DUA TAHUN KEMUDIAN.
“Man, esok nak gerak ke airport pukul berapa?” Soal Badrul yang sedang menonton TV.
“Awal pun takpe,kot jalan jem ke kan” balas Eman sambil membaca sesuatu ditelefon pintarnya.
Badrul akan menemani Eman pulang ke kampungnya bercuti dan dalam masa yang sama membawa anak tunggalnya kembali ke semenanjung.
“Rumah yang kau cakap nak beli tu? Dapat dah?”
Eman mengangguk. “Setel dah,rumah lelong tapi masih cantik. Tak ada nak kena renovate apa-apa sangat. Yang penting boleh beli cash” Eman tersengih.
“Perghhh! Condo beli cash tu” terbuntang mata Badrul memandang Eman.
“Jackpot la, rumah tu tak banyak hutang dah..ada orang tolong bid jadi bagi percent sikit la dekat dia, lepas tu mama aku topup sikit” balas Eman tertawa.
“Untungla anak tunggal”
Eman tersengih mendengar.
“Majlis kau macam mana nanti?” Eman menukar topik. Disandar belakang badannya disofa empuk.
Mata Badrul masih fokus dengan TV. “So far okey. Lagi 3 bulan. Boleh la selit-selit cari barang untuk hantaran dekat sana”
Eman mengangguk setuju. Dia segera bangun keluar sambil menjawab panggilan telefon.
***
“Assalamualaikum…” laung Amsyar sejurus keluar dari kereta. Dia berjalan menuju ke tangga batu berwarna putih untuk naik ke atas rumah.
“Waalaikumsalam..haa! Kamu Amsyar. Naik lah” jawab Encik Abdul Rahman yang kebetulan berada diberanda rumahnya.
Amsyar menapak anak tangga satu per satu. Masih dengan gaya lembut maskulin.
“Pak cik sihat ka?” Amsyar menghulur tangan bersalaman.
“Alhamdulillah sihat”
Fatihah segera menuju ke beranda setelah mendengar suara bising Amsyar berborak dengan bapanya.
“Sampai tak habaq dekat aku pun hang ni” sergah Fatihah dimuka pintu. Dia berjalan mengambil tempat duduk dikerusi goyang jenis rotan.
Amsyar tersengih menayang gigi putih tersusun kemas setelah habis tempoh braces yang dipakainya dulu.
“Jadi ke plan hampa minggu depan tu?” soal Encik Abdul Rahman meletakkan surat khabar diatas meja.
“Jadi je pak cik..ni saya mai nak jemput Fatihah lah ni” jawab Amsyar dengan gaya tangan lembutnya.
“Elok la macam tu.. Fatihah pun dah lama tak join aktiviti luaq” Encik Abdul Rahman mengangguk setuju.
“Aaaa..hang sembang la dulu, aku p ambik ayaq sat” Fatihah bingkas bangun menuju ke dapur.
“Haa..baru teringat nak jamu ayaq la tu..” balas Amsyar dengan membuat gaya haus.
“Aaa..pak cik, saya nak tanya pak cik sikit ni.” Ujar Amsyar memandang Encik Abdul Rahman. Teragak-agak untuk dia minta izin.
“Tanya apa?” dahinya berkerut menanti soalan Amsyar yang nampak serius.
“Saya cadang nak offer jawatan perunding perkahwinan dekat Fatihah untuk butik saya. Saya dah tak sempat nak buat sorang-sorang, saya malas nak hire staff luar untuk jawatan penting macam ni.” Terang Amsyar tersengih mengharap Encik Abdul Rahman memahami.
“Ohhh..ingat nak masuk meminang Fatihah tadi” Encik Abdul Rahman lantas ketawa dan diikuti Amsyar.
Fatihah melangkah bersama dulang berisi air dan kuih. Dia mendengar bapa dan sahabatnya sedang rancak ketawa.
“Haiii! Apa yang lawak sangat tu?” Sergah Fatihah mengejutkan Encik Abdul Rahman dan Amsyar. Terdiam mereka berdua.
“Pak cik tak kisah kalau tuan badannya setuju” ucap Encik Abdul Rahman yang masih ada sisa tawa. Fatihah mengerutkan dahi dengan kelakuan dua lelaki dihadapannya .
“Fatihah, hang setuju kan?” Amsyar memandang Fatihah sambil mengangguk.
“Setuju apa?” Fatihah terus menghidangkan air diatas meja.
“Alaahh..cuba hang sebut setuju” ucap Amsyar dengan gaya tangan seakan-akan mahu menampar.
“Setuju?” Fatihah mengerut dahi tidak faham.
Amsyar lantas tepuk tangan. “Alhamdulillah pak cik! Fatihah setuju”
Encik Abdul Rahman hanya membalas dengan ketawa. Fatihah bertambah pelik dengan kelakuan makhluk didepannya.
“Pak cik nak p tengok ayam dekat bawah sat,makin melalut sembang dengan kamu ni” ujar Encik Abdul Rahman lantas bangun menuruni anak tangga dan hilang dari pandangan.
Fatihah melemparkan bantal hiasan tepat mengenai wajah Amsyar.
“Aduhh! Habih la muka kacak aku ni” Amsyar menghirup air yang dihidangkan. Fatihah hanya memerhati menanti jawapan. Amsyar tersengih-sengih dan mula menyampaikan hasratnya untuk ajak Fatihah join business miliknya dalam masa terdekat.
“Lepas habih aktiviti hiking dekat sarawak nanti, hang terus join ja. Pasal rumah apa semua jangan risau, semua dah setel” ucap Amsyar bersungguh – sungguh.
“Amboi! Laju..” Fatihah menggerakkan kerusi goyang sambil berfikir.
“Tak payah fikir dah lah..duduk sini hang asyik terperuk saja dalam bilik. Kan doktor dah pesan, hang kena keluar buat apa yang hang suka. Job yang aku bagi ni confirm la hang suka punya.” Amsyar masih cuba memujuk Fatihah untuk keluar dari zon kemurungannya.
Setahun lebih Fatihah menjalani rawatan anti depression. Kehilangan Faizal betul-betul membuatkan jiwanya terasa kosong. Susahnya dia untuk berdamai dengan takdir.
“Okey! Tapi kalau tak best aku berenti” balas Fatihah setuju dengan tawaran Amsyar. Amsyar tersengih gembira membuat gaya seperti peroleh trofi juara .
***
Kelihatan dari jauh Eman dan Badrul berjalan keluar dari balai ketibaan dengan troli bag. Puan Rosma mengangkat tangan gebu Mikail untuk melambai-lambai anak tunggalnya dari jauh.
“Assalamualaikum anak abi yang comel” ucap Eman lantas menghulur tangan untuk mengambil Mikail dari pegangan Puan Rosma.
“Mak cik sihat?” soal Badrul kepada Puan Rosma.
“Alhamdulillah..sihat” jawab Puan Rosma tersenyum. Jari jemari halus Mikail masih genggam jari Puan Rosma.
“Jomlah kita gerak, nanti lewat pulak sampai rumah” ajak Puan Rosma memandang hari sudah hampir senja.
Mereka jalan beriringan ke kawasan parking kereta yang disediakan. Dalam perjalanan pulang mereka sempat untuk singgah mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan pulang kerumah untuk berehat.
Share this novel