“Awak, hujung bulan ni saya ada kursus 2 minggu dekat sabah” ujar Faizal yang sedang menonton TV diruang tamu.
“Jauhnya..” balas Fatihah pendek yang sedang fokus pada telefon bimbitnya.
“Mama cakap nak datang sini teman awak” Faizal menanti reaksi Fatihah .
“Eh! Untuk apa? Tak payah lah” Fatihah mengerutkan dahi.
“Mama risau awak duduk sorang-sorang” balas Faizal menatap wajah Fatihah.
“Saya dah Biasalah”
“Takpelah..bagi je peluang mama nak rapat dengan awak.” Berkerut dahinya melihat Fatihah yang tidak lekang memandang skrin handphone.
“Ikutlah..” ucap Fatihah malas nak bertekak.
“Awak buat apa tu?” Soal Faizal melihat Fatihah yang fokus pada skrin handphone dari tadi. Dia segera bangun dan duduk disisi Fatihah.
“Bertuah sungguh. Patut la tak fokus apa yang saya cakap” Faizal menggeleng kepala lalu menarik pipi Fatihah .
“Alaa…saya dengar je apa awak cakap” balas Fatihah setelah habis berperang dalam game PUBG.
Faizal mencapai telefon bimbitnya diatas meja kopi dan segera access game yang sama.
“Okey jom main yang duo player pulak” Faizal menekan butang invite kepada Fatihah. Fatihah kembali sambung aktiviti riadah mobile game bersama Faizal.
***
“Hujung bulan ni aku stay rumah Faizal 2 minggu” Puan Jamilah bersuara dimeja makan.
“Nak buat apa?” Encik Fakhrul Razi berhenti pada suapan keduanya.
“Nak teman si Fatihah, Faizal ada kursus dekat sabah 2 minggu” balas Puan Jamilah bersahaja .
“Kursus dekat sabah? Kau nak teman Fatihah?” soal Encik Fakhrul Razi musykil .
“Ye lah. Bila lagi aku nak manfaatkan peluang emas ni” balas Puan Jamilah yang sebenarnya sudah ada agenda sendiri.
“Hidup anak-anak ni jangan masuk campur. Kalau dah masing -masing bahagia jangan nak jadi duri dalam daging pulak.” Warning Encik Fakhrul Razi.
Puan Jamilah hanya mendiamkan diri dan tidak ambik peduli kata-kata Encik Fakhrul Razi. Dia mesti pastikan Faizal bersatu dengan Amal walau apa pun terjadi.
***
“Saya nak ikut tak boleh ke?” soal Fatihah yang membantu Faizal buat persiapan barang yang perlu dibawa.
“takkan awak nak duduk dalam bilik sepanjang masa kalau awak ikut? Saya memang takda masa nak bawak awak keluar” Faizal menyusun satu persatu pakaiannya dalam bagasi yang akan dibawa.
“Saya jalan sendiri je la. Saya bukan budak kecik la”
“Lain kali je la kita p berdua untuk jalan-jalan” pujuk Faizal, mulanya terfikir juga untuk bawa Fatihah bersama tapi apabila diteliti kembali jadual yang dia dapat agak padat dengan aktiviti maka dia membatalkan hasrat untuk bawa Fatihah.
“Ye la.” Balas Fatihah pendek lalu merebahkan badannya diatas tilam.
“Merajuk la tu” Faizal segera menutup bagasinya dengan tertib. Fatihah tidak mengendahkan kata-kata Faizal. Dia baru saja terfikir untuk healing dari perasaan kehilangan, tiba-tiba nak kena mengadap ibu mentua pula.
“Awak”
“Yup?” Faizal melabuhkan punggungnya disisi Fatihah.
“Awak sayang saya ke?” soal Fatihah
“Sayang la.. kenapa?” Faizal memandang hairan.
“Nothing.” Fatihah tidak menjawab pertanyaan Faizal Cuma hatinya seperti rasa ada sesuatu yang tidak kena.
“ Esok mama turun dekat airport penang, lepas tu baru turn flight saya pulak direct ke kk (kota kinabalu). Jadi awak balik berdua dengan mama ye” Pesan Faizal kepada Fatihah.
“Okey!”
Share this novel