HARI yang ditunggu Badrul telah tiba, majlisnya berlangsung dengan meriah didewan yang telah dihias bagai taman bunga fantasi. Fatihah yang mengenakan baju kurung hitam dan kasut jenis sneakers memegang walkie talkie untuk memberi arahan berdasarkan tentative yang dibincangkan bersama pihak pengantin.
Eman duduk bersama Mikail dimeja VIP yang disediakan. Pengantin berarak masuk dengan iringan muzik piano dan violin selawat ke atas Nabi saw. Para tetamu mula terpegun dengan kecantikan dan keserasian pengantin .
Ahli keluarga Badrul dan Dania yang tergolong dalam kalangan VVIP naik ke pentas untuk memberi ucapan. No wonder lah majlis mereka mewah!
Kini tiba sesi untuk bersantap pula, lagu bertajuk Sugar nyanyian Maroon 5 dipersembahkan dari artis jemputan mula berkumandang.Fatihah memastikan kesemua tetamu berada dimeja masing-masing dan mengarahkan waiter dan waitress mula menghidangkan makanan.
“Hang p makan dulu Fatihah, aku dah makan tadi” arah Amsyar setelah semua tetamu sudah duduk menjamu selera.
“Makan dekat mana?” Soal Fatihah mencari tempat.
“Tu.. p duduk dekat marka hang tu, meja tu memang aku reserve untuk kita saja” balas Amsyar menunjuk kearah Eman yang duduk berdua bersama Mikail.
“Okey! Kalau ada apa-apa rojer je” pesan Fatihah lantas bergerak ke arah meja Eman yang berada dihujung dewan.
“Ummi!” jerit Mikail apabila melihat Fatihah bergerak kearahnya. Eman mengangkat wajahnya memandang kearah yang ditunjuk anaknya. Haish! Masih comel macam budak form 5 aje!
“Tak makan lagi?” soal Fatihah menarik kerusi untuk duduk, dia melihat pinggan Eman masih kosong belum terusik makanan.
Eman menggeleng. “Mika tak nak duduk. Asyik nak lari pergi dekat ummi dia je” adu Eman lantas mencium pipi Mikail.
“Mika..tak baik susahkan Abi. Be good boy okay?” pesan Fatihah sambil menyenduk nasi ke pinggan Eman. Mikail mula duduk dikerusi bersebelahan Eman untuk makan.
“Tak nak makan?” Soal Eman apabila melihat pinggan Fatihah masih kosong.
“Makan la dulu, rehat kejap sebelum makan.” Jawab Fatihah lalu meneguk minuman.
“Okey ke?” soal Eman sedikit risau.
“Okey je..”
“Eh! Ini Nurul Fatihah kan?” tegur seorang jejaka tinggi lampai berwajah pan asia yang kebetulan melalui meja makan mereka.
“Yes…encik ni siapa?” Soal Fatihah janggal. Siapa pulak dah ni?
“Your classmates masa dekat U dulu. Awak buat apa dekat sini?” soalnya nampak teruja.
“Saya wakil wedding planner majlis ni” jelas Fatihah tersenyum walaupun otaknya ligat berfikir.
Eman hanya menjadi pemerhati. Ada saingan lagi ke ni? Aduhhh!
“Wow! Amazing. By the way this is my card, your business card ada? Senang saya nak contact nanti” Soalnya sambil menghulurkan kad namanya . Fatihah segera mencapai kadnya didalam beg tangan dan bertukar dengan classmates lamanya.
Eman memandang dengan rasa tidak senang hati.
“Okey! Saya kena gerak dulu” dia segera menghulur tangan untuk bersalam namun ditolak baik Fatihah dengan meletakkan tangan dibahu dan tunduk kepala sebagai tanda hormat. Lega hatinya si Eman apabila melihat Fatihah menolak untuk berjabat tangan.
“Oh! Sorry saya lupa. Okey see you again.bye!”
Fatihah masih lagi tidak ingat kewujudan jejaka itu didalam kelasnya sewaktu di university.
“Nak tambah lagi ke?” Soal Fatihah kepada Eman yang diam tidak bersuara. Cemburukah dia? Eman hanya menggeleng kepala. Hilang mood nak tambah.
“Makan la dulu nanti sakit perut pulak” arah Eman sambil bersihkan sisa makanan Mikail dimeja.
“TAHNIAH bro! Semoga berbahagia selalu” ucap Eman berjabat tangan dengan Badrul sebelum bergerak pulang.
“Lain macam je kau punya renungan dekat mamat tadi tu” bisik Badrul perlahan.
“Eh kau ni, sempat saja ushar orang” balas Eman sambil menampar geram bahu Badrul. Mereka sama-sama tersengih. Seorang geram seorang lagi tanpa rasa bersalah.
*****
JAM menunjukkan pukul 12 tengah malam, kesemua tetamu sudah pun habis bersurai pada jam 10 malam. Amsyar dan Fatihah adalah orang terakhir pulang selepas memastikan peralatan disimpan dengan selamat sebelum team mereka datang mengemas pada keesokan hari.
Eman menjeling jam di skrin telefon. Hampir 1.30 pagi . Dia masih berkira-kira untuk bertanya keberadaan Fatihah.
“Dah balik?” soal Eman sebaik sahaja Fatihah menjawab panggilannya.
“Dekat parking, baru nak jalan ke lift. Tak tidur lagi? Nanti nak kerja pulak kan?” bertubi-tubi pula soalan Fatihah.
“Tunggu orang tu sampai rumah dulu” jawab Eman untuk semua soalan.
Arghh! Fatihah menjerit, talian terputus. Eman segera berlari keluar menuju ke lift untuk turun ke kawasan parking.
TING!
Eman segera keluar mencari kedudukan Fatihah.
“Eh! Tuan. Nak pergi mana awal pagi ni?” tegur Pak cik guard ketika berborak dengan Fatihah. Eman menarik nafas lega.
“Kenapa jerit tadi?” Eman memandang Fatihah dengan serius.
“Jerit? Oh.. terkejut dengan pak cik ni tiba-tiba muncul”
“Turn pak cik sekarang round kawasan parking, sekali terserempak dengan cik Fatihah. Mujur tak ada heart attack” Pak cik guard ketawa kecil sebelum minta diri untuk teruskan tugas.
Eman dan Fatihah berada di dalam lift.
“Kalau Eman dekat sini siapa yang jaga Mika?” soal Fatihah
Eman terdiam, baru teringat pasal anaknya. Dia menepuk dahi.
TING!
“Eman anggota penyelamat, macam mana boleh lalai sangat ni?” Bebel Fatihah mengekori Eman dari belakang yang sedang menolak daun pintu rumahnya.
“Keselamatan anak jangan main-main. Nanti menyesal seumur hidup”
Mikail masih tidur lena didalam baby cot disisi katil Eman. Eman menutup kembali pintu biliknya.
“Dah?” soal Eman memandang Fatihah yang berdiri berhampiran.
“Dah apa?”
“Dah habis beleter?” jawab Eman berpeluk tubuh.
Fatihah menarik muka tidak puas hati.
“Dah lah! Nak balik! Bye!” balas Fatihah seraya berpusing kearah pintu.
“Tak nak minum dulu?”
“Tak nak!” Fatihah melangkah keras. Kita risaukan anaknya, boleh pulak dia kata kita membebel. Fatihah segera melangkah keluar menuju ke pintu rumahnya.
Tanpa menanggalkan baju dan mandi, Fatihah terus terlelap keletihan dengan perasaan sebal.
feel free to leave your comment (•‿•)
Share this novel