Eman melabuhkan punggungnya disofa empuk ruang tamu rumah. Puan Rosma fokus dengan telefon pintar ditangannya dimeja makan.
“Mika dah okey ke mama?” Soal Eman memandang Puan Rosma.
“Okey dah, tadi mama bawak ke klinik”
Eman mengerutkan dahi seraya bangun duduk dikerusi berhampiran ibunya. “Mama pergi dengan siapa?”
“Naik grab je” balas Puan Rosma pendek.
“Laah!”
“Tapi masa balik mama tak naik grab” potong Puan Rosma sebelum anaknya meneruskan kata.
“Jadi? Takkan jalan kaki pulak?” Soal Eman kesal.
“Mama balik dengan jiran sini . Rumah dia selang 2 pintu saja. Mika bukan main suka lagi dia,tak nak langsung dengan mama” Puan Rosma membuka cerita. Eman memandang Puan Rosma dengan hairan.
“Betul. Tadi dia tolong mama masa dekat luar klinik, Mika menangis meronta tak terkawal dah. Jadi mama bagi la dia pegang Mika sementara mama betulkan balik baju mama yang nak terbuka dah.”
“Mama bagi stranger pegang Mika macam tu je? Kalau dia culik Mika macam mana?” soal Eman terkejut.
Puan Rosma tersenyum. “ mana ada penculik secomel tu, Mika pun selesa dengan dia sampai tak nak langsung dengan mama” Eman terdiam, dia menggaru kepalanya.
“Budak-budak ni hati masih bersih. Kalau dia selesa tu memang betullah dia selesa. Nak kata jodoh Mika macam tak kena pulak” ucap Puan Rosma tertawa.
‘Lain macam betul mama aku ni’ suara hati Eman bermonolog sendiri.
“Tapi kalau kata jodoh kamu tu sesuai lah kot, rasa macam sebaya dengan kamu je tu” tempelak Puan Rosma menanti reaksi anaknya.
Eman melopong mendengar kata-kata Puan Rosma. “Eh! Mama ni ke situ pulak”
Puan Rosma tersengih melihat reaksi Eman. Kalau betul pun apa salahnya
****
“Eman! Boleh tolong aku tak?” soal Badrul berlari anak sambil membawa kotak berisi barang kepada Eman yang sudah habis kerja. Eman menutup pintu kereta belakang selepas menyangkut uniform dipemegang tempat duduk belakang.
“Tolong apa?”
“Tolong hantar ni ke Butik The Royal Wedding Dream” ujar Badrul menyerahkan kotak yang dipegangnya. Eman segera menyambut dengan hairan.
“Kenapa aku pulak?” soal Eman tidak puas hati, orang lain yang nak kahwin dia pulak kena terlibat.
“Sebab butik tu dekat dengan jalan masuk rumah kau la. Tolong okey?”
Eman memandang Badrul dengan wajah annoying.
“Tolong la okey? Confirm kau akan berterima kasih dekat aku lepas ni” tambah Badrul tersengih dan terus berlari meninggalkan Eman yang terpinga-pinga dengan kata-katanya.
Eman menggeleng kepala dan menempatkan kotak ditempat duduk penumpang hadapan supaya mudah untuk dia capai.
***
TING TONG! Loceng ditekan.
Tit! Bunyi pintu yang sedia untuk dimasuki. Eman menolak perlahan mencari staff.
“Yes? Ada apa yang boleh saya bantu?” ucap Fatihah yang berdiri berhampiran meja. Eman segera memalingkan badannya menghadap Fatihah. Matanya terbeliak memandang Fatihah dihadapannya. Kelu lidahnya untuk bertutur.
Fatihah memandang pelik. “Encik okey ke?nak cari baju kahwin ?” soal Fatihah lagi selepas melihat Eman yang tidak memberi reaksi.
Dia tak kenal aku langsung ke? Soal eman dalam hati. “Saya nak hantar barang ni” hulur Eman kepada Fatihah. Fatihah segera menghulur tangan untuk menyambut namun tidak teruskan kerana terasa berat
“Err..berat pulak, boleh letak atas meja. Nanti saya mintak staff angkat. Tapi ni barang dari siapa?” Fatihah meneliti kotak diatas meja. Eman masih tidak lepas untuk menatap wajah Fatihah, masih comel.
“Aaa..ini barang Badrul” jawab Eman menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“OHH..encik Badrul. Okey baik, terima kasih” ucap Fatihah mengangguk.
“Boleh saya tanya sikit tak?” teragak-agak untuk dia bertanya.
“Boleh”
“Awak Fatihah kan?” soal Eman untuk kepastian.
Fatihah terkejut. “Mana awak tahu nama saya?” keningnya dikerutkan.
Eman tersenyum. “Awak memang tak ingat saya langsung ke?” soal Eman lagi. Fatihah menggeleng kepala.
Eman segera mintak diri untuk pulang. Kecewa hatinya. Fatihah terus memandang Eman disebalik dinding kaca Butik. Aku kenal dia ke? Fatihah menggaru dagunya seperti mencari jawapan.
****
“Betui ni hang tak mau ikut kami?” soal Amsyar kepada Fatihah tentang trip butik selama seminggu ke Pulau Tioman membawa pekerja bercuti.
Beli jiwa orang kata supaya staff terus bekerja dengan produktif. Awal-awal lagi Amsyar dah kosongkan jadual butik mereka dan siapkan kerja sebelum bercuti.
“Aku stay sini saja la, nak pusing-pusing supaya familiar dengan kawasan sini jadi senang nak gerak ke mana-mana nanti” jawab Fatihah yang bersedia untuk masuk dalam keretanya.
Amsyar akur dengan keputusan Fatihah. “Okeylah, aku gerak dulu. Hang hati-hati. Kalau ada apa-apa call aku terus” pesan Amsyar lagi. Fatihah hanya angguk dan memberi isyarat okey.
Share this novel