BAB 51

Romance Completed 34761

Fatihah segera menolak dada bidang Eman untuk melepaskan diri dari pelukkan Eman. Eman terundur ke belakang, dia baru sedar dengan perbuatan tidak sengajanya.

“Sorry..saya tak sengaja.” Ucap Eman serba salah. Fatihah segera berlari pulang meninggalkan Eman yang serba salah. Dia menepuk dahi bila fikirkan perbuatan sendiri yang melebihi batas.

****
TIT! Pintu dibuka dengan lemah. Eman melangkah longlai masuk dan terus menuju ke bilik tidur.

“Dah kenapa basah kuyup ni?” Soal Puan Rosma terkejut dengan kehadiran Eman dalam keadaan basah kuyup.

“Tengah jogging. Tiba-tiba hujan” balas Eman perlahan sebelum menutup pintu bilik. Dia segera membersihkan diri.

SELESAI mengerjakan solat maghrib, Eman memilih untuk rehatkan badan dibiliknya. Dia terbaring memandang siling sambil digigit lembut bibir sendiri.

KRING!KRING! Butang hijau ditolak keatas.

“Hello”

“Hello! Ni siapa ye? Fatihah mana?” Soal Amsyar pelik dengan suara asing yang didengarnya. Suara lelaki-lelaki dalam hidup Fatihah semua dia sudah cam.

“Errr! Kenapa awak tak call Fatihah terus?” Soal Eman kembali . Dia seraya memandang skrin handphone untuk melihat nama yang tertera. Amsyar!

“Eh! Kau ni siapa? Aku call ni number Fatihah lah! Kau culik dia ke?” Amsyar bersuara keras. Hilang kelembutan. Keselamatan Fatihah dibawah tanggungjawab dia.

“Bukan! Rasanya kami dah tertukar handphone ni. Dah tukar nanti aku suruh Fatihah call balik.bye!” Eman pantas tamatkan talian. Dia meneliti handphone ditangan. 100% sama termasuk casing, patutlah tak perasan.

“Mama!” Eman berlari anak mendapatkan Puan Rosma diruang tamu bersama Mikail. Puan Rosma memandang pelik.

“Mama pinjam handphone kejap” terus dicapai telefon yang berada diatas meja sisi sofa. Number Fatihah dihubungi segera. Berkali-kali masih tidak berjawab. Eman mula tidak sedap hati.

“Ma! Jom teman Eman kerumah Fatihah.” Ajak Eman yang mula risaukan Fatihah .

Puan Rosma mengerutkan dahi. “Nak buat apa?”

“ Eman tertukar handphone petang tadi. Call
berkali-kali tak jawab langsung ni. Kot ada emergency call ke nanti susah pulak” balas Eman risau, cuma tidak pasti risau yang mana satu.

“Ye lah.. dah jom!” Puan Rosma segera mendukung Mikail dan bergerak keluar.

***
LOCENG rumah ditekan berkali-kali. Eman masih lagi cuba menghubungi numbernya menggunakan handphone Puan Rosma.

“Macam mana ni mama? Nak call balik kawan Fatihah pun, handphone dia guna fingerprint” Soal Eman bingung.

“Tertidur kot” jawab Puan Rosma

“Tu kalau tertidur. Kalau pitam macam mana?” suaranya kedengaran risau. Dia mencuba nasib untuk menekan butang password untuk unlock pintu rumah Fatihah.

TIT! Eh! Betul pulak.Eman segera menolak perlahan daun pintu sebelum memberi salam. Puan Rosma terkesima dengan perbuatan anaknya. Eman terpaksa melangkah masuk selepas salamnya tidak disahut.

Dia melangkah perlahan meninjau kawasan rumah untuk mencari kedudukan Fatihah.

“Eh! Fatihah!” Jerit Eman saat memandang Fatihah yang terbaring berhampiran kaunter bar. Puan Rosma tergopoh-gapah bergerak ke dapur apabila mendengar Eman jerit nama Fatihah.
Eman segera mengangkat Fatihah ke sofa diruang tamu. Tempat duduk sofa ditarik keluar menjadi seperti sebuah katil queen. Fatihah dibaring dengan selesa. Puan Rosma merasai tekanan nadi Fatihah . Masih normal.

Eman mengambil botol ubat yang berada dalam genggaman Fatihah.

“Ma! Ubat apa ni?” soal Eman lalu memberi pada Puan Rosma. Puan Rosma segera menyambut dan membelek maklumat yang tertera.

“Ubat anti depression ni” jawab Puan Rosma menyerahkan kembali kepada Eman.

“Depression?” Eman mengerutkan dahi lalu memandang Fatihah yang masih belum sedar

“ummi!” jerit Mikail yang meronta untuk mendapatkan Fatihah. Eman bangun dan mendukung anaknya.

“ummi tidur. Ummi tak sihat.”pujuk Eman memandang wajah Mikail.

Mikail mula menyebek untuk menangis. “Kita tunggu ummi bangun dulu okey?” pujuknya lagi lalu membawa Mikail untuk keluar tengok permandangan malam dibalkoni.

Puan Rosma hanya tersenyum. Dia sendiri tidak pasti mengapa Mikail terlalu menyukai Fatihah sedangkan begitu ramai wanita lain yang berada disampingnya ketika dibawah jagaan keluarga Mariam. Pernah juga besannya cuba jodohkan Eman dengan sepupu Mariam. Bukan saja ditolak Eman, Mikail pun mentah-mentah menolaknya.

Fatihah membuka matanya perlahan-lahan. Dia memegang belakang kepalanya yang terasa berdenyut dan benjol.

“Eh! Kamu dah sedar?” soal Puan Rosma bangun duduk dihujung kaki Fatihah. Fatihah bangun dan bersandar. Dia merebahkan belakang kepala atas penyandar sofa.

“Okey ke tak?” soal Puan Rosma sekali lagi.
Fatihah mengangguk lemah.

“Ummi!” jerit Mikail berlari melompat mendapatkan Fatihah. Dia terus memeluk Fatihah. Fatihah membalas pelukkan anak kecil itu. Dia tersenyum senang. Eman berjalan perlahan duduk dihujung sofa yang sama.

“Maaf mama nak tanya.” Puan Rosma memandang Fatihah. Fatihah memandang Puan Rosma.

“Lama dah ke kamu makan ubat?” soal Puan Rosma berhati-hati. Fatihah seperti baru tersedar dan tercari-cari kelibat ubatnya. Eman segera hulurkan pada Fatihah. Dia mengambil perlahan didalam tangan Eman.

“Tak lama sangat. Sekarang ni doktor dah kurangkan dose sebelum stop” jawab Fatihah menggengam botol ubatnya. Puan Rosma mengangguk. Dia mencapai tangan Fatihah.

“Kalau ada masalah jangan simpan sorang-sorang.” Pesan Puan Rosma sama seperti pesakit – pesakit lain dihospital. Fatihah tersenyum.

“Untung arwah ibu Mikail dapat mentua macam aunty” ucap Fatihah tersenyum pahit. Sedikit demi sedikit dicerita kisah hidupnya supaya segala kenangan itu berlalu pergi seperti angin. Adakala dia tersenyum, adakala menahan sebak. Eman hanya diam mendengar.

Puan Rosma bangun melabuhkan punggungnya disisi Fatihah, dipeluk erat Fatihah.

“Ummi. Angis.” Sebut Mikail pelat saat memandang air mata yang mengalir dipipi Fatihah. Eman hanya memandang keletah anaknya itu.

“Eh! Fatihah dah makan ke belum?” soal Puan Rosma melepaskan pelukkannya. Fatihah menggeleng kepala.

“Tunggu kejap, mama balik ambik makanan. Dah sejuk agaknya” ucap Puan Rosma bingkas bangun dan keluar. Eman bangun duduk berhampiran Fatihah dan anaknya.

“Mika sini, ummi nak rehat” Eman menghulurkan tangan. Mikail palingkan wajahnya tanda tidak sudi.

“It’s okey..” Fatihah bersuara. Dia mengurut lembut belakang Mikail.

“hmm..saya nak minta maaf pasal tadi” ucap Eman perlahan. Dia memandang wajah Fatihah dengan serba salah. Fatihah memejamkan matanya.

“Awak masih marahkan saya ke?” Soal Eman yang masih menatap wajahnya. “Awak..” belum sempat Eman menghabiskan ayatnya, Fatihah lantas menutup bibir Eman dengan jarinya. Tergamam dia dengan tindakkan Fatihah.

“Depan anak jangan bincang perkara yang tak sesuai” Fatihah bersuara perlahan dalam keadaan mata terpejam. Cuba untuk mengelak dari bertentangan mata dengan Eman.

Eman menarik perlahan tangan Fatihah dan dibawa ke bibirnya kembali. Dia memberi kucupan dibelakang tapak tangan Fatihah.

“Bukan dah minta maaf ke tadi?”

“Ops! Sorry again!” Eman segera melepaskan pegangan tangan dan bangun menuju ke pintu setelah mendengar bunyi loceng ditekan.

thank you for reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience