EXTRA : RAMADAN RAYA PART 5 (FINAL)

Romance Completed 34761

Setelah hampir sebulan bulan Ramadan berlalu, kini tinggal lagi tiga hari sahaja untuk umat islam menyambut syawal. Banyak kisah dan pengalaman baru untuk Mikail dan dua adik kembarnya.

“Assalamualaikum.. wan oh wan, kami dah sampai ni” laung Melur Aina ketika turun dari kereta.

“Waalaikumsalam… haaa, cucu – cucu wan dah sampai.. mai masuk” Sahut Encik Abdul Rahman dimuka pintu.

“Uncle mana?” Soal Mikail meletak beg pakaiannya ditangga luar.

“Uncle dekat kandang kuda” balas Encik Abdul Rahman memandang Mikail yang nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Ummi..jom pergi dekat uncle nak tak?” Soal Mikail mengharap.

Encik Abdul Rahman tersenyum melihat hubungan Fatihah dengan Mikail masih baik.

“Tanya Abi nak pergi ke tak..” Fatihah menolak beg pakaiannya ke muka pintu dapur.

“Sayang je la bawak anak-anak. Abang letih la, nak rehat kejap” balas Eman menanggalkan kasut dimuka pintu.

“Okey.. Aisya dengan Aina nak ikut tak?” laung Fatihah dari luar, memandangkan anak kembarnya sudah melangkah masuk ke dalam rumah.

“Tak nak! Tenaga dah habis ni..” sahut Melur Aina yang terbaring dikerusi beranda rumah Encik Abdul Rahman

“Haih! Sepanjang jalan tidur pun habis tenaga jugak?” bebel Fatihah. Dia mengeluarkan scooter bersama helmet dari garaj.

“Hati-hati bawak motor tu..” pesan Eman yang berdiri ditepi Fatihah.

“InsyaAllah..” balas Fatihah sambil cium tangan suaminya.


“Naiklah Eman.. sekarang cuaca panas, nak buat kerja pun serba tak kena” ujar Encik Abdul Rahman yang duduk ditangga. Eman melabuhkan punggungnya berhampiran bapa mentuanya.

“Mak mana ? Sunyi saja..” soal Eman mencari kelibat Puan Aida.

“Mak ada kelas mengaji time ni, sat lagi masuk asar balik lah tu”

Eman mengangguk faham.

“Fatihah dengan Mikail tu dah okay ke?” soal Encik Abdul Rahman ingin tahu.

Eman tersenyum. “ Alhamdulillah. Okey dah”

“Baguslah macam tu..risau ayah dengar hari tu. Ingatkan Fatihah nak merajuk terus” Encik Abdul Rahman menggeleng kepala.

“Mana ada merajuk pun. Fatihah sengaja buat macam tu. Eman pun tertipu. Kita punya la susah hati fikir jalan untuk dia maafkan Mika , rupanya dia sengaja buat macam tu” Eman menggeleng kepala seraya tersenyum.

*

“HI uncle ! Busy ke?” tegur Mikail pada Farhan yang sedang mengira stock berhampiran kandang.

“Eh! Mika..bila sampai? Sorang saja?” soal Farhan mencari kelibat yang lain.

“Mika datang dengan ummi je.. yang lain tak nak datang” jawab Mikail.

“Ummi mana?”

“Macam biasa la..” jawab Mikail duduk dikerusi berhampiran.

“Mika dah berbaik ke dengan ummi?” soal Farhan sambil meniliti kerjanya.

“Berbaik? Maksud uncle?” berkerut keningnya dengan soalan Farhan.

“Mika gaduh dengan ummi kan?” Soal Farhan memandang sekilas pada Mikail.

“Macam mana uncle tahu ni?”

“Reporter dekat rumah Mika la bagitau”

Mikail menggeleng kepala memikirkan adik-adik kembarnya.

“Mika tak sengaja, Mika dah mintak maaf dah” jawab Mika memandang kearah track larian kuda.

“Nasib dah minta maaf, kalau tak uncle ikat dekat kuda tu” balas Farhan tersengih.

“Kejamnya uncle” ucap Mikail seraya bangun melihat lebih dekat kerja Farhan.

“Memang la kejam sebab Mika buat hati ummi Mika terluka. Ummi tu sayang Mika dah macam anak kandung dia tau. Kalau Mika nak tahu ummi pernah pregnant dulu tapi umur baby tak panjang, gugur masa dah masuk 5 bulan. Maybe kalau hidup umur tua setahun je dengan Mika. Bila Mika hadir dalam hidup ummi, sedikit sebanyak terubat la juga jiwa ummi yang kosong tu” Ujar Farhan tersenyum . Dia menepuk lembut bahu Mikail.

“Hargaila selagi ummi ada.” Sambung Farhan lagi. Mikail mengerlip matanya berkali-kali apabila air mata mula berlenang. Dia mengangguk dengan senyuman.

****

“Acu ! Tadi cakap nak main mercun.” Jerit Melur Aina dari luar selepas solat maghrib.

“Yaa! Kejap-kejap” sahut Furqan dari dapur,sedang mengambil kotak yang mengandungi bunga api dan mercun. Mikail dan Encik Abdul Rahman memasang api pada pelita yang dipasang di perkarangan rumah dan jalan masuk ke rumah mereka.

Cuaca yang baik dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Eman leka memandang langit terang ditaburi bintang malam.

“Mak, raya pertama buat open house tak?” soal Fatihah ketika bersama Puan Aida dan Puan Rosma dimeja makan.

“Buat je macam selalu. Menu kena tanya adik kamu sebab katanya ada someone special nak datang” balas Puan Aida sambil menghirup the panas.

“Farhan ke Furqan?” Soal Fatihah teruja.

“Furqan.. Farhan tu asyik mengadap kuda saja, bukan dia hirau dengan dunia luar dah” rungut Puan Aida tentang Farhan yang banyak menghabiskan masa di Private Riding Horse.

“Jodoh tak sampai lagi tu” Ujar Puan Rosma mencelah. Puan Aida tersenyum angguk setuju.

“Nak keluar tengok depa main sat” ujar Fatihah seraya bangun keluar. Dia berjalan keluar melihat anak-anaknya yang asyik bermain bersama adik-adik dan bapanya.

“Hai.. termenung jauh nampak” tegur Fatihah memeluk bahu Eman dari belakang ketika dipangkin bawah pokok yang mengadap sawah padi.

Eman tersenyum mengusap lengan Fatihah yang merangkulnya.

“Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Fatihah memandang Eman dari tepi.

“Tak ada apa-apa.. saje je ambik angin, bukan selalu boleh macam ni” jawab Eman perlahan.

“Sayang ganggu abang rehat ke?”

“Tak lah..sayang 24 jam dengan abang pun, abang tak kisah” ucap Eman lalu mencuit hidung isterinya.

“Abang nak tahu tak?”

“Tahu apa?” Soal Eman ingin tahu.

“I love you abang!” bisik Fatihah ditelinga Eman.

Meleret senyuman Eman mendengar ucapan dari Fatihah.

“Alaaa…rugi la” rungut Fatihah duduk disebelah Eman yang hanya bertemankan cahaya pelita.

“Apa yang rugi?” berkerut dahinya.

“Tak boleh tengok abang blushing” bisik Fatihah ditelinga Eman.

“Sayang ni..nasib dekat luar tau..” ujar Eman dalam tawa. “ I love you too sayang!” sambung Eman menggengam tangan Fatihah.

“Ummi! Abi! Sini la main sekali” jerit Melur Aisya dari depan rumah.

Fatihah dan Eman segera bangun, Fatihah berjalan mengekori Eman dari belakang sambil meletakkan tangan diatas bahu suaminya menuju kearah keluarga mereka yang leka bermain.

“Sampai ke tu?” usik Eman pada Fatihah yang lebih rendah darinya.

“Tak sampai pegang bahu tak apa, asalkan boleh pegang hati abang” balas Fatihah slumber. Eman tersenyum senang lalu menarik Fatihah kedalam pelukkannya.

****

Takbir 1 syawal mula berkumandang diseluruh pelusuk tempat. Fatihah seisi keluarga telah bersiap-siap untuk ke masjid bersama bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Mereka bersarapan ringan sebelum bergerak ke masjid. Setiap tahun mereka tidak melepaskan peluang untuk sama-sama solat Aidilfitri.

*

FATIHAH masuk ke biliknya untuk menyimpan telekong yang dibawa ke masjid dan segera mengenakan tudung. Eman turut masuk dan duduk dibirai katil menanti Fatihah siap sambil memandang skrin handphone.

“Bro! Selamat hari Raya. Maaf kalau aku ada tersalah cakap yang mengguris hati kau” ucap Badrul melalui Whatsapp voice.

“Selamat hari raya! Aku pun sama mohon maaf andai ada tersalah bicara. Nanti datang la beraya dekat rumah aku tapi tunggu aku balik dari kampung dulu la” balas Eman melalui cara yang sama.

Fatihah yang sudah siap, bangun dan duduk melutut dihadapan Eman. Tangan diletak atas peha suaminya. Eman segera ketepikan handphone yang dipegangnya.

Eman mengambil kedua tangan isterinya dan menggengam erat.

“Selamat hari raya abang. Sayang minta maaf andai kata sepanjang tahun ni sayang ada buat salah silap,lukakan hati abang ke, buat abang kecewa ke.. sayang minta maaf okey?” ucap Fatihah yang tersenyum memandang mata Eman, tangan suaminya dikucup perlahan.

Eman menarik Fatihah supaya duduk disisinya dan memberi pelukkan mesra pasa isterinya itu.

“Abang sentiasa maafkan sayang tak kira lah sayang ada buat salah ke tak. Abang sentiasa redha dengan sayang” ucap Eman lembut pada Fatihah.

“Thank you..” balas Fatihah mengemaskan lagi pelukkannya.

“Abang pun minta maaf dengan sayang.” Sambung Eman lagi. Dia melepaskan pelukkannya seraya mencium ubun-ubun Fatihah sebelum berakhir dibibir isterinya.

“Jap. Sayang ada pakai lipstick tak?” soal Eman memerhati bibir Fatihah.

“Tak ada pun..” balas Fatihah menarik pipi Eman.

*

“OKEY cepat beratur, tahun ni duit raya guna E-wallet ye” laung Encik Abdul Rahman duduk di sofa ruang tamu.

“Aisya dulu” ujar Melur Aisya berlari mendapatkan Encik Abdul Rahman.

“dah tepi, bagi Aina pulak” ucap Melur Aina sambil menolak kembarnya.

“Eh.. uncle pun nak jugak” ujar Farhan yang muncul dari beranda.

“Uncle dah kerja,tak payah la” balas Melur Aina.

“Wan, Selamat hari raya..Maafkan Mika andai ada tersalah kata sepanjang tahun ni” ucap Mikail tersengih memandang Encik Abdul Rahman.

“Ya.. wan pun sama” balas Encik Abdul Rahman menggosok rambut cucunya.

Mikail terus merangkak kearah Fatihah yang sudah duduk disofa bertentangan.

“Ummi..Mika minta maaf lagi sekali sebab kecikkan hati ummi hari tu. Maafkan Mika.. tolong jangan simpan dalam hati, ummi tetap satu-satunya ummi yang Mika ada” ucap Mikail sebak sambil mencium tangan Fatihah.

“Ummi dah maafkan” jawab Fatihah sambil meletakkan tangan dipipi Mikail. Dia mengesat air mata Mikail yang mengalir. Tiba-tiba suasana bertukar hiba apabila menyaksikan tangisan Mikail.

“Dah..jangan nangis, mata dah merah tu. Habis hingus baju ummi nanti” ujar Eman menepuk lembut bahu anaknya. Mikail segera bangun dan mengambil tempat disebelah Eman. Mata anaknya dilap dengan tisu.

“Mika dah besar, kena belajar jadi remaja lelaki yang bertanggungjawab” ujar Eman menepuk peha anaknya itu.

Suasana hiba tadi mula bertukar ceria kembali. Aktiviti pagi raya selepas bermaafan mestilah mengambil potret keluarga. Macam biasa, macam-macam gaya gambar diambil hingga puas hati sampai muncul tetamu untuk beraya bersama.

Sekian.

Terima kasih yang follow update.

Selamat hari raya untuk semua umat islam (⁠^⁠^⁠)
Semoga raya ini lebih bermakna untuk anda semua.

Share this novel

Riqah Riqah'z
2024-04-01 09:54:20 

happy ending..tetap mengalir air mata sis..ending yg harmonis..penuh kasih sayang.. tahniah author.. selamat Hari Raya.. teruskan berkarya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience