Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Kini, di mana kucari tawamu
‘Tuk hapuskan semua sepi di hati?
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka, saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka, saat kita tertawa
~~~ Semua tentang kita by Noah~~~
SEBULAN KEMUDIAN
“Sebelum Encik Faizal melafazkan talak, dibenarkan puan Fatihah dan Encik Faizal saling bermaafan buat kali terakhir sebagai suami isteri” ujar Tuan Hakim mahkamah syariah tegas.
Suasana sunyi menyelubungi dewan mahkamah. Hanya ibu bapa Fatihah dan Amsyar sahaja yang hadir menemani Fatihah.
“Terima kasih dah jadi suami yang terbaik untuk saya,halalkan makan minum saya, maafkan andai ada salah silap sepanjang kita bersama” ucap Fatihah menahan sebak dan air mata. Dia mengucup tangan suaminya buat kali terakhir.
Faizal memegang wajah Fatihah dengan kedua tangannya.
“Awak tak ada salah dengan saya. Terima kasih jugak sebab sudi jadi isteri saya dan saya masih berharap kita akan dipertemukan kembali dimasa hadapan” Dia memberikan ciuman terakhir diubun-ubun Fatihah dengan linangan air mata.
“Nurul Fatihah binti Abdul Rahman, aku ceraikan engkau dengan talak 1” bergetar suara Faizal saat melafazkan talak kepada isterinya.
“Maka dengan ini, bubarlah perkahwinan antara Puan Nurul Fatihah binti Abdul Rahman dengan Encik Faizal Bin Fakhrul Razi”
TOK! TOK! TOK!
Fatihah menarik nafas dalam dan menghembus perlahan. Faizal masih lagi tergamam dengan apa yang baru dilalui. Terasa beratnya kaki untuk melangkah, betapa remuknya hati kerana tidak mampu mempertahankan rumah tangga sendiri.Mereka semua mula beredar keluar meninggalkan dewan mahkamah.
“Maafkan Faizal ayah. Mulai hari ni, Faizal serahkan kembali Fatihah kepada ayah. Terima kasih pinjamkan anak ayah untuk beberapa ketika” ucap Faizal memeluk Encik Abdul Rahman diluar mahkamah. Encik Abdul Rahman mengangguk dan gosok perlahan belakang Faizal.
Fatihah hanya mampu memandang Faizal buat kali yang terakhir.
Amsyar menyeka air mata yang mula membanjiri kelopak matanya. Complicated sungguh hidup kawan-kawan aku ni!
***
“Bie..bila kita nak balik sana?” soal Amal kepada Faizal ketika mereka bertembung didalam bilik.
“Balik mana lagi? Saya stay sini, jadi awak ikut sajalah!” balas Faizal terus melangkah keluar dari bilik.Dingin saja suaranya.
Sejak berpisah dengan Fatihah, dia mengambil keputusan untuk tinggal di Pahang bersama ibu bapanya. Dia juga membuat keputusan drastik dengan tidak perbaharui kontrak sebagai jurulatih.
“Hah! Tu nak pergi mana pulak?” sergah Puan Jamilah dimuka pintu. Faizal menghidupkan enjin kereta untuk keluar mencari ketenangan.
“Puas hati kau sekarang?” perli Encik Fakhrul Razi yang sedang membaca surat khabar.
“Aku dah cakap, hidup anak-anak jangan suka masuk campur” tempelak Encik Fakhrul Razi .
Amal hanya terbaring malas dikatil memikirkan cara untuk takluk kembali hati Faizal. Puas sudah dia cuba, sedikit pun Faizal tidak endah. Jangan kata bercakap,sentuh pun tak pernah langsung. Nampaknya Faizal betul-betul kecewa dengan perbuatan bodoh Amal bersama Puan Jamilah.
***
“Hah mama! Bila kami nak boleh anak buah baru ni? Dah 3 bulan dah, takkan tak lekat lagi kot” perli Fazliana ketika mereka berkumpul ramai-ramai diruang tamu rumah.
Sekali sekala berhimpun adik beradik.
“Belum ada rezeki lagi lah tu” balas Puan Jamilah dengan tebal muka.
Haliza tersembur air minuman yang baru saja singgah didalam mulutnya.
“Uihh! Kak Iza..mujur hala ke tempat lain, kalau tak berkopi la muka mama”
Julia ketawa dan diikuti yang lain.
“Faizal kau tak kerja sekarang?” Soal Johari yang lama tidak bertemu mata dengan adik bongsunya. Nampak sedikit cengkung dan serabai.
“Tak. Orang nak goyang kaki saja. Mama kan ada menantu yang kononnya kaya, boleh support sampai dalam kubur” sengaja Faizal memerli Puan Jamilah.
Sebenarnya Faizal baru saja tahu agenda Puan Jamilah. Dia tidak sangka hanya kerana harta sanggup dia merosakkan rumah tangga anak sendiri. Akhir sekali berputih mata apabila mengetahui yang keluarga Amal sudah pun bankrap dan Amal diceraikan sebab tidak berterus terang tentang hal dia dilahirkan tidak mempunyai rahim.
Faizal masih lagi mengikuti perkembangan Fatihah dari jauh. Hendak kembali, dia tahu Fatihah tidak akan menerimanya selagi dia masih suami orang. Saban hari hidupnya makin serabut. Kadang kala seperti orang yang depression.
“Kau tak cuba get back dengan Fatihah ke?”
Soalan Fazliana mematikan lamunan Faizal.
“Dia takkan terima suami orang, lagi pun ada orang tu dah hina dia macam-macam lagi la dia taknak” balas Faizal yang sedang menguyah buah.
“Nasib kau lah adik. Semoga ada sinar satu hari nanti” balas Julia simpati dengan kehidupan Faizal yang semakin tidak terurus.
thank reading (^^)
Share this novel