BAB 50

Romance Completed 34761

Fatihah termenung panjang. Dia berpaling kearah Eman disebelahnya.

“Maaf, saya ada problem sikit dengan ingatan saya. Kalau awak tak kisah, awak boleh ceritakan balik macam mana kita boleh kenal” ujar Fatihah. Keningnya diangkat mengharap Eman sudi ceritakan kembali.

Eman tersengih memandang wajah Fatihah.Dalam gambar comel, depan mata lagi comel orangnya. Ikutkan hati mahu saja pipi Fatihah dicubit-cubit. Tapi dia masih sedar diri. Eman mula mengimbau kembali kenangan zaman sekolah dan ketika di university seringkas yang mungkin.

“Awak nak tahu, bila first time kita berjumpa?” sengaja Eman menduga. Dia tersenyum sendiri.

“Bila?” soal Fatihah yang tekun mendengar. Dia sudah mengadap kearah Eman.

“Sebelum tu boleh ambik Mika tak?lenguh dah” bisik Fatihah tersengih memandang Eman. Mikail bertukar tangan. Dia sudah mula tidur nyenyak.
Fatihah membetulkan kedudukannya, dia duduk bersila mengadap Eman. Eman menggosok lembut belakang Mikail.

“First time jumpa masa awak pitam dan lemas” ujar Eman memandang anak mata Fatihah.

“Jadi awak la mamat jepun yang Amsyar bagitau tu” balas Fatihah menggosok dagunya.

“Mamat jepun?” soal Eman ingin kepastian. Fatihah tersengih.

“Tak de.. kawan saya cakap muka awak tu macam hero pelakon jepun dalam cerita Koizora tu” terang Fatihah menggeleng kepala teringat gosipnya dengan Amsyar. Eman tergaru kepalanya. Pulak dah.

“Saya pun tak jangka jumpa awak dalam keadaan getir macam tu. Rasa macam nak meletup dada saya bila tengok awak tak bernafas. Mujur lepas dua tiga kali CPR awak sedar.. kalau tak menyesal sepanjang hayat la jawabnya” Eman masih memandang wajah Fatihah. Dia masih menanti reaksi balas Fatihah.

Fatihah teringat kejadiannya lemas di Sarawak tempoh hari. Tidak sangka umurnya masih panjang dan hero yang menyelamatkannya ada didepan mata. Teruja dan terharu dengan aturan Tuhan ,Sedar tak sedar Fatihah sudah menggapai tangan Eman yang berada disisi.

Eman tersentak. Tidak jangka Fatihah dahulu yang menggapai tangannya.

“Terima Kasih sebab selamatkan nyawa saya. Sebelum ni saya cuba cari orang yang selamatkan saya tapi tak tahu nak cari dekat mana” Fatihah melemparkan senyuman manis buat heronya. Eman mengambil peluang untuk menggengam erat tangan Fatihah. Berdebar kuat jantungnya.

Beep! Bunyi notification di telefon Fatihah. Dia segera membacanya.

‘Anak Aunty ada dekat sana tak?’ – Puan Rosma
Fatihah segera pamerkan skrin handphone kepada Eman. Eman tersengih akur.

“Saya balik dulu lah ye” ujar Eman berat hati, namun perlu akur yang mereka belum ada sebarang ikatan.

Fatihah bangun merapatkan wajahnya dengan pipi Mikail yang lena dibahu Eman. Genggaman tangan masih belum dilepaskan Eman. Dicium pipi Mikail perlahan. Eman tercium bau haruman rambut Fatihah disebalik tudungnya. Dekatnya wajah mereka membuat Eman makin tidak keruan.

“Saya balik dulu okey” ujar Eman menahan getaran dihati. Dia bangun berdiri diikuti Fatihah.

“Err…awak” Fatihah bersuara.

“Yes?” Eman menatap wajah Fatihah.

Fatihah memberi isyarat mata kearah tangannya. Eman mengalihkan pandangan kearah tangannya yang masih tidak melepaskan Fatihah.

“Eh! Sorry!” Eman segera melepaskan tangan Fatihah dan berjalan perlahan kearah pintu.

“Kalau ada apa-apa, awak boleh call saya terus ya” pesan Eman sebelum meninggalkan Fatihah. Fatihah hanya mengangguk dan segera menutup pintu seperti yang diarahkan Eman.

****
“Haii! Lama betul ambik Mikail” perli Puan Rosma sambil memandang Eman meletak Mikail dalam baby coat di bilik ibunya.

“Mika ni ha.. nak kena bagi nyenyak dulu baru boleh ambik” jawab Eman geleng kepala dengan kerenah anaknya.

“Mama cakap tak nak percaya” tempelak Puan Rosma mengekori Eman ke dapur. Dia baru teringat untuk makan malam.

“Mama dah makan?” Soal Eman menyenduk nasi ke dalam pinggan untuk mengisi perut. Puan Rosma hanya mengangguk. Dia berdiri sambil menolak mangkuk lauk lebih dekat dengan Eman

“Mama masak ke beli ni?” soal Eman yang merasa kelainan pada masakkan ibunya. Puan Rosma tersenyum, anaknya memang peka dengan setiap masakkannya.

“Sedap ke tak?” Puan Rosma mula menarik kerusi untuk duduk. Berselera Eman makan sampai bertambah.

“Sedap je..hampir sama dengan mama masak” jawab Eman yang masih mengunyah. Dia perhati Puan Rosma yang asyik tersenyum dari awal.

“Mama ni,dari tadi senyum je..ada boyfriend ke?”Eman cuba meneka. Lain macam betul ibunya sejak berada disini.

Puan Rosma ketawa besar. Dia menafikan tekaan Eman. “Lauk ni Fatihah yang masak tadi” terang Puan Rosma menanti jawapan balas Eman.

“Ohh! Ingat mama beli dekat luar tadi, nak jugak Eman tahu kedai mana supaya senang nak tapau nanti” balas Eman menahan rasa teruja dihati. Mau naik berat badan dia kalau hari-hari makan macam ni.

“Banyak makan malam ni? Tak nak jaga badan ke?” perli Puan Rosma melihat Eman yang makan bertambah lebih dari biasa.

“Lapar la, hari ni tak sempat makan langsung.” Eman meneguk minuman perlahan. Dia segera membawa pinggan dan gelas minuman untuk dicuci selepas 3 kali tambah. Dia tidak boleh berhenti tersenyum. Puan Rosma segera mengemas meja makan sebelum masuk tidur.

“Pandai anak kamu pilih calon” usik Puan Rosma dari belakang.

“Calon apa?”

“Calon ibu dia la” jawab Puan Rosma lalu tertawa. Dia berlalu meninggalkan Eman berseorangan di dapur. Eman tersengih. Kalau dah ibunya suka, anak suka, dia tentulah lagi suka! Berderau darah bila terbayang wajah Fatihah yang sangat dekat dengannya tadi. Sabar Eman!

****
DARI jauh kelihatan Badrul sedang mengisi perut dengan nasi lemak di meja rehat yang terletak berhampiran locker simpanan barang pekerja.
Eman menyimpan barang peribadinya dalam locker yang disediakan. Badrul memandang Eman sambil mengunyah nasi lemak.

Berdehem. “Berseri-seri je muka hari ni” tegur Badrul yang melihat wajah Eman ceria lain macam. Eman menutup pintu locker dan berjalan menuju ke arah Badrul.

“Sebelum ni muka aku tak ada seri ke?” Soal Eman mula duduk dihadapan Badrul. Badrul tersengih.

“Kau tak nak berterima kasih dengan aku ke?” Perli Badrul menyedut teh ais yang dibelinya bersama nasi lemak.

Eman mengerutkan dahi. “Terima kasih untuk?”

“kalau bukan sebab aku, tak de la kau boleh jumpa crush lama kau kan?” Badrul mula tertawa. Eman tersenyum, kepalanya digaru berkali-kali.

“ Betul tak?”

“Okey la, terima kasih sahabat!” Eman mengangkat tangan membuat gaya tabik hormat. Badrul ketawa menang. Harapannya Eman boleh boleh hidup bahagia sebagai keluarga yang lengkap.

“So apa plan kau?”

“Plan?plan apa? Kita ada nak buat program apa-apa ke?” soal Eman tidak mengerti. Adakah dia terlepas baca memo dipapan kenyataan?

“Plan dengan crush kau la” balas Badrul menepuk dahi sendiri.

“Ohh..tak ada plan pun, nanti lah..macam terdesak sangat pulak, elok-elok boleh tackle.. tak pasal kena reject” ujar Eman memandang skrin handphone. Badrul tersengih, dia mengangguk setuju.

TAP! TAP! Bunyi derapan tapak kasut seseorang mendekati Badrul dan Eman. Mereka berdua segera berpaling kearah bunyi kasut tersebut.

“Selamat pagi Tuan!” Badrul dan Eman segera tabik hormat.

“Selamat pagi.. Eman nanti datang pejabat saya untuk urus pasal kemasukkan rekrut baru nanti.” Ucap pegawai mereka dengan nada santai.

“Baik Tuan!”

Eman dan Badrul berdiri tegak memandang Tuan pegawai berlalu pergi hingga hilang dari pandangan.

“Haish! Sunyi la aku nanti” rungut Badrul dengan gaya tiada semangat.

“Hek eleh! Sunyi la sangat!” Eman mencebik. Tahu lah dia, Badrul jenis boleh hidup dengan bahagia walau di mana pun dia dicampak.

“Sunyi tak boleh nak usik kau macam hari ni” Badrul ketawa. Baru saja berangan nak jadi kepoci dengan hubungan Eman! Eman hanya ketawa perlahan.

****
SEJUK hembusan angin petang mengenai wajah Fatihah yang asyik dengan aktiviti jogging ditaman rekreasi dalam kawasan condo yang disediakan untuk penghuninya.

Dia menarik tudung sarung berwarna hitam yang ditiup angin kuat untuk menutupi dadanya kembali.

“Selalu ke jogging sini?” tegur satu suara yang cuba menyainginya dari belakang. Fatihah berpaling ke kiri untuk mengenal pasti pemilik suara yang menegurnya.

Oh! Mamat jepun rupanya. “Tak adalah. Ikut mood je” balas Fatihah mula perlahankan pergerakkan sebelum tukar ke mode walking.

“Baru habis kerja ke?” soal Fatihah sambil mengawal pernafasan.

“A’ah.. backup kawan tadi. Dari jauh nampak awak jogging sorang-sorang je jadi saya datang la teman” jawab Eman tersengih.

KRING!KRING!

“Hello kak long! Kenapa tak jawab call tadi?” soal Encik Abdul Rahman gusar.

“Eh! Ada ke? Tak dengar kot” balas Fatihah yang sememangnya tidak dengar bunyi panggilan telefon masuk. Dia berhenti rehat disebuah kerusi batu yang mengadap tasik. Eman turut melabuhkan punggung disebelah Fatihah.

“Silent handphone lah tu. Tengah buat apa tu?”

“Jogging je.. kak long off seminggu sebab Amsyar bawak staff dia p holiday. Malas lah nak join” rungut Fatihah seraya sandar pada kerusi.

“Jogging dekat mana?”

“Jogging track dalam kawasan condo ni saja. Ni berenti ambik angin depan tasik sat”

“Tasik? Sorang-sorang?” soal Ayahnya seakan risau.

“Dengan kawan. Tak payah risau lah. I’m okey now” jawab Fatihah cuba memberi keyakinan pada Encik Abdul Rahman yang dia sememangnya sudah boleh menerima takdir.

“Kawan lelaki ke perempuan tu?” soal Encik Abdul Rahman sekali lagi.

Fatihah memandang Eman disisinya yang ralit menatap skrin handphone. “Err..lelaki kot?” balas Fatihah seraya menggaru kepala tidak pasti mengapa perlu ada ‘kot’.

“Kot? Cuba bagi Ayah cakap dengan dia kalau betul wujud kawan kak long tu” Encik Abdul Rahman mula berfikir yang bukan-bukan, risau anaknya sudah sampai tahap berhalusinasi.

Pulak! Fatihah sekali lagi memandang Eman. Fatihah mencuit tangan Eman. Eman segera memandangnya dengan tanda tanya.

“Tolong cakap dengan ayah saya yang awak kawan saya,awak memang teman saya sekarang” Perlahan Fatihah berbisik pada telinga Eman sambil menjauhkan telefonnya.

Eman hanya angguk walaupun tidak faham situasi. Fatihah segera hulur telefon pada Eman.

“Assalamualaikum..” sapa Eman disebalik handphone.

“Waalaikumsalam..betul ke ni kamu kawan anak pak cik? Bukan orang-orang yang lalu lalang dekat situ?” soal Encik Abdul Rahman untuk kepastian.

“Eh! Tak lah. Memang saya kenal Fatihah dah lama cuma terputus hubungan beberapa tahun, ni kebetulan jumpa balik dan kebetulan kami stay dalam kawasan yang sama” jawab Eman dengan yakin.

“Lah! Ye ke? Fatihah tak pernah gosip dengan pak cik pun pasal kamu” ujar Encik Abdul Rahman tertawa kecil.

Eman memandang Fatihah yang asyik menghayati tasik dihadapan mereka. “Dia pun ingat- ingat lupa pasal saya pak cik” balas Eman sedikit kecewa.

“Lepas ni dia ingat balik lah tu.. tak apa lah, pak cik ada hal sikit. Kirim salam sayang pak cik dekat Fatihah.”

“Baik pak cik, bye!” Eman terus menggengam handphone Fatihah.

“Jauh betul termenung..” tegur Eman selepas terasa dirinya bagai tidak wujud. Terjongket sedikit bahu Fatihah Terkejut dengan teguran Eman.

“Eh! Ya Allah! sorry! Lupa awak ada dekat sini” jawab Fatihah tersengih tanpa rasa bersalah.

Melopong mulut Eman mendengar kata-kata Fatihah. Lupa? “Serius la semudah tu awak lupakan saya?”

“Sorry…” ucap Fatihah dengan senyuman yang menimbulkan lesung pipit kecil dibawah hujung bibir kiri dan kanan. Kalau hati tu boleh cair, entah berapa kali hati Eman mencair agaknya.

“Patut la ayah awak risau.”

Fatihah tersenyum pahit. Agaknya kalau dia cerita pasal masalah kesihatannya,Eman masih nak berkawan dengan dia lagi ke?

“Awak ada masalah ke?” soal Eman yang menongkat badannya dengan kedua siku dipehanya. Wajahnya dipusing mengadap Fatihah.

Lama Fatihah merenung anak mata Eman tanpa berkata apa-apa.

“Jangan pandang lama-lama, nanti jatuh cinta” usik Eman seraya tunduk pandang ke rumput. Jantung dia yang berdebar.

“Awak memang ada mix ke?” soal Fatihah tiba-tiba. Cantik anak matanya walaupun ada kelopak mata yang sepet,tinggi lampai, leher jinjang dan kulit agak cerah berbanding dirinya. Patut la Mikail putih melepak.

Uhuk! Terbatuk Eman mendengar soalan Fatihah. Dia segera betulkan kedudukan badannya.

“Tak.. Family saya memang tulen melayu sarawak.” Balas Eman bersungguh. Fatihah hanya mengangguk mendengar jawapan Eman.

“Dah. Jom balik, macam nak hujan je ni” Eman lantas bangun berdiri sedia untuk berjalan pulang.

“Okey”

Eman serah kembali handphone Fatihah yang dipegangnya dari tadi. Fatihah lantas menyelit dalam poket seluar tracksuit sendiri.

“Eh! Dah hujan la. Jom cepat!” ujar Eman mengajak Fatihah untuk bergerak pantas. Hujan makin lebat tanpa angin atau pancaran kilat. Fatihah menghentikan langkahnya ditengah hujan yang lebat. Dia memandang keatas dengan mata yang terpejam.

Eman segera berpatah balik selepas menyedari Fatihah tidak berganjak. “Awak! Bahaya la duduk tempat open macam ni masa hujan” jerit Eman yang suaranya tenggelam dengan bunyi hujan. Fatihah tidak beri respond.

Selepas melihat Fatihah masih tidak endah dengan kata-katanya, pantas tangan Fatihah ditarik ke gazebo berhampiran.

“kenapa awak tarik?” soal Fatihah tidak puas hati. Dia menyapu air hujan di mukanya.

“Haishh! Awak bukan budak-budak nak main hujan. Bahaya la takut ada kilat” Jawab Eman yang masih belum melepaskan pegangan tangan di lengan Fatihah.

“Bukan selalu, best apa boleh healing dengan air hujan” pujuk Fatihah cuba melangkah keluar.

Best tu memang best tapi dia lebih risaukan keselamatan Fatihah. Jadi apa-apa jenuh pulak nak menjawab dengan ayahnya.

“Ayah awak marah nanti kalau jadi apa-apa” lembut dan tegas.

“5 minit?” pancing Fatihah lagi.

“No!”

“3 minit?”

“No!”

“Hmmm.. 1 minit” Fatihah pantas cuba berlari keluar namun Eman sempat tarik semula hingga ke dalam dakapannya. Terbeliak mata Fatihah. Dalam masa yang sama limpahan cahaya kilat menerangi sesaat berhampiran pokok. Kelu lidah Fatihah .

“See? Eman dah cakap kan?” Dia terus mengeluh dan masih tidak melepaskan Fatihah dari pelukkan. Lupa agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience