BAB 64

Romance Completed 34761

Bunyi deringan telefon pintar Fatihah bergetar minta dijawab.

“Hello..Oh ya Kennedy. Nak jumpa? Bila tu?” Soal Fatihah yang duduk disofa balkoni menghabiskan masa dengan membaca komik sambil menghirup udara malam.

Eman yang turut berada disamping hanya mencuri-curi dengar.

“I’ts okey.. I boleh pergi sendiri nanti. Okey see you. Bye!” Fatihah menamatkan panggilan dan meletak handphone dimeja.

“Esok abang free kan?” Soal Fatihah memandang Eman, tangannya menepuk peha Eman yang berada disisinya.

Eman mengangguk. Kalau tak free pun dia sanggup lagi tukar shift daripada membiarkan isterinya keluar berdua dengan lelaki lain.

“I love you!” ucap Fatihah menarik lembut hidung suaminya. Eman tersenyum,merah wajahnya setiap kali Fatihah menutur kata-kata istimewa dengan manja sebab isterinya itu jarang sekali mengungkap sedemikian.

“Kulit abang ni sensitive betul ye?” usik Fatihah melihat wajah Eman yang masih merona. Eman ketawa mendengar soalan isterinya.

“Sayang nak kemana esok?”

“ada janji temu dengan Kennedy dekat café hotel yang kenduri Badrul hari tu” Fatihah membetulkan kedudukannya lebih menegak. Eman mengalihkan badannya mengadap Fatihah, dia duduk bersila diatas sofa.

“untuk apa?” Soal Eman. Fatihah mengangkat bahu tanda tidak pasti.

“Tak pe ke abang ikut?”

“Abang tak ikut, siapa yang nak drive? Sayang tak larat la nak drive” balas Fatihah dengan gaya lemah.
Eman tersenyum. Dia mengusap perut Fatihah.

“Dah 30 minggu kan?” soal Eman cuba mengira tempoh kandungan Fatihah.

“Ya.. sebab tu kot overtired” Fatihah memberatkan kepala disofa. Dia banyak menghabiskan masa dengan tidur sejak dua menjak ini.

****

Fatihah dan Eman sampai awal 30 minit dari yang dijanjikan. Mereka terus mengambil tempat di meja yang telah ditempah Kennedy.

Fatihah meletak file pakej perkahwinan diatas meja seperti dipesan Kennedy melalui pesanan Whatsapp supaya dia membawa bersama.

Fatihah mengenakan dress labuh purple yang bersesuaian dengan keadaan perutnya. Hijabnya dilabuhkan menutupi dada, hanya perutnya sahaja tidak dapat disorokkan. Eman mengenakan pakaian warna sedondon dengan Fatihah dan selesa mengenakan topi dikepalanya.

“Hai! Sorry lambat” sapa Kennedy yang baru muncul seraya menarik kerusi untuk duduk.

“Eh! Tak lah, kami sampai awal tadi.” Balas Fatihah tersenyum.

“Hai. You ni yang ada dengan Fatihah dekat majlis hari tu kan?” soal Kennedy menghulur tangan untuk bersalam, Eman menyambut baik dan tersenyum.

“My husband ni, I tak larat nak drive jadi kena bawak dia lah” jawab Fatihah yang menyandar dikerusi.

“Ohh.. I see, sebentar ya. I tengah tunggu someone” Dia terjenguk-jenguk seperti mencari kelibat seseorang. Dia pantas melambai tangannya apabila insan yang ditunggu telah sampai.

“Sorry.. jalan jem tadi” ujar wanita yang baru sampai itu. Dia menarik kerusi untuk duduk bertentangan Fatihah.

“Wait! You Fatihah kan?” soal wanita dihadapannya dengan terkejut.

“Kejap. I macam tengah teringat sesuatu” jawab Fatihah mengerutkan keningnya. Kennedy sudah tersengih.

“Bukan ke you tak suka dekat mamat ni dulu?” soal Fatihah mengecilkan matanya.

Wanita dihadapannya tersenyum malu.

“Itu dulu Fatihah. Sekarang dia sudi jadi isteri I dah” balas Kennedy menayang gigi yang menyerlahkan ketampanan wajahnya .

“Ohh! Patut la you suruh bawak pakej kahwin. Okey, faham” ujar Fatihah tertawa lalu menolak file yang berada diatas meja.

Hampir dua jam perbincangan, mereka bersetuju memilih pakej berkonsep Era Melayu English Klasik sebagai tema majlis resepsi yang bakal diadakan didewan yang sama.

“Okey. Nanti I akan arrange jadual untuk korang dua secepat mungkin sebab majlis dalam 6 bulan lagi kan?” ucap Fatihah sambil menyemak data yang diambil dari bakal pengantin dihadapannya.

“Alright! I trust you Fatihah sebab tengok wedding yang sebelum ni memang perfect!” puji Kennedy bangga dengan rakan sekelasnya.

Fatihah tersenyum. “Alhamdulillah kerja teamwork”

“Kalau tak ada apa-apa, kami minta diri dulu sebab ada hal lain sikit” ujar Kennedy memandang skrin handphone.

“Okey boleh.. apa-apa hal boleh call or Whatsapp saja” balas Fatihah tersenyum. Kennedy dan bakal isterinya bangun meninggalkan mereka berdua.

“Sayang ada nak pergi mana-mana lagi ke?” soal Eman memegang tangan Fatihah saat isterinya mahu bangun.

“Singgah butik kot nak inform dekat Amsyar”Fatihah berjalan sambil ampu bawah perutnya .

Eman hanya mengangguk dan pimpin tangan Fatihah ke kawasan lobi sebelum dia meninggalkan Fatihah untuk mengambil kereta di tempat letak kereta.

****

Fatihah melangkah masuk bersama Eman ke dalam Butik The Royal Wedding Dream sambil menjinjing file kerjanya.

“Busy ka Amsyar?” soal Fatihah mengambil tempat dihadapan Amsyar.

“Boleh la sikit-sikit.. awat?” dia tekun melihat jenis kain diatas meja.

“New project, 6 bulan lagi majlis” Fatihah menyerahkan file untuk Amsyar.

“Eman, kalau nak minum hang p buat sendiri dekat pantry noh” ujar Amsyar memandang Eman yang duduk disofa sambil menatap skrin telefonnya.

“Eh! Tak apa lah..dah minum tadi” balas Eman memusingkan kedudukan depan topi ke arah belakang.

“Wow! Menarik tema ni. I like!” ucap Amsyar selepas meneliti detail tempahan.

“Nanti aku set jadual untuk hampa siap-siap, risau aku kena masuk wad awai sat lagi habis tergendala” ujar Fatihah memerhati kalender dalam handphone .

“Rasa dan hang bersalin dulu ni..” balas Amsyar membetulkan posisi badannya lebih lurus.

“Tu lah.. sekarang pun perut kerap mengeras dah. Appointment baru ni semua still okey.”

“Berpantang dekat mana?” soal Amsyar pula.

Eman yang dari tadi menatap skrin handphone, terus mengangkat wajahnya memandang Fatihah menanti jawapan.

“Dekat sini je lah..senang,urusan sebelum bersalin dah buat dekat sini, malas aku nak pening kepala bertukar-tukar klinik bagai” jawab Fatihah dengan riak muka annoying. Eman menarik nafas lega.

“Elok lah tu, senang aku nak p melawat hang nanti”

Setelah selesai sesi berbincang dan bergosip, Fatihah dan Eman bergerak pulang bersama Mikail yang baru tamat waktu dipusat asuhan berhampiran.

Mikail seronok bercerita tentang aktiviti dengan kawan-kawannya disekolah.

“Tadi cikgu ada bagitahu,sekolah nak buat lawatan ke Petronas Twin Tower next month. Ada program untuk kanak-kanak dekat sana” Eman mula bersuara ketika kereta sudah keluar dari parking.

“Okey. Parents kena ikut ke?” soal Fatihah.

“Tak, sebab dekat je..” Balas Eman memandang cermin pandang belakang melihat Mikail. Berat hatinya untuk melepaskan Mikail jauh dibawah jagaan orang luar.

Fatihah meletak tangannya diatas peha Eman. “Jangan risaulah. Biar dia explore bersama kawan-kawan pulak.” Eman tersenyum, tahu pulak Fatihah yang dia sedang risaukan anaknya. Sedar tidak sedar anak terunanya sudah makin membesar.

Selamat membaca (⁠•⁠‿⁠•⁠)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience