BAB 7

Romance Completed 34761

“Hello awak. Esok cuti kan?” Kedengaran suara Faizal bergema melalui loudspeaker telefon.

“Ya cuti..awatnya?” Balas Fatihah sambil mencuci pinggan.

“Jom la keluar cari cincin ke cari baju ke”

“Nak buat apa?” Soal Fatihah pula.

“Eh dia ni.. buat lupa pulak. Awal bulan depan kan nak buat majlis pertunangan kita” .

“Ohh…cakap biaq la terang. Okey la esok pukul 11 pagi”

“Alright! Saya jemput awak esok”

Panggilan ditamatkan. Fatihah berjalan menuju keruang tamu dan terus terbaring diatas sofa jenis Kayu aesthetic. Dia memandang kipas sambil memikirkan tentang perjalanan hidupnya. Masih berfikir adakah keputusan yang diambil adalah yang terbaik untuk hidupnya.
Memanglah mereka sudah lama kenal tapi hubungan depan mata baru saja beberapa bulan. ‘Mungkin ini takdir hidup aku’ Fatihah bermonolog sendiri.

*****
Sementara itu diruang tamu rumah Semi-D dua tingkat, kelihatan Encik Fakhrul Razi bersama Puan Jamilah dan dua orang anak perempuannya sedang berborak.

“Haa..papa lupa nak cakap, awal bulan depan adik korang ajak pergi sana” ujar Encik Fakhrul Razi sambil menonton TV

“pergi mana?” soal Puan Jamilah sambil membetulkan cermin mata.

“Pergi dekat tempat latihan dia la, stay la sana dalam seminggu”

“Woo..macam best saja” ucap Fazliana.

“Ada apa?” soal Puan Jamilah lagi

“Anak bongsu awak tu dah nak kahwin,jadi dia mintak kita pergi meminang pilihan hati dia”

“A’hah! Sangkut jugak dengan orang utara” ujar Fazliana teruja.

“Haiih! Calon tak bawak balik jumpa saya dulu pun.. cepat betul move on.” Balas Puan Jamilah kurang senang.

“Eh! Awak yang nak kahwin ke Faizal? Elok la Faizal dah move on, awak pun patut buat benda yang sama” Bidas Encik Fakhrul Razi.

“Entah mama ni. Kalau dah adik suka,biar je la.nanti pergi sana boleh jugak kenal-kenal” sambung Julia anak kedua mereka. Puan Jamilah hanya diam tidak membalas. Sebenarnya dia frust tak dapat berbesan dengan salah seorang golongan orang kaya di Sabah.

****
“Wehhh! Noks! Serius la hang nak bertunang? Dengan sapa? Aku tak penah tau pun hang ada boyfriend” soal Amsyar bertalu-talu selepas panggilannya disambut.

“Dengan Faizal” jawab Fatihah pendek.

“errrkk! Hang biaq betul? Dah habis pikiaq ka tu? Hampa baru ja jumpa berapa kali kan?ishh! Jangan buat main” soal amsyar tak puas hati.

“insyaAllah.. aku dah fikir dah, doakan la aku tak tersalah buat pilihan” balas Fatihah sambil menonton drama diTV.

“Ishh! Bila tunang? Tema warna apa? Hantaran?”

“haii! Tadi macam tak suka, ni dia pulak yang excited”

Amsyar ketawa dihujung talian.

“Tapak hantaran bagi aku buat. Nak berapa dulang habaq ja” ujar amsyar ceria. Lelaki lembut memang pro bab-bab decorations ni. Mereka terus berborak panjang sampai lewat malam sebelum amsyar undur diri untuk tidur sebab dia perlu masuk kerja pagi keesokan hari .

****
“Awak pilihlah mana yang sesuai” ujar Faizal setelah sampai dikedai emas.

Mereka disambut mesra jurujual bertugas. Dikeluarkan beberapa bentuk cincin design modern dan high demand ketika itu. Fatihah mengambil dan memerhati setiap design yang ditunjukkan.

“Hmmm…saya pilih cincin belah rotan je lah” ujar Fatihah kepada jurujual bertugas.

“Okey baik. Tunggu sebentar ya”

Selesai membuat pembelian, mereka melangkah keluar dari kedai emas dan berdiri ditepi jalan raya untuk melintas ke seberang jalan.

Suasana jalan agak sibuk, Faizal pantas memaut lengan Fatihah sambil memandang kiri kanan jalan untuk memastikan tiada kenderaan. Fatihah melangkah laju untuk beriringan dengan Faizal kerana lengannya dipaut jejaka tinggi lampai itu.

“Tahu la kaki awak tu panjang” Fatihah bersuara setelah mereka selamat berada didalam kereta.
Faizal tergelak kecil.

“Sorry! Sorry! Kereta banyak sangat, jadi kena cepat” balas Faizal tersengih. Dia lupa bakal isterinya lebih rendah berbanding dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience