“SELAMAT datang tuan, boleh saya tahu tuan dah buat tempahan atau belum?” Soal Fatihah mesra kepada tetamu yang berada dihadapan kaunter hotel tempatnya bertugas.
“Ya, ada. Cuba cari atas nama Amierul Affandi” jawab pelanggan lelaki yang sedang menggendong bayi kecil bersamanya.
“Okey baik, tunggu sebentar ya.” Fatihah segera mencari nama pelanggan tersebut dalam sistem hotel. ‘uwekkk’ suara tangisan bayinya mula bergema diseluruh lobi hotel, pelanggan tersebut segera keluar membawa anaknya dan isterinya pula berlari anak masuk untuk mengambil alih procedure daftar masuk.
“Sorry anak saya bising,dia baru bangun tidur” ucap pelanggan tadi serba salah .
“it’s okey puan. Boleh saya dapatkan ic untuk proses check – in?” pinta Fatihah lalu mencapai IC yang dihulur pelanggannya itu. Setelah selesai urusan, Fatihah lantas menyerahkan access card dan deposit receipt.
“Terima kasih puan Insyirah. Ini access card dan deposit receipt,nanti check out boleh serahkan kembali untuk proses pemulangan duit deposit ya.. Selamat beristirehat” terang Fatihah panjang lebar dan melemparkan senyuman manis kepada pelanggan dihadapannya itu.
Pelanggan tersebut beredar dari kaunter lalu mendapatkan suami dan anaknya diluar.
“Weiiii! Comel gila anak dia” ujar amsyar sambil menampar bahu Fatihah.
“Ye aku tau anak dia comel tapi bahu aku tak bersalah dalam hal ni” balas fatihah memegang bahunya. “Mesti hang kan punca budak tu teriak?” sambung fatihah lagi. Amsyar hanya tersengih, memang dia puncanya. Agah budak tu dalam mode silent memang stress la kawan tu.
***
Persiapan untuk berpindah balik ke semenanjung Malaysia telah siap diurus syarikat transportation. Setiap barang dibungkus rapi supaya tidak rosak sepanjang perjalanan. Selama 19 tahun Encik Fakhrul Razi berkhidmat, akhirnya tiba masa untuk mengundur diri Kementerian pertahanan Malaysia.
“Kau balik cari kerja dekat sana saja la Faizal” ucap Encik Fakhrul Razi sambil menyusun barang-barang peribadi yang perlu dibawa masuk kedalam kotak.
Faizal hanya mengangguk setuju. Pada mulanya dia mahu menetap terus di negeri bawah bayu itu tapi disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Kecewa dengan si kekasih hati yang memilih insan lain sebagai suami, maka dia membatalkan hasratnya untuk terus berada disana.
“mama dengan alang mana?” soal faizal lalu mengalihkan kotak yang sudah siap kedepan.
“Diorang ke rumah mak cik kau kejap.” Balas Encik Fakhrul Razi. “Hari tu pak cik zamarul kau ada jemput kenduri anak dia si Amal. Sejak bila korang putus?” sambung Encik Fakhrul Razi lagi.
“Biasala,orang ada duit memang la perempuan suka” balas Faizal malas. Hati rasa seperti ditikam bertubi-tubi bila mengenangkan kisah cinta sejati separuh jalannya. Tahu lah aku ni belum ada kerja tetap! Getus hati faizal.
“Mama, kalau man join Bomba okey tak?” soal Eman sambil menguyah buah mempelam dihadapan TV.
***
“Mama okey saja, masa depan kamu sendiri kan…” balas Puan Rosma yang sedang merenung telefon bimbit ditangannya.
“Ma tengok apa?” Eman memanjangkan lehernya untuk mengintai skrin telefon bimbit orang tuanya.
“Ni haa.. kakak kamu jemput kenduri tahlil arwah bapak kamu” Puan Rosma menghulur telefon bimbitnya kepada eman. Eman segera menyambut dan membaca pesanan ringkas yang diterima ibunya. Puan Rosma adalah isteri kedua selepas kematian isteri pertama arwah bapanya . Jarak umur yang agak jauh antara eman dan anak-anak arwah bapanya menyebabkan dia sukar untuk bergaul dengan mereka. Dia lebih selesa bersendirian dirumah dan buat hal sendiri.
‘salam teha, sihat ke?’ Eman menaip sms untuk Fatihah. Lama mereka tidak berhubung sejak masing -masing sibuk dengan tahun akhir di IPTA.
Ting! Bunyi pesanan sms masuk. Eman segera membacanya. ‘Alhamdulillah sihat. Lama tak dengar khabar, eman sihat ke?’ Eman mengukir senyum tatkala membaca pesanan balas dari Fatihah. Ternyata gadis itu masih mengingatinya.
Kadang kala eman pernah menyoal hati sendiri, wujud atau tidak percintaan alam maya or mampu ke cinta jarak jauh sampai ke jinjang pelamin.
to be continued
Share this novel