BAB 33

Romance Completed 34761

“Banyak ikan dapat?” Sambut Puan Aida dimuka pintu. Encik Abdul Rahman tersengih mendengar soalan isterinya.

“Ni ha mak.. Ayah mancing dekat pasar” balas Faizal menghulur plastik isi ikan tongkol yang telah siap dipotong.

Puan Aida menggeleng kepala menyambut plastik yang dihulurkan.

Faizal melangkah masuk kedalam rumah dan menuju kebilik untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal dalam bilik Fatihah.

Pintu bilik dibuka perlahan, Faizal yang menyangka Fatihah belum pulang terus melangkah masuk. Dia terpana saat melihat Fatihah yang tidur dengan tudung yang masih belum ditanggalkan.

Lama dia merenung wajah yang sudah lama dirindui. Nak dipeluk bukan isterinya lagi, dia hanya mengeluh dan mengambil handphone diatas meja sisi katil.

Faizal menuruni anak tangga ke dapur. Puan Aida segera menegur Faizal yang mahu melangkah keluar.

“Fatihah buat apa?”

“Dia tidur. Siap bertudung lagi” jawab Faizal. Terjegil mata Puan Aida.

“Bertuah punya budak. Ini sahih tak mandi lagi dari balik tadi” bebel Puan Aida melangkah naik ke bilik anak perempuannya.

Faizal menyarung kasut untuk duduk ambil angin di pelanggar bawah pokok. Hatinya bergelora saat memandang Fatihah, mencari ayat yang sesuai untuk memujuk Fatihah terimanya kembali.

***
Fatihah berjalan mencari Faizal selepas disuruh ibunya untuk sama-sama makan tengahari .

“Awak, mak panggil makan” Fatihah memanggil lembut Faizal yang duduk menghadap sawah padi.

Faizal memalingkan kepalanya mengadap wajah Fatihah. Masih tidak berubah dengan gaya ringkasnya.

“Nak makan ke tak?” soal Fatihah apabila Faizal tidak berkedip memandangnya.

“Okey”

Fatihah segera berpaling meninggalkan Faizal, dia cuba elak bertembung mata dengan Faizal. Betullah cakap mak,memang serabai teruk! Bebel Fatihah sendiri.

“Ha duduklah Faizal..Mak masak ikan yang Ayah mancing dekat pasar tadi tu ja” perli Puan Aida.

Encik Abdul Rahman hanya tersengih.

Faizal menarik kerusi untuk duduk disebelah Fatihah. Fatihah mencapai bekas nasi dan menyenduk masuk nasi ke pinggan Faizal. Faizal hanya memandang nasi didalam pinggannya.

“makanlah Faizal, makan banyak sikit. Kurus dah mak tengok kamu ni”

Faizal tersenyum mengangguk. Jantungnya berdebar laju saat berada disamping Fatihah.

“Kak long, cuba hulur mangkuk sambal ikan tu dekat Faizal.” Arah Puan Aida yang melihat Fatihah sedap menjamu selera dengan menu kegemarannya.

Fatihah terus cedok seketul ikan dan kuah ke dalam pinggan Faizal.

“Sorry tangan kiri” ujar Fatihah meneruskan makan. Encik Abdul Rahman menggeleng kepala melihat tingkah laku Fatihah.

Faizal terus menyuap nasi ke mulutnya, senang hatinya melihat Fatihah masih sudi melayannya sama seperti selalu.

****
Fatihah membawa komputer riba menuju ke gazebo belakang rumah berhampiran sawah padi. Ditemani juga ayam itik yang berkeliaran.

Segera dihidupkan komputer riba untuk menonton drama kegemarannya. Dia menonton dengan penuh perasaan,kadang kala ketawa bila ada babak kelakar.

Faizal berjalan mencari Fatihah sekeliling luar rumah selepas mendapati Fatihah tiada dalam rumah. Dari bawah rumah dia perasan Fatihah berseorangan di gazebo dengan laptop pemberiannya sewaktu mereka masih bersama.

“Hai..kusyuk betul. Layan cerita apa pulak tu?” sapa Faizal yang terus duduk disebelah Fatihah.
Fatihah memandang sekilas sambil memeluk bantal.

“Tajuk berbelit sikit nak cakap pun” balas Fatihah yang duduk bersila menghadap laptop. Movie tamil.

“Duduk sini berapa hari?” soal Fatihah tanpa memandang.

“Not sure tapi kalau awak tak suka,saya balik hari ni la” balas Faizal menanti reaksi Fatihah.

Fatihah tidak memberi sebarang reaksi. Dia pusingkan wajahnya menghadap Faizal, mata bertemu mata.

“Eh! Hidung awak berdarahlah” jerit Fatihah pantas menyeka darah yang mengalir dengan tudungnya. Faizal menundukkan wajahnya.

“Awak tak sihat ke?” soal Fatihah sambil menyejukkan hidung Faizal dengan ais. Faizal hanya membiarkan Fatihah menyentuhnya.

“Dah okey ke? Nak pergi klinik? Soal Fatihah sedikit risau kerana tidak pernah terjadi sepanjang mereka bersama.

Faizal menggeleng kepala menolak. Dia menyandarkan badannya selepas tiada pendarahan lagi.

“Kotor habis tudung awak” ucap Faizal memegang hujung tudung Fatihah.

“Boleh basuh” Fatihah masih memandang Faizal.

“Awak ni kenapa teruk sangat saya tengok ni? Dengan berkumisnya, jambang pun nampak bersepah dah” bebel Fatihah meneliti setiap inci wajah Faizal. Faizal tersenyum melihat Fatihah yang masih ambik kisah dengan dirinya.

“Tak sangka awak masih ambik berat pasal saya” Faizal menarik tangan Fatihah, erat digenggam.

“Bagi saya peluang terakhir” ucap Faizal menatap Fatihah.

Fatihah diam tidak menjawab.

“Please…hari-hari saya tak lengkap tanpa awak”

Fatihah mengeluh. Dia kembali duduk menghadap laptop. Faizal masih tidak melepaskan genggamannya mengharap jawapan positive dari Fatihah.

Fatihah menarik nafas dan melepaskan perlahan. Dia sendiri pun masih tidak mampu melupakan Faizal setiap hari. Mendengar perkhabaran Faizal telah berpisah dengan Amal membuatkan hatinya berdebar-debar kembali.

Fatihah memejamkan mata, dia merebahkan kepalanya dibahu Faizal tanpa menjawab pertanyaan Faizal. Faizal tersenyum lega dengan respond Fatihah. Dia menarik tangan Fatihah ke bibirnya sebagai tanda ucapan terima kasih kerana memberi peluang kali terakhir untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience