BAB 37

Romance Completed 34761

“Anak kau siapa jaga?” Soal Badrul menyedut air teh ais dalam gelasnya.

“Mak mentua aku yang jagakan dulu” Eman menatap gambar anaknya didalam galeri gambar.

Suasana malam di kedai mamak 24 jam masih riuh dengan orang ramai. Ada yang sedang beratur mengambil makanan, ada yang layan bola, ada juga yang makan tanpa pandang kiri kanan.

“So apa plan kau nanti?”

“Aku nak beli rumah dekat sini and tunggu anak aku masuk setahun dua baru aku bawak ke sini” balas Eman yang sudah siap atur perjalanan hidup bersama anaknya.

“Bunyi macam nak bermastautin dekat sini terus saja.. mama kau?”

Eman mengangkat keningnya.

“mama aku lagi 8 tahun baru pencen, itu pun kalau dia nak stay dengan aku lah”

Badrul mengangguk-angguk kepalanya.

“Kau tu macam mana? Asyik tanya pasal orang saja” soal Eman pula bila melihat Badrul yang masih tidak ada tanda-tanda untuk berumah tangga.

Badrul ketawa kecil mendengar pertanyaan Eman.

“Aku belum sampai seru lagi. Calon samar-samar entah kemana”

“kau straight kan?”

“Hoi! Gila ! Aku normal lagi lah”

Eman hanya ketawa dengan reaksi Badrul yang menyedari dengan soalan Eman.

***
“Eman, bulan depan awak perlu hadir kursus sebagai jurulatih di Balai Bomba Persekutuan”

Pegawai atasan di balai bomba tempatnya bertugas memberi arahan kepada Eman sebelum dia dilantik menjadi jurulatih menggantikan jurulatih sedia ada yang bakal bertukar ke cawangan lain.

“Baik Tuan” tegas suaranya menerima arahan.

“Kamu ada plan nak tukar balik ke tempat kamu ke?” Soal Tuan Hakim meletakkan kedua tangannya diatas meja.

“Tiada tuan. Saya tak ada perancangan nak bertukar ke mana-mana” jawab Eman yakin.

“Baiklah.. saya rasa itu sajalah buat masa ni” ucap Tuan Hakim mengakhiri pertemuan mereka di pejabatnya.

Eman segera bergerak keluar untuk memulakan kerjanya seperti biasa.

“Tuan Hakim panggil kau buat apa?” Soal amin yang kebetulan ternampak Eman ke pejabat.

“Aku kena p kursus bulan depan” Balas Eman sambil membetulkan uniform.

“Ohhh.. ingat dia complain apa-apa tadi” ujar Amin disisi Eman. Maklumlah kadang orang awam suka complain yang bukan-bukan selepas aktiviti menyelamat dilakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience