AKU suka dia
Tapi ku tak tahu untuk
Bilang kepadanya
Jika aku suka
Jatuh cinta kepadanya
Dia cinta yang pertama
Dia yang bisa membuat aku
Merasa deg-degan
Berdebar di dada
Diam saat mengingatnya
Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya
Kalau aku mau
Jadi kekasihnya
Ooo
Aku yakin diriku
Nanti pasti membuatnya
Suka kepadaku
Cinta kepadaku
Dan kita akan jadian
Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya
Kalau aku mau
Jadi kekasihnya
Ooo
Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya
Kalau aku mau
Jadi kekasihnya
Ooo
Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya
Kalau aku mau
Jadi kekasihnya
Ooo
~~~~Jadian by the junas Monkey~~~
“Tak cerdik betul” Badrul tiba-tiba bersuara ketika masing-masing senyap melayan perasaan selepas selesai tugas.
“Apa yang tak cerdiknya?” soal amin salah seorang rakan bertugas.
“Tak cerdik la, kalau dah suka straight to the point ja dengan awek tu. Duk pesan dekat bulan buat apa,kang melepas sendiri yang melopong” terang Badrul cuba pertikai lagu yang sedang mereka dengar.
“Aduhhh…kau ni, nama pun lirik lagu. Mesti la ada bahasa kiasan puitis sastera apa semua. Baru la lagu tu menusuk hati sampai bila-bila” balas amin lalu menepuk bahu Badrul.
Eman dan yang lain hanya ketawa. Namun hati eman sedikit terusik dengan kata-kata Badrul. Ada betul jugak, dah suka kena la confess.
“Aku nak ke tandas kejap” Eman bangun dari tempat duduk dan berlalu pergi. Dalam perjalanan yang perlahan lirik lagu tadi terus bermain dikepalanya.
Ya, dia memang sudah tersuka dengan Fatihah tapi hati masih berbelah bagi. Bertukar gambar sudah, selalu saja bertanya khabar, kadang tempat dia meluah perasaan bila stress dengan tugas, selalu jugak bercerita pasal keluarganya cuma masih belum ada kesempatan untuk bersua muka.
Dia risau tidak mampu bagi komitmen pada hubungan memandangkan tugasnya kadang-kadang tidak sempat untuk dia pegang handphone.
“Hello ! Ha kenapa?” Eman pantas menjawab panggilan telefon yang baru diterimanya.
“Jom gerak. Ada call suruh bawak turun oyen dari pokok” kedengaran suara Badrul dihujung talian.
“Okey,rojer” balas Eman tergelak kecil. Oyen pun oyen lah.
*****
Tut! Tut! Bunyi deringan sementara menunggu talian dijawab. Panggilan tidak dijawab, hanya suara operator yang kedengaran untuk tinggalkan pesanan.
Eman merebahkan badannya diatas tilam, dia berpusing mengiring ke kiri sambil menatap skrin telefon. Busy kot? Ke dah tidur ? Soal hati eman setelah panggilannya tidak dijawab.
Kring!Kring! Telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat. Eman yang hampir terlelap terus memandang skrin handphone. Dia segera menjawab.
“Assalamualaikum..” Eman segera memberi salam.
“Waalaikumsalam..Eman ada call ke tadi?” kedengaran suara Fatihah dihujung talian.
“Ya ada tadi..busy ke? Sorry ganggu”
“Eh! Takda lah, Fatihah tengah drive tadi.. baru sampai rumah je ni” balas Fatihah sambil melangkah masuk kedalam rumah.
“Baru balik kerja ke?” eman memandang jam diatas meja sisi katilnya. Pukul 12 tengah malam.
“Yee..shift petang habis pukul 11, tolak itu ini sampai la rumah pukul 12”
“Ohhh..lepas tu esok kerja?”
“Esok cuti, jadi relax sikit” Fatihah menekan punat TV dan mencapai remove control.
“Eman pun cuti jugak esok” Eman menarik bantal untuk bersandar dikepala katil.
“Okey..Hari ni ada story best ke?” soal Fatihah lagi.
“Ada.. pasal si oyen gemuk!” balas eman lantas ketawa. Seperti biasa mereka saling bertukar cerita tentang tugas masing-masing seolah-olah mereka sedang duduk berdepan sambil minum kopi.
Fatihah pun senang dengan kehadiran Eman walaupun tidak pernah bersua muka. Perasaan melebihi seorang kawan pun pernah terdetik dihatinya namum cepat-cepat dia nafikan memandangkan Eman tidak pernah bersuara tentang perhubungan mereka walaupun Eman sangat mengambil berat tentangnya. Masing-masing membiarkan perasaan tergantung tanpa jawapan.
Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi , mata eman sudah beri isyarat mengantuk dan letih.
“Fatihah, eman mintak diri dulu ye? Mengantuk dah ni” Eman minta izin untuk menamatkan panggilan.
“Okey..p lah tidur dulu, confirm letih kan” balas Fatihah yang masih menonton TV.
“Fatihah taknak tidur lagi ke?”
“Kejap lagi..nak habiskan episod drama ni kejap”
“Okeylah kalau macam tu. Bye!”
“Bye!” panggilan ditamatkan. Fatihah meneruskan tontonannya, Eman pula terus melelapkan mata tanpa sempat otaknya berfikir pelbagai perkara.
Share this novel