HAMPIR sebulan Puan Rosma menemani anak tunggalnya disitu, cutinya pun bakal tamat. Dia perlu siap-siapkan barangannya untuk pulang ke Sarawak.
Puan Rosma juga mendaftarkan Mikail di pusat asuhan berhampiran tempat kerja Fatihah. Puas dia selidik untuk memastikan dia tidak tersalah pilih.
Pusat Asuhan Fatonah hanya menerima kanak-kanak 0 hingga 3 tahun sahaja supaya mudah untuk mereka handle. Seorang pengasuh dihadkan kepada 3 orang anak asuhan dan penjaga dibenarkan access setiap rakaman CCTV melalui handphone.
Puan Rosma berpuas hati setelah melihat sendiri cara pengendalian dan pengurusan anak-anak di pusat asuhan itu sebelum setuju.
TOK!TOK! Puan Rosma memberi kebenaran masuk.
“Mama, esok Eman off. Nak keluar jalan-jalan tak?” Soal Eman yang masih berada dimuka pintu dan memegang tombol pintu.
“Mama okey je..” balas Puan Rosma sambil melipat baju.
“Alright!” ucap Eman sebelum melangkah untuk menutup kembali pintu bilik namun belum sempat pintu ditutup, Puan Rosma sempat berpesan.
“Ajak Fatihah sekali. Entah bila pulak boleh jumpa dia lepas ni”
“Okey cik puan” ujar Eman tersengih dan menutup pintu dan kembali ke biliknya.
Beep!
‘Esok free tak?’ – Eman
‘Free. Why?’ – Fatihah
‘Mama ajak jalan-jalan. Dia nak balik sarawak dah’ – Eman
‘Okey sure ^_^’ – Fatihah
Meleret senyuman Eman saat membaca pesanan akhir Fatihah. Dia memandang wajah Mikail yang tidur dengan nyenyak. Diperhati wajah itu dengan sayu, adakah anak kecil itu sudah mengerti tentang memiliki ibu hingga dia terdesak ingin mempunyai ibu sendiri? Eman mengeluh berat.
Eman melihat pergerakkan bibir Mikail yang mengukir senyuman dalam lenanya. “Mimpi apa anak abi ni?”
*****
TING TONG! Bunyi loceng pintu rumah Fatihah bergema. Dia segara berlari ke muka pintu selepas mencapai beg tangan dimeja.
Pintu dibuka, terpacak dua insan yang sedang menantinya untuk keluar bersama.
“ Assalamualaikum ummi” sebut Puan Rosma yang cuba ajar pada cucunya.
“Asyalamu..aaa..laikum ummi!” Mikail gigih menyebut walaupun tidak penuh.
“Good !” Puan Rosma mengangkat ibu jarinya tanda bagus.
“Waalaikumsalam..” Fatihah tersenyum mengelus lembut pipi Mikail. Mereka segera berjalan menuju ke pintu lift untuk turun ke kawasan parking.
Eman terlebih dahulu turun ke parking untuk pastikan kereta berada dalam keadaan baik. Enjin kereta Proton Iriz merah dihidupkan sementara menunggu Puan Rosma turun, penghawa dingin turut dihidupkan untuk menyejukkan suasana dalam kereta.
DARI jauh kelihatan Puan Rosma berjalan bersama Fatihah yang memegang tangan Mikail memilih untuk berjalan sendiri.
“Alamak! Macam mana boleh sama warna pulak?” Eman menyoal diri sendiri selepas tersedar warna T-shirt yang dipakainya sama dengan blouse Fatihah. Magenta.
“Fatihah duduk depan ye.. Aunty teman Mika duduk dalam car seat dekat belakang” ujar Puan Rosma yang asyik tersenyum dari awal selepas perasan tentang warna pakaian anaknya.
Sementara dia disini, dia perlu pastikan hubungan anaknya dan Fatihah tidak terputus begitu sahaja apabila dia tiada bersama. Bukan ingin mengatur hidup anaknya tapi
mengenangkan Mikail yang sudah selesa dengan Fatihah.
“Err.. tak pe ke Aunty duduk belakang?” Soal Fatihah untuk kepastian. Maklumlah masyarakat melayu kan suka anggap apabila ibu lelaki duduk dibelakang maknanya tidak hormati wanita itu.
Berbeza pulak jika dengan pihak atasan yang wajib duduk ditempat duduk penumpang belakang menandakan hormat dan berbeza pangkat. Pening kan?
Puan Rosma angguk seraya memasang seat belt Mikail dengan kemas. Dia berlari anak ke pintu tempat duduk penumpang kanan belakang untuk masuk.
Fatihah yang belum menyedari situasi sebenar terus masuk dan duduk. Dia berpusing untuk memasang seat belt sebelum terkaku sebentar setelah mula perasaan akan sesuatu. Oh my! Dia diam dan berlagak seperti biasa.
“Eh! Janji ke nak pakai sedondon ni?” usik Puan Rosma dari belakang.
“Tak!” serentak Eman dan Fatihah bersuara. Puan Rosma ketawa.
“Dah jom” Puan Rosma memberi arahan sebelum situasi menjadi lebih awkward. Eman memulakan pemanduannya dengan Bismillah.
****
EMAN membawa mereka ke tempat tumpuan yang pelancong selalu berkunjung. Fatihah mengambil peluang untuk berkunjung juga memandangkan dia juga masih belum sempat teroka banyak tempat sepanjang disana.
“Aunty, Fatihah nak singgah kedai tu sekejap.. aunty jalan la dulu dengan Eman and Mika ye” ucap Fatihah seraya menunjuk sebuah kedai barangan kahwin. Dia ingin mencari beberapa barang untuk keperluan majlis yang diurusnya nanti.
“Okey. Nanti call ya kalau cari tak jumpa.” Pesan Puan Rosma lalu berjalan sedikit laju untuk menyaingi anak dan cucunya yang sudah sampai di kedai mainan kanak-kanak.
“Mika nak beli apa?” Soal Eman kepada anaknya yang masih terpusing-pusing mencari sesuatu.
“tak ada” jawab Mikail berlari keluar.
“Apa yang tak ada?” soal Eman sambil mengekori anaknya yang kelihatan mencari sesuatu.
“Abi! There!” jerit Mikail mengarahkan jari telunjuk kearah kedai bunga.
“Bunga?”
“Yes!” Mikail terus menarik tangan Eman kearah kedai bunga berhampiran. Puan Rosma yang selesai membeli selendang disebuah butik terus berjalan kearah Eman dan Mikail yang berada dikedai bunga.
“Kenapa ni?” tegur Puan Rosma melihat Eman yang masih memujuk Mikail supaya memilih barang lain.
“Mika nak bunga” jawab Eman sedikit geram.
“Beli je la sekuntum untuk dia”
Eman akur. Dia berlalu masuk mencari sekuntum bunga mawar merah.
“Mika nak buat apa dengan bunga?” soal Puan Rosma setelah mereka duduk dikerusi berhampiran.
“For ummi” jawabnya tersengih.
“Why?”
“I see daddy Nani give a flower to her mummy”. Nani adalah sepupunya yang berusia 2 tahun lebih tua daripada Mikail. Mikail agak petah jika berbahasa inggeris dengannya. Majoriti Generasi Alpha sememangnya fasih English.
“For what?” duga Puan Rosma lagi.
“Love” jawab Mikail dengan yakin.
“What’s is love?” Puan Rosma tersenyum.
“Hmmm” dia mengangkat bahu tanda tidak tahu. Anak-anak kecil lebih banyak belajar dari perbuatan orang sekeliling berbanding apa yang diajar secara verbal.
jangan lupa komen (✷‿✷) komen anda membantu author. Love.
Share this novel