BAB 22

Romance Completed 34761

TING!

‘Hai you! Esok free kan?’

Faizal membaca pesanan Whatsapp yang baru masuk. Dia baru saja merehatkan badan selepas mandi pada malam hari. Amal! Walaupun sudah lama tidak berhubung tetapi number handphone wanita itu masih ada dalam contact list Faizal.

‘Why?’ balas Faizal pendek.

Amal tersenyum senang. Dia tahu Faizal tidak pernah melupakannya. Dia boleh tahu Faizal ada disini selepas dihubungi Puan Jamilah minggu lepas sehari sebelum Faizal datang. Aku takkan lepaskan peluang yang ada. Getus hati Amal.

‘Lama tak jumpa. Kita keluar lunch boleh?’ lama Faizal menatap pesanan dari Amal. Dia sedar perasaan cintakan Amal masih ada dalam hatinya dalam masa yang sama perasaan sayangkan Fatihah membuatkan dia berbelah bagi.

‘Okey’ pendek sahaja pesanan balas Faizal. Amal melonjak gembira, dia mula menyusun strategi untuk memikat kembali hati Faizal sebelum lelaki itu kembali ke semenanjung.

“Hello awak.. tidur dah ke?” Faizal menghubungi Fatihah setiap malam sebelum melelapkan mata.

“Belum lagi..” jawab Fatihah yang menahan sebak.

“Awak okey ke tak?” soal Faizal yang mengesan perubahan suara Fatihah. Selalunya mood happy saja setiap kali call.

“Okey ja. Awak okay ke?dah makan?” Fatihah tidak menjawab soalan Faizal.

“Dah makan tadi..awak nangis kan?” Faizal masih tidak puas hati. Risau jika Puan Jamilah mengatakan sesuatu yang mengganggu perasaannya.

“Saya tengok drama korea sedih la” sengaja dia berdolak dalih.

“Sure ni?”

“Yee..betul”

“Kalau macam tu tak pe lah” walaupun tidak percaya dengan jawapan Fatihah, nak tak nak dia terima juga. Selalu saja dia teman Fatihah layan drama korea sedih tapi tak pernah pula dia nampak Fatihah menangis.

***
IMBAS KEMBALI

Fatihah dan Puan Jamilah duduk diruang tamu menonton drama diTV. Dalam keadaan khusyuk menonton, tiba-tiba Puan Jamilah bersuara.

“Mama dengar kau ada masalah kalau nak mengandung lagi kan?”

Fatihah hanya memandang tanpa memberi jawapan sambil meniliti telefon bimbitnya.

“Susahlah kalau macam tu. Faizal pun satu, main tangkap muat saja cari bini. Kalau dia sabar sikit dulu, rasanya dah boleh get back dengan ex girlfriend dia dari sabah tu” sengaja dia menekan ayat sabah. Fatihah tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Sikap ignore Fatihah kadang kala membuat dia hilang sabar.

“Aku rasa kau tak perlu susah-susah mengandung dah lepas ni,kau bagi je Faizal kahwin lain.” Ujar Puan Jamilah dengan lagak sombong. Sebenarnya dia bukan nak sangat dengan cucu tapi tamak dengan harta. Memandangkan Amal anak tunggal,jadi dia beranggapan jika Faizal berkahwin dengan Amal maka segala harta dan aset boleh jatuh ke tangan anak lelakinya itu.

“Aku tak suruh korang bercerai pun. Lelaki kan boleh kahwin 4 tapi kalau bercerai lagi bagus kan?” tambah Puan Jamilah lagi berusaha meragut kebahagiaan rumah tangga anak bongsunya.

“Orang perempuan kalau susah mengandung elok jangan kahwin, buat susahkan suami saja. Orang kahwin untuk meramaikan umat bukan untuk hidup berdua sampai mampus!” semakin seronok Puan Jamilah berkata-kata apabila Fatihah tidak memberi sebarang reaksi untuk berlawan mulut dengannya.

“Anak tu Amanah dan aset di akhirat . Mama yakin ke mama dah didik anak-anak mama tentang akhirat? Esok di padang mahsyar , setiap anak-anak tu akan datang tuntut Hak depa. Mama rasa mama mampu lepas?” Balas Fatihah yang membuak-buak rasa marahnya.

Ikut hati nak saja keluar maki hamun segala tapi memandangkan wanita tua itu ibu suaminya, dia sedaya upaya menahan amarah. Fatihah bingkas bangun menuju kebiliknya.

Puan Jamilah hanya tersenyum sinis dalam masa yang sama timbul rasa gerun dihati.

***
“Hai, sorry lambat” ujar Faizal sambil menarik kerusi untuk duduk bertentangan dengan Amal.

‘Makin segak dan bergaya Faizal sejak sudah berkahwin’ getus hati Amal yang hanya memandang Faizal.

“So ada apa yang you nak jumpa ni?” soal Faizal apabila melihat Amal tidak berbicara. Amal sedikit kaget.

“Saje je nak jumpa dengan ex boyfriend I” balas Amal melirik manja.

“Ni order makanan untuk siapa?” Faizal memerhati makanan dan minuman yang telah siap dihidangkan

“Untuk kita lah. Menu ni kan you selalu order setiap kali kita dating” Amal sengaja menggamit memori lama antara mereka.

“Eh! Makanlah dulu, nanti makin sejuk pula” pelawa Amal sambil menolak lembut pinggan dan gelas minuman.

Mereka menghabiskan makanan sambil berborak ringan. Amal hanya memandang gerak geri Faizal tanpa mengalihkan sedikit pun pandangannya kearah lain. Kadang kala bertemu mata,namun segera Faizal memandang kearah lain.

***
KRING!
KRING!

Faizal segera membuka matanya saat mendengar deringan telefon bimbit disebelahnya. Dia segera mencapai dan melihat nama diskrin, namun belum sempat dia menjawab matanya terpandang sekujur tubuh seorang wanita berbaring disebelahnya.

Faizal baru menyedari yang dia bukan berada dibilik penginapannya.

“Eh! You apa benda ni?!” Faizal meninggikan suara saat menyedari wanita itu adalah Amal.

“What?” Amal bangun sambil menggosok matanya.

“I tanya kan, apa semua ni? You perangkap I kan?” soal Faizal menahan marah.

“Mana ada.. kan you yang ajak I tadi lepas makan, you cakap you rindu I kan” sengaja Amal melunakkan suara manja untuk meredakan marah Faizal.

Faizal meraup wajahnya, dia tidak ingat langsung apa yang terjadi. Bayangan Fatihah mula bermain difikiran. Apa yang dia nak jawab andai kata Fatihah tahu tentang hal ini.

Faizal lantas bangun ke bilik mandi. Dia segera mengenakan kembali pakaiannya dan beredar keluar meninggalkan Amal tanpa memandang langsung wajah Amal.

Dia segera kembali ke penginapannya untuk kemaskan barang dan kembali ke semenanjung, jadual penerbangannya sebelum subuh.

“Hello awak!” Fatihah sedikit menjerit geram apabila panggilannya tidak berjawab sejak petang.

“Ye awak..sorry, saya tertidur” jawab Faizal serba salah.

“Buat orang risau je lah” bebel Fatihah yang risau andai sesuatu yang buruk berlaku pada Faizal.

“Saya okey je.. ni saya nak gerak siap-siap ke airport, takut nanti last minute tak sempat pulak.” Terang Faizal yang sudah siap sedia untuk bergerak keluar.

“Okey.. nanti saya gerak dari rumah lepas awak dah fly” balas Fatihah yang terbongkang dihadapan TV memandangkan Puan Jamilah telah pulang kerumahnya dua hari sebelum.

“Drive elok-elok okey. Jangan laju-laju sangat, awak tu bukan tak tahu.kadang dia punya tekan tu, saya yang seram” pesan Faizal yang kadang kala runsing membiarkan Fatihah memandu jauh.

Fatihah hanya ketawa perlahan. “Awal pagi kereta tak banyak”

“Ye lah tu.. ada saja alasan dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience