nota dari suami tercinta yang masih sempat uruskan semua walaupun sibuk. Fatihah menarik kerusi dan duduk menikmati nasi goreng bersama telur mata.

****
TIT! Fatihah menolak daun pintu butik dan berjalan masuk seperti biasa.

“Hah! Sampai pun, baru nak call hang” tegur Amsyar yang sedang memegang handphone.

“Awatnya? Kan tepat pukul 10 aku sampai ni..” Fatihah menyimpan beg tangan dalam laci bawah meja.

“Laki hang Whatsapp aku tadi, dia kata kalau pukul 10 hang tak sampai lagi dia suruh call tanya.. Amboih risau sangat la dekat bini dia” bebel Amsyar dengan mata pandang keatas, tangan meliuk lentok lembut.

Fatihah ketawa dan terus mengambil file kerja dimeja.

“Kalau hang kawin nanti, agak-agak bini hang jealous tak tengok hang kawan rapat dengan aku?” soalan spontan menerjah telinga Amsyar.

“sebab tu aku tak kawin lagi. Bukan senang nak cari pasangan yang faham cara aku and kerja aku.” Jawab Amsyar mengeluh besar. Kadang kala dia pernah juga terfikir untuk ada pasangan.

“Kadang-kadang yang terbaik tu selalu muncul saat akhir.” Ujar Fatihah supaya Amsyar tidak berputus asa mencari pasangan hidup.

****

HUJAN lebat malam semalam telah menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh lereng bukit hingga menenggelamkan beberapa buah rumah. Pasukan bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk proses menyelamat.

Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mempercepatkan proses mencari mangsa. Kelihatan khidmat anjing pengesan juga digunakan dalam proses mencari.

Pencarian mungkin menghadapi kesukaran jika hujan berterusan lagi pada malam hari.

FATIHAH duduk menonton berita diTV bersama Mikail. Eman masih belum pulang kerana terlibat dengan aktiviti menyelamat mencari mangsa tanah runtuh. Fatihah memandang berkali-kali telefon ditangan menanti khabar suaminya.

KRING!KRING!

Fatihah segera menjawab tanpa melihat siapa pemanggil.

“Hello Fatihah, mama ni”

“Ohh!mama” jawab Fatihah sedikit kecewa mengharap panggilan dari suaminya.

“Are you okey?” soal Puan Rosma yang mengesan kelainan pada suara Fatihah.

“Okey, okey je..tengah tengok berita ni” jawab Fatihah cuba menyembunyikan perasaan risaunya.

“Dah. Tak perlu tengok berita tu. Eman okey je tu,jangan fikir yang bukan-bukan” ujar Puan Rosma bimbang tentang kerisauan Fatihah berlebihan dan tidak dapat mengawal perasaan.

“Deep breath and push slowly” arah Puan Rosma saat mendengar Fatihah menukar siaran TV pilihan Mikail. Fatihah mengikut arahan ibu mentuanya hingga tenang.

“Okey now?” soal Puan Rosma untuk memastikan Fatihah tenang.

“Yaa.. feeling better. Thank you mama” ucap Fatihah tenang.

“You are welcome..pagi tadi Eman dah pesan dengan mama dah” terang Puan Rosma. Fatihah tersenyum senang. Eman memang terlalu mengambil berat tentang masalahnya, dia mahu Fatihah bebas menjalani hidup seperti biasa kembali.

“Ohh.. ye ke, tahu pulak dia ye” balas Fatihah tersengih sendiri. Rambut Mikail dielus lembut.

“Kamu kan isteri dia..” kedengaran tawa halus dihujung talian.

“..satu lagi mama nak bagitau pasal pertukaran mama ke sana bulan depan” sambung Puan Rosma maklumkan pertukaran suka sama suka dengan staff hospital telah diluluskan.

“Betul ke mama pindah sini?” soal Fatihah teruja.

“Betul.. tapi mama akan stay dekat kuaters yang disediakan la”

“Kenapa?” soal Fatihah hairan. Eman tak bagi mama dia duduk bersama ke apa?

“korang kan dah kahwin, takkan la mama nak duduk berdempek sama.. mama pun perlukan privacy sendiri jugak” jawab Puan Rosma ketawa ringan.

“mama nak kahwin ke?” soal Fatihah pula.

“Haish! Merepek lah. Mama dah nak pencen dah ni siapa lagi yang nak”

“Umur je pencen tapi orangnya masih cantik menawan” usik Fatihah. Mereka ketawa serentak.

****

SELAMA seminggu operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh dijalankan. Hari terakhir pasukan penyelamat mula mengemaskan peralatan mereka selepas operasi diumumkan tamat.

Seramai 10 mangsa telah dijumpai dengan bantuan unit K9 dan jentera pengorek yang terlibat. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran termasuk melibatkan emosi dan fizikal anggota penyelamat, akhirnya mereka berjaya selesaikan tanggungjawab besar yang telah diberikan.

Kelihatan masing-masing sudah keletihan berjalan masuk ke bilik rehat untuk mengemas barang dan bersihkan diri sebelum pulang.

“Barainya aku rasa” ujar Badrul terbaring dilantai.

“Bukan kau saja, aku pun sama!” sahut Amin sedang meneguk minuman bikarbonat dikerusi.

“Kau nak balik dah ke?” soal Badrul melihat Eman yang sudah siap menggalas beg sandangnya untuk pulang. Eman hanya mengangguk dan mengangkat tangan tanda untuk bergerak pulang. Dia berlalu keluar tanpa banyak kata. Dia lebih risaukan Fatihah dirumah.

“untung la ada bini” jerit Badrul antara dengar dengan tidak.

“Habis tu kau tak ada bini ke?” tempelak Amin pula. Lupa daratan punya kawan, dia ingat bujang lagi agaknya. Badrul hanya membalas dengan ketawa.

EMAN melangkah masuk perlahan kedalam rumah. Suasana gelap,hanya lampu bilik air didapur saja yang bercahaya. Dia menanggalkan kasut dan stokin sebelum melangkah masuk ke bilik anaknya. Pintu dikuak perlahan, nyenyak tidur. Dia beralih pula ke bilik tidurnya.

Perlahan dia meletakkan beg dikerusi meja solek sebelum melangkah duduk disisi Fatihah. Dipandang wajah yang sedang lena itu dibawah sinaran cahaya lampu tidur. Pipi Fatihah dielus lembut, lega hatinya melihat Fatihah boleh tidur lena.

Fatihah yang terasa pipinya disentuh pantas membuka mata untuk melihat pemiliknya.

“sorry” ucap Eman perlahan selepas melihat Fatihah tersedar. Fatihah bingkas bangun dan memeluk erat Eman. Dia perlu tenangkan hati yang risau sepanjang Eman tidak pulang. Eman membalas pelukkan Fatihah dengan senang.
Masing-masing diam tidak bersuara melayan rasa rindu dihati.

“Sayang..” Eman mula bersuara. Hujung rambut Fatihah diusap.

“Hmm”

“Abang nak mandi”

“Okey” balas Fatihah yang masih belum lepaskan pelukkannya.

“macam mana abang nak mandi?”

“kenapa?” soal Fatihah pula.

“Isteri abang cas bateri tak full lagi” usik Eman melihat Fatihah yang masih tidak mahu lepaskannya.

“Ye lahhh” balas Fatihah lembut sebelum menjauhkan diri dari Eman. Eman tersengih.

“Abang nak makan ke?” soal Fatihah memandang Eman mencapai tuala.

“Tak lah, tadi dah makan”

“Okey” Fatihah mencapai telefonnya disisi untuk mencari sesuatu yang menarik untuk dilihat sementara menunggu suaminya.

EMAN keluar dari bilik air selepas siap bersihkan diri. Dia mencari kelibat Fatihah yang sudah tiada dikatil. Dia segera buka pintu dan menuju ke ruang tamu.

“Makan?” soal Eman seraya mengangkat keningnya. Fatihah hanya tersengih mengunyah buah sambil menonton TV.

Eman melabuhkan punggungnya disisi Fatihah. Dia mencapai buah didalam bekas makanan yang dipegang Fatihah. Terpejam matanya sebaik saja dia menggigit buah mempelam yang sudah siap dipotong.

“Masam la” Eman meletak kembali buah yang diambilnya. Fatihah masih mengunyah dengan tanpa rasa bersalah.

“Sayang pregnant ke?” secara spontan Eman menyoal Fatihah. Tersedak Fatihah saat mendengar soalan yang paling digeruninya. Dia berhenti mengunyah dan menyerahkan bekas buah kepada Eman. Eman memandang pelik.

“Abang salah cakap ke?” soal Eman teragak-agak. Fatihah bingkas bangun menuju kebilik meninggalkan Eman dalam keadaan terpinga-pinga.

“SAYANG.. buat apa dekat dalam tu?” soal Eman dihadapan pintu bilik air dalam biliknya.

Dari dalam menggeletar tangan Fatihah melihat hasil keputusan ujian air kencing menggunakan upt strip. Dia cuba untuk bertenang, berkali-kali nafas ditarik dan dihembus.

“Sakit perut ke? Tu la malam-malam makan asam lagi” bebel Eman dari luar. Fatihah menarik daun pintu, dia menatap Eman yang berada dihadapannya.

“Kenapa?”

Fatihah menunjuk strip yang dipegangnya kepada Eman. Eman segera mengambil dari tangan Fatihah.

Tersenyum lebar bibirnya saat menyedari soalannya tadi betul-betul menjadi kenyataan. Fatihah berjalan duduk dibirai katil. Seribu satu perasaan muncul dalam benaknya hingga terpancar kerisauan diwajahnya.

“Sayang risau ke?” soal Eman yang menyedari perubahan pada wajah isterinya . Fatihah hanya mengangguk. Eman segera menarik Fatihah kedalam pelukkannya.

“Jangan risau. Kita buat yang terbaik bersama. Abang akan pastikan sayang dan anak kita selamat” ucap Eman menyakinkan isterinya.

cervical insufficiency journey. good luck pada ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama! anda hebat ^⁠_⁠^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience