BAB 57

Romance Completed 34761

SEBULAN Eman bertugas sebagai jurulatih untuk pengambilan anggota penyelamat baru. Selepas solat maghrib Eman segera membuat panggilan kepada Fatihah.

“Assalamualaikum.. buat apa tu?” Sapa Eman dihujung talian.

“Waalaikumsalam..tak ada buat apa, rehat kejap sebelum dinner.” Balas Fatihah menonton TV.

“Mika?”

“Mika ada je tengah main.. Oh ya! Fatihah nak minta izin bawak Mikail balik kampung minggu depan. Boleh tak?”

“Kenapa?”

“Ada appointment..balik naik ETS. Boleh tak?” Soal Fatihah melunakkan suaranya. Eman tersenyum. Sejak berjauhan pandai pulak Fatihah pancing hatinya.

“Boleh je..jangan lupa share live location.” Jawab Eman menitip pesanan.

“Thank you! Jaga hati baik-baik ye” pesan Fatihah.

“Kalau tak jaga hati macam mana?” sengaja dia mengusik.

“hmm..biar lah. Terpaksalah Fatihah cari calon lain. Ex classmates dulu pun okey jugak kan?” usik Fatihah kembali. Nak kenakan orang sangat kan.

“Lebih-lebih pulak dia ye” Berubah nada suaranya. Cemburu masih belum hilang. Fatihah ketawa.

“Siapa masuk meminang dulu dia menang” Fatihah sambung mengusik.

Eman menarik nafas mengawal perasaan. “Sayang jangan macam ni” rayu Eman dihujung talian.

“Gurau je lah!”

“jangan la buat Eman tak senang hati dekat sini” sedih suaranya.

“I will wait for you” pujuk Fatihah lembut. “Doakan kita berjodoh hingga akhir hayat” sambung Fatihah lagi.

Eman tersenyum walaupun Fatihah tiada didepannya. Namun hatinya tetap tidak tenang dengan gurauan Fatihah.

SELANG beberapa saat selepas Eman habis berborak dengan Fatihah, telefonnya berbunyi kembali.

“Waalaikumsalam mama..”

“Mama nak bagitau ni, Tiket mama kesana hujung minggu ni”

“sana mana?” soal Eman untuk kepastian.

“Rumah kamu lah..kesian pulak Fatihah urus Mika sorang-sorang”

“serius la mama nak datang?”

“Ya betul.. kenapa?” soal Puan Rosma pelik.

“Eman nak mintak tolong sikit boleh tak?” soal Eman teragak-agak.

“Tolong apa?” soal Puan Rosma kembali.lain macam pulak anak tunggalnya ni.

******

AWAL-AWAL pagi lagi Fatihah dan Mikail bergerak ke stesen keretapi yang dihantar oleh Amsyar.

“Hati-hati balik tu. Mika don’t noty noty okey?” Pesan Amsyar sebelum bergerak pulang. Fatihah memimpin tangan Mikail naik train ETS gerabak berhampiran café.

Mikail teruja memandang keluar tingkap sebelum lentok menyandar pada Fatihah. Hampir 4 jam perjalanan akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju.

Encik Abdul Rahman setia menanti kepulangan anak sulungnya di pintu ketibaan.

“Ayah, lama tunggu?” soal Fatihah sebaik saja bersalam dengan Encik Abdul Rahman.

“Tak lah. Ayah baru sampai saja.” Balas Encik Abdul Rahman mengambil beg tarik yang dibawa Fatihah.

“Mika, salam dengan wan”

Mikail pantas hulur tangan untuk bersalam dengan Encik Abdul Rahman.

“Seronok naik keretapi?” soal Encik Abdul Rahman lalu menggendong Mikail. Mikail angguk tersengih.

“Mak tak ikut ?” soal Fatihah setelah berada didalam kereta.

“Tak pun.. ada tetamu dekat rumah” jawab Encik Abdul Rahman fokus pada pemanduannya.

“Tetamu?” soal Fatihah tertanya-tanya. Siapa pulak tetamu yang datang. Sudahlah dia tak suka berdepan dengan sedara mara yang kepoci.

Encik Abdul Rahman diam tidak menjawab soalan Fatihah.


“ASSALAMUALAIKUM..” Laung Fatihah dimuka pintu masuk.

“Nenek!” jerit Mikail sebaik saja melihat kelibat Puan Rosma didapur.

Nenek? Fatihah mengerutkan dahi. Dia menyimpan sneakers di rak kasut dan melangkah masuk.

“Eh! Bila aunty datang? Macam mana boleh sampai sini? Datang dengan siapa?” soal Fatihah bertalu-talu.

“Haish! Kak long ni, satu-satu lah tanya” tegur Puan Aida yang menyambut tangan Fatihah. Fatihah turut salam Puan Rosma.

“anything happens yang saya tak tahu ke?” Soal Fatihah rasa seperti ada yang tak kena. Puan Rosma tersenyum penuh makna.

“Hi Mika! Nak ikut uncle tengok harry tak?” tegur Furqan yang entah muncul dari mana.

“Yes!” sahut Mikail melompat -lompat mengikut Furqan keluar.

“Elok-elok bawak anak orang tu” pesan Fatihah bimbang.

“appointment pukul berapa esok ?” soal Encik Abdul Rahman yang turut serta duduk dikerusi meja makan.

“Pukul 10” jawab Fatihah pendek.

“Macam yang kita bincang semalam, saya kalau boleh nak orang terima baik buruk kelebihan dan kekurangan anak saya dengan ikhlas. Saya tak mau timbul macam – macam isu bila depa dah kawin nanti. Saya rasa Puan pun mesti faham. Saya ada sorang saja anak tunggal perempuan, saya tak nak perkara yang sama berulang..” panjang lebar luahan Encik Abdul Rahman.

Fatihah masih terpinga-pinga.

“Saya faham tu. Mak ayah mesti nak yang terbaik untuk anak-anak apa lagi melibatkan hubungan kali kedua. Saya tak kisah asalkan anak dan cucu saya memang dah suka..” Puan Rosma jeda menarik nafas.

“.. masing-masing penah suka sama suka dulu tapi pakat simpan dalam hati, last sekali melepas” Puan Rosma tersenyum disusuli Puan Aida.

“So kak long macam mana?” Soal Encik Abdul Rahman yang lebih serius untuk kali ini. Dia bimbang tersalah atur hidup anaknya lagi.

“Macam mana apa? Tak paham” soal Fatihah seraya terangkat keningnya.

Puan Rosma mengeluarkan sebuah kotak baldu merah dan serahkan pada Fatihah. Fatihah segera capai dan membuka kotak kecil itu.

Cincin emas dengan reka bentuk elegan yang mempunyai satu batu permata besar di tengah dan beberapa batu permata kecil yang disusun secara menarik di sepanjang bahagian sisi cincin. Cantik!

“Siapa punya?” soal Fatihah sambil melihat design cincin dengan teliti.

“ Dari Eman untuk Fatihah” jawab Puan Rosma tersenyum.

Melopong mulut Fatihah, tak sangka Eman ambik pusing gurauan dia.

“Orang cakap kalau diam tanda setuju” Ujar Puan Aida memandang Fatihah.

“Kalau setuju, habis kursus boleh terus buat majlis je.. tak payah la nak tunang, kita terus ke step wajib saja” cadang Encik Abdul Rahman. Puan Rosma mengangguk setuju.

“anggap tu cincin tanda ye? Nanti Eman beli lain untuk nikah.” Puan Rosma menepuk lembut tangan Fatihah. Fatihah tersenyum mengangguk.

****

Pada petang hari selepas solat Asar, Fatihah menunggang motor skuter miliknya ke kawasan tanah perkuburan berhampiran. Dia meletak motor dipagar masuk tanah perkuburan dikampungnya.

"Assalamualaikum... lama tak nampak" sapa seorang lelaki tua yang menjaga kubur secara sukarela disitu.

"Waalaikumsalam... pak cik...saya kerja dekat luar, cuti pun jarang jadi kadang-kadang saja balik sini" jawab Fatihah

"Ohh..okey tak pa. p lah melawat dulu sat lagi lambat pulak" ujarnya sebelum berjalan meninggalkan Fatihah.

Fatihah berjalan perlahan menjinjing botol air ke kubur Faizal dan anaknya. Dia duduk bersila diatas rumput dan terus menyiram air diperdu pokok bunga melur yang ditanam disetiap batu tanda kubur disana.

"Assalamualaikum..Abang dan anak ibu Sumaiyyah.. maaf lama tak datang" ucap Fatihah perlahan sambil menghabiskan menyiram air didalam botol yang dibawanya. Dia mengeluarkan tisu basah untuk membersihkan sisa kotoran diatas batu nisan.

"Sayang sentiasa doakan abang tenang disana. Sumaiyyah jangan lupa pimpin tangan Ayah dan ibu ke syurga ya" bisik Fatihah cukup hanya didengar telinganya saja.

"Sayang nak bagi tau yang sayang akan kahwin tak lama lagi macam yang abang pesan dulu. Sayang harap abang redha dengan sayang sepanjang kita jadi suami isteri supaya amalan baik sayang dengan suami baru diterima Allah swt." Dia mengesat air mata yang hampir jatuh.

•• Kuingin saat ini engkau ada disini,

Tertawa bersamaku seperti dulu lagi,

Walau hanya sebentar Tuhan tolong

kabulkanlah,

Bukannya diri ini tak terima kenyataan,

Hati Ini hanya rindu.... ••


~~ Hanya Rindu by Andmesh ~~

Disunatkan beri nama pada anak yang keguguran pada usia kandungan 4 bulan dan keatas kerana mereka akan dibangkitkan diakhirat kelak. AL Fatihah untuk anak-anak yang tidak sempat berjuang didunia (⁠。⁠♡⁠‿⁠♡⁠。⁠)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience