SEBULAN berlalu, Faizal dan Fatihah selamat diijab kabul kali kedua. Kali ni hanya dipejabat kadi sahaja tanpa apa-apa majlis rasmi. Sekadar membuat doa selamat dimasjid.
Faizal hanya maklumkan pada ahli keluarganya melalui panggilan telefon sahaja. Puan Jamilah tidak lagi bersuara selepas penceraian Faizal dengan Amal tempoh hari.
“Ayah rasa kamu berdua duduk sajalah dekat kampung, tak payah nak sakit kepala cari rumah sewa. Faizal kalau tak kisah boleh ikut ayah buat kerja dekat kandang” Encik Abdul Rahman memberi cadangan kepada Faizal yang berada ditempat duduk penumpang hadapan.
“Kandang? Misteri betul ayah ni” soal Faizal musykil.
“kenapa?”
“Hari tu hotel, ni kandang pulak” balas Faizal pelik.
“Ohhh.. tak ada apa yang misteri pun, isteri kamu yang tak penah cerita pasal Ayah kan..” Encik Abdul Rahman menjeling Fatihah melalui cermin pandang belakang.
“Kena cerita ke?” Soal Fatihah yang menatap skrin handphone, sempat lagi dia bergosip dengan amsyar.
“ish..kak long ni..” peha Fatihah ditepuk lembut Puan Aida.
“kalau orang tu ikhlas, dia tak kisah pun bab latar belakang family pasangan dia” balas Fatihah lagi.
Faizal tersenyum. Betullah, tidak pernah terdetik dihatinya tentang pangkat atau darjat seseorang, apa lagi orang yang dipilih untuk jadi suri hidupnya.
“Nak Ayah bawak p kandang ke?”
“Ayah ni agak-agak la, kak long pakai baju kurung kot” Fatihah melonjak sedikit badannya ke hadapan .
“Why not? Boleh ambik gambaq kawin sekali. Bukan selalu”
Faizal masih berteka-teki kandang apa yang mereka maksudkan.
***
Kereta dipandu masuk ke sebuah kawasan yang dilengkapi pelbagai fasiliti yang bersesuaian sukan dan riadah.
Masing-masing keluar dari kenderaan. Faizal memandang kawasan sekeliling yang masih berkabus sejuk. Ada track jogging, ada kawasan rehat, ada tasik buatan dan ada kandang. Cuma dia masih belum dapat tangkap kandang apa yang berada disana.
Encik Abdul Rahman dan Puan Aida berjalan menuju ke kawasan pejabat urusan. Faizal masih tidak berganjak memerhati kawasan sekeliling.
Fatihah berdiri dihadapan Faizal. Dia melambai-lambai tangan dihadapan Faizal.
“Awak okey ke tak ni?” soal Fatihah meletakkan tangan didahi Faizal.
Faizal segera menarik dan menggengam tangan isterinya. “Saya okey je lah,cuma tak tahu pulak kewujudan tempat ni”
“Tempat private ni, untuk ahli kelab je boleh masuk sini” Terang Fatihah tentang tempat rekreasi milik Encik Abdul Rahman.
“Tapi tu kandang apa?” soal Faizal ingin kepastian.
“Awak ni.. lambat pickup betul, tempat elok macam ni of course la kandang kuda” balas Fatihah menarik Faizal untuk berjalan.
Faizal tidak berganjak malah ditariknya Fatihah kembali kedalam pelukkannya. Dah lama dia nantikan saat itu.
“Awak ni,makin pandai gurau kasar ye” hidung Fatihah dicuit mesra. Fatihah senyum menatap mata Faizal.
“Dah jom masuk” Fatihah sekali lagi menarik Faizal berjalan masuk.
Dalam diam aksi mereka sempat dipotret oleh fotographer yang bertugas di pusat rekreasi.
“ini baru betul original candid!” bebel ayie yang berjalan sambil menatap kembali gambar yang diambilnya.
Encik Abdul Rahman sempat menitip pesanan kepada Ayie untuk mengambil gambar kahwin Fatihah bersama Faizal.
***
“Ha..kak long, ni sat g ayie tolong ambik gambar hampa dua dekat dalam. Bawak la kuda kesayangan kak long tu keluaq”
Fatihah menunjuk isyarat Okey sambil melanggah air botol mineral. Dahaga.
“Awak penah naik kuda ke?” soal Fatihah memandang Faizal. Mereka berjalan menuju ke kandang kuda. Faizal menggeleng kepala.
Berdebar hati pertama kali berada dekat dengan kuda.
“Bang..bawak harry keluaq” arah Fatihah kepada penjaga kuda.
“Harry?” Faizal memandang Fatihah minta jawapan.
Seekor kuda jantan berwarna putih dipimpin keluar, Fatihah segera menyambut tali dari tangan penjaga kuda.
“Ini la harry saya” Fatihah mengusap kepala kuda dihadapannya. Faizal tergamam melihat kuda putih tegap dan sihat dihadapannya.
Fatihah membawa kuda berjalan menuju ketempat yang dicadangkan Ayie untuk sesi photoshoot.
Baju kurung kedah hitam dihiasi sulaman gold menjadi pilihan Fatihah, Faizal pula segak dengan baju melayu moden dan songkok hitam. Wajahnya kembali dikemas dengan rapi.
Mereka hanya mengikut arahan Ayie hingga selesai sesi bergambar. Matahari makin meninggi, mereka menamatkan sesi photoshoot.
Fatihah menyerahkan Harry kepada Ayie untuk dibawa masuk kembali.
Dipandang wajah Faizal yang sedikit pucat.
“Awak okey ke tak ni?” soal Fatihah menarik Faizal duduk dikerusi berhampiran. Faizal hanya mengangguk.
“Mungkin cuaca panas kot”
“Sejak bila awak tak tahan panas?”
“Sejak kita berpisah” balas Faizal mengipas dengan songkoknya.
Fatihah menarik selendangnya lalu menyapu perlahan peluh diwajah Faizal. Dia segera menarik Faizal berjalan menuju ke ofis, risau Faizal pengsan pula.
Share this novel