Selesai menunaikan solat maghrib, Eman merebahkan badannya atas tilam. Dia masih tidak dapat buang ingatannya tentang kejadian yang tidak diduga pada hari ini. Pertama kali juga sepanjang karier sebagai anggota bomba dia membuat procedure CPR pada seorang wanita.
Eman segera mencapai telefon pintarnya diatas meja sisi katil. Dia segera mencari profile Fatihah dalam senarai rakan Fac.
“2 years ago last update?” Eman menyoal diri sendiri. Mata Eman tiba-tiba terhenti pada satu status yang ditag nama Fatihah.
“Meninggal? 2 tahun lepas? Sama tahun dengan Mariam..” Eman bersuara seolah-olah berborak dengan diri sendiri. Dia meletakkan tangannya didada, degupan jantung mula bergetar kembali.
Dia mengetap bibirnya seraya meraba dengan jari tangannya. Tanpa sengaja terukir senyuman dibibir yang kemerahan itu.
Tok!Tok! Terhenti lamunan Eman mendengar bunyi ketukkan pintu biliknya. “Masuk la” Eman bangun duduk dibirai katil.
Badrul melangkah masuk perlahan. “Tengah berangan lagi ke tu?” soal Badrul yang melompat duduk disebelah Eman.
“Mana ada pun” balas Eman pantas menutup applikasi Fac.
“Awek tadi tu orang yang sama kau penah frust dulu kan?” soal Badrul sambil membelek telefon pintarnya.
Eman memandang wajah Badrul dengan hairan.
“Kau tak payah buat muka pelik tu. Nasib aku tak rakam muka gelabah kau tu, siap seru nama dia lagi” bisik Badrul tersengih menanti reaksi balas Eman.
“Memang la risau, nyawa orang kan. nanti viral pulak anggota penyelamat gagal selamatkan nyawa orang awam” masih cuba menafikan perasaannya.
Badrul tertawa perlahan. “Eleh! Aku bukan baru kenal kau lah. Lagi pun korang kan sama-sama single”
Terbeliak mata Eman memandang Badrul. Banyak betul yang Badrul tahu pasal Fatihah.
“Kau mengintip orang ke?”
“Well… ini Badrul lah” dia tertawa jahat. Eman menolak lembut bahu Badrul hingga tersenget sedikit badannya. “Jangan tunggu lama-lama Eman! Nanti melepas lagi” lantas ketawanya disambung.
“Hish! Merepek lah” Eman pantas bangun meninggalkan Badrul.
“Malu-malu pulak! Kan dah bagi first kiss tadi!” Ejek Badrul sengaja melihat wajah Eman yang terserlah kemerahan menahan malu dengan usikkannya.
***
“Maaf mengganggu cik, saya nak check tekanan darah sebentar ya” ujar Puan Rosma kepada Fatihah yang terjaga dengan kehadirannya.
“Pukul berapa dah nurse?” soal Fatihah menggosok matanya memandang sekeliling. Masih gelap.
“Awal lagi, baru pukul 3 pagi” jawab Puan Rosma sambil menekan butang untuk memulakan bacaan setelah memasang arm cuff ditangan kanan Fatihah. Fatihah hanya mengangguk perlahan.
Puan Rosma mencatit bacaan dalam file yang disediakan untuk pesakit, dia menanggalkan kembali arm cuff dan beralih ke katil seterusnya.
Dalam cuba untuk dia melelapkan kembali matanya tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata Amsyar tentang lelaki yang selamatkannya.
Siapa ya orang tu? Aku kenal ke? Puas dia fikir,masih tak boleh nak ingat siapa – siapa. Sejak dia menjalani rawatan anti depression, kadang kala ada perkara yang dia semakin lupakan. Effect dari ubat yang diambilnya.
SINARAN cahaya matahari mula memasuki ruang wad selepas langsir diselak jururawat bertugas untuk membuat persiapan awal sebelum doktor pakar membuat rondaan pagi.
Tidur Fatihah terganggu selepas selimutnya ditarik untuk dilipat separuh.
“Cik boleh bangun segarkan diri dulu sebelum doktor datang ronda pagi ni, sebentar lagi sarapan sampai” kejut jururawat muda ketika Fatihah masih terkebil-kebil memandangnya.
Fatihah bangun perlahan mencari tuala dan berus gigi dalam beg galasnya. Rasa tidak sabar untuk dia discharge dari hospital.
Fatihah meneguk air milo dari cawan minuman pagi yang disediakan pihak hospital. Roti dikunyah perlahan sambil menikmati suasana sekeliling dengan pelbagai kerenah.
“Dah habis makan?” soal petugas bahagian penyediaan makanan untuk datang mengambil kembali bekas makanan. Fatihah mengangguk dan menghulur pinggan dan cawan yang diletakkan dimeja sisi.
“Selamat pagi cik how are you today?” Soal Doktor pakar ketika tiba giliran dikatil Fatihah.
“I’m fine. Feeling better. Boleh discharge hari ni?” Fatihah memandang Doktor dihadapannya dengan penuh harapan.
Doktor tersenyum. “Boleh dah. Jangan lupa follow up dengan doktor peribadi awak nanti” pesan Doktor sebelum memberi pesanan kepada jururawat bertugas untuk urus proses discharge.
***
Eman membawa Badrul jalan-jalan di Bazar Utama Kuching pada hari terakhir mereka di Sarawak. Mereka jalan beriringan di kawasan bangunan kedai yang masih mengekalkan reka bentuk rumah kedai lama masyarakat cina.
pelbagai barangan kraft dan tradisional terdapat disekitar bangunan kedai itu. Badrul singgah setiap kedai yang ada untuk mencari sesuatu yang unik dan menarik untuk dihadiahkan kepada bakal isterinya kelak.
Eman hanya mengikut tanpa rungut sedangkan hatinya bergelora dan menyesal sebab meninggalkan Fatihah tanpa mengetahui statusnya selamat pulang atau sebaliknya. Kepalanya digaru berkali-kali.
"Kau ni dah kenapa?" Soal Badrul sambil menyelak plastik bag untuk melihat barangan yang dibeli, risau ada yang tertinggal.
"Tak ada apa-apa pun" berdalih pula. Dia terus berjalan meninggalkan Badrul dibelakang. Badrul berlari anak mengejar Eman.
"Ke menyesal sebab tak follow dia ke hospital hari tu?" tebak Badrul tersengih.
Eman diam tidak membalas. Badrul menepuk bahu Eman. "Don't worry! dia selamat je".
Eman memandang Badrul dengan wajah pelik. Badrul hanya ketawa dan sempat singgah dikedai yang mereka lalui selepas ternampak kain songket tenun Sarawak.
***
HARI terakhir di Sarawak. Amsyar dan ahli kumpulan yang datang bersama berkumpul dibalai berlepas untuk menunggu pengumuman masuk ke pesawat. Mereka sempat bergambar bersama sebagai kenangan.
Tanpa sedar Fatihah dan Eman berada dalam satu pesawat yang sama. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri sehingga selamat kembali ke semenanjung dan meneruskan rutin harian seperti tiada apa-apa yang berlaku termasuklah kes lemas tempoh hari. Fatihah dan Amsyar masih rahsiakan dari pengetahuan keluarganya.
Share this novel