SEMINGGU berlalu, setiap pagi Fatihah akan terperuk dalam bilik mandi berjam-jam hanya untuk muntah.
“Sayang okey ke tak ni?” Soal Eman mengusap belakang badan Fatihah ketika disinki. Fatihah hanya mengangguk dan terus menerus muntah sampai tubuhnya terasa lemah.
Eman memimpin Fatihah kembali ke katil untuk berehat. Dihulur minyak cap kapak untuk isterinya hilangkan rasa mual. Fatihah menangis lemah.
“Kenapa?” Soal Eman yang masih disisi Fatihah. Fatihah tidak menjawab, dia hanya berasa sedih tanpa sebab. Mungkin letih berulang alik melayan morning sickness.
“Kalau teruk macam ni morning sickness, abang sanggup untuk ganti tempat sayang”
“ Tak payah lah, abang tu kerja selamatkan orang mana boleh sakit” balas Fatihah perlahan. Dia mencapai jari tangan Eman dan perhati satu per satu jari suaminya.
Eman memandang hairan. “Kenapa?”
“cantik jari tangan abang, macam perempuan” balas Fatihah masih sempat tersengih . Erkk! Dah kenapa bini aku ni? Eman memandang pelik.
“Lain macam ye orang mengandung ni?” Eman memicit kepala Fatihah yang dibaringkan diatas ribanya. Fatihah hanya tersenyum lalu menarik tangan kanan suaminya ke pipi.
KRING! KRING!
Butang hijau ditolak keatas dan fungsi loudspeaker diaktifkan.
“Hello! Ha nak apa?” soal Fatihah kepada pemanggil.
“Nih! Mak nak cakap sat” balas Farhan pendek.
“Hello kak long. Mak ni”
“Ya mak..ada apa-apa gosip ke?” soal Fatihah bergurau.
“Mana ada gosip lah. Ayah kamu dah buat appointment dekat hospital pakar cervical insufficiency minggu depan, nanti adik kamu send detail”
“Untuk apa?” Fatihah mengerutkan dahi.
“Kamu follow up dekat sana dari awal sampai bersalin, situ ada pakar yang terbaik. Semua Ayah yang urus, jangan tak pergi pulak”
“serius la? Kak long baru duk survey. Ayah dulu yang booking” balas Fatihah terkejut
“Biasalah, lepas tahu kamu mengandung.. Ayah terus cari info pasal Doktor pakar tu..”
“terima kasih mak! Kirim salam sayang untuk Ayah !” ucap Fatihah terharu. Panggilan ditamatkan. Dia mula menangis.
“Lahh… kenapa menangis?” soal Eman melihat Fatihah yang bangun dari pembaringannya. Fatihah hanya menggeleng kepala.
“Sayang kan satu-satunya bunga yang Ayah ada, mestila Ayah nak yang terbaik supaya ayah boleh tengok anak kesayangan dia ni tersenyum” ujar Eman menarik lembut pipi Fatihah.
“Risau pulak abang tengok sayang ni”
“Kenapa?”
“Risau banjir rumah ni dengan air mata sayang je” balas Eman lalu ketawa. Fatihah menjeling tajam.
“Nanti petang nak pergi jemput Mika, sayang nak ikut tak?”
“ikut je..Tak boleh abaikan perasaan Mika, sayang tak nak Mika rasa terasing. His my first son, dia yang akan jadi pelindung adiknya nanti” ujar Fatihah tersenyum mengenangkan Mikail.
Eman mula terasa sebak, matanya merah menahan air mata. Fatihah memandang pelik.
“Why?” soal Fatihah mengesat air mata Eman dihujung mata.
Tangan Fatihah diraih dan dicium berkali-kali. Fatihah masih menanti jawapan Eman.
“Abang tak tahu macam mana nak balas jasa sayang”
“Jasa apa?”
“Jasa sayang jaga dan bagi kasih sayang dekat Mika. Kadang abang sendiri pun tak mampu”
“Ohh..Anak abang anak sayang jugak. Asalkan abang setia, kalau tak setia sayang bawak lari Mika dari abang sampai bila-bila” ugut Fatihah dalam senyum.
“Haish! Mana boleh abang menduakan cinta pertama abang ni” ucap Eman seraya memberi kucupan dibibir isterinya.
****
USIA kandungan Fatihah telah mencecah 12 minggu, dia perlu bermalam di hospital untuk jalankan procedure Shidrokar cerlage iaitu proses ikat pangkal rahim untuk bantu menampung bayi dalam rahim hingga sampai tempoh matang dilahirkan.
“Okey puan, kesihatan puan dalam keadaan baik jadi esok pagi kita akan buat ikatan Shidrokar untuk puan. Lepas tu puan boleh discharge hari yang sama jugak lah. Puan jangan risau, Shidrokar procedure yang paling terbaik.. puan nak buat aktiviti macam biasa pun tak ada masalah. Yang penting jaga kesihatan baik-baik” terang Doktor Hamidah panjang.
“Betul ke tak perlu bed rest sampai cukup bulan?” soal Eman pada Doktor Hamidah. Risau hatinya tambah lagi jika dia perlu keluar bertugas.
“insyaAllah.. berdasarkan kajian memang ini yang paling terbaik. Ibu-ibu yang dah buat sebelum ni memang aktif macam biasa” jawab Doktor Hamidah tersenyum.
“Encik smoking tak?” sambung Doktor Hamidah memandang Eman.
“Tak” jawab Eman menggeleng kepala.
“Alhamdulillah.. itu yang saya nak dengar. Untung wife encik”
Fatihah hanya tersenyum mendengar pujian Doktor.
“Baiklah..see you tomorrow okey?” ujar Doktor Hamidah lalu beransur keluar.
Fatihah menarik nafas dalam berkali-kali untuk meredakan hatinya.
“Sayang okey ke tak ni?” soal Eman runsing disisi Fatihah. Digenggam tangan Fatihah
“I’m okey. Nervous saja” jawab Fatihah menarik tangan Eman ke dadanya. “Boleh rasa tak degupan jantung sayang?”
Eman menekap lima jari tangan rapat ke dada isterinya hingga terasa degupan jantung yang berdebar kuat. “Relax.. tarik nafas dalam , lepas perlahan -lahan. Fikir yang baik-baik saja”
Fatihah menurut arahan Eman hingga debarannya kembali seperti biasa.
“Mika?” soal Fatihah setelah mula terasa tenang .
“Mama uruskan. Jangan risau..” jawab Eman tersenyum. Puan Rosma sudah mulakan tugas di hospital berdekatan hujung bulan lalu dan sangat memudahkan dia untuk membantu menguruskan cucunya jika Eman tidak sempat.
Memandangkan sejarah kandungan Fatihah yang lepas disahkan mempunyai masalah cervix incompetent, jadi Puan Rosma menasihati menantunya itu tidak melakukan sebarang aktiviti sehingga ikatan Shidrokar dipasangkan.
Maka terpaksa Fatihah mengambil cuti tanpa gaji buat sementara waktu, Amsyar yang sangat memahami terus memberi izin namun dalam masa yang sama dia masih membayar gaji Fatihah seperti biasa.
****
SEBUAH kereta Volvo XC90 bergerak masuk ke kawasan kondomium Selvia dan berhenti ditapak parking. Kelihatan Encik Abdul Rahman bersama isteri dan dua anak lelakinya berjalan menuju masuk kedalam perut lift untuk ke rumah Fatihah.
TING TONG!
Eman segera berlari kearah pintu untuk melihat tetamu yang datang. Pintu dibuka perlahan.
“Assalamualaikum..” Ucap Encik Abdul Rahman .
“Waalaikumsalam...masuk lah” jemput Eman seraya membuka pintu dengan lebih luas. Encik Abdul Rahman melangkah masuk dan diekori Puan Aida serta anak kembar mereka.
“Eh! Dah sampai? Tak bagitau pun” ucap Fatihah terkejut ketika sedang duduk santai menonton TV.
Puan Aida dan Encik Abdul Rahman mengambil tempat duduk disisi Fatihah.
“Mana budak kecik sorang tu abang?” Soal Farhan terjenguk – jenguk mencari Mikail.
“Ada dekat sekolah. Petang baru balik” jawab Eman yang sedang hidangkan air untuk tetamunya.
“Kak long okey ke duduk sorang kalau Eman pergi kerja?” soal Puan Aida memandang anaknya itu.
“Okey je.. no problem, kenapa?”
“Mak risaulah kamu duduk sorang-sorang, buat kerja rumah letih ke apa”
“Tak de lah.. kak long makan tidur je, semua kerja abang yang buatkan. Nanti habis MC duduk dekat butik pulak” jelas Fatihah.
“Kenapa tak berenti?” soal Puan Aida dengan wajah kerisauan.
“Awal lagi nak stop pun. Doktor dah bagitau boleh buat aktiviti macam biasa, tak perlu bed rest 24jam pun. Lagi pun duduk sana sekurang-kurangnya ada peneman jugak” jawab Fatihah menepuk tangan Puan Aida. Puan Aida mengeluh berat.
“Biarlah…kita dah usaha buat yang terbaik, selebihnya tawakal sajala” sampuk Encik Abdul Rahman.
“Relax mak..pandai la abang Eman mengasuh bini dia” ujar Furqan tersengih menayang gigi. Eman hanya tersenyum mendengar kata-kata adik iparnya.
“Kalau nak stay rehat dekat kampung boleh ikut kami balik sekali, nanti suami kamu balik la melawat dekat kampung” Puan Aida sedaya upaya cuba memujuk anaknya untuk beristirehat sepanjang masa.
Eman sudah terdiam tidak bersuara apa-apa. Dia hanya mampu berdoa dalam hati Fatihah tidak pulang ke kampung. Dia sebolehnya tidak mahu perkara yang sama berulang.
Fatihah mencuit peha Encik Abdul Rahman dalam diam minta talian hayat.
“ Tempat isteri disisi suami. Time macam ni la depa saling memerlukan. Susah jugak Eman nak berulang balik kampung, kerja dia bukan boleh suka hati nak cuti. Apa lagi cuti kerap sangat.. at least duduk sini tetap boleh jumpa hari-hari walaupun hari bekerja. Elok-elok anak kita dah tamat treatment,tak pasal nak kena ulang balik nanti” ujar Encik Abdul Rahman menjatuhkan tangannya dibahu Fatihah sebagai tanda sokongan.
Fatihah memeluk Encik Abdul Rahman seraya mengenyit mata pada suaminya. Eman tersenyum melihat telatah Fatihah yang masih bermanja dengan ayahnya.
“Entah mak ni! Dulu mak mengandung ada tak tok p ambik mak balik rumah dia?” sampuk Furqan menambah perasa.
“Mana maunya mak kamu berjauhan dengan ayah” Encik Abdul Rahman ketawa mengenang kenangan lama, disusuli ketawa anak-anaknya.
selamat Membaca B-)
Share this novel