BAB 39

Romance Completed 34761

Haruman semburan perfume berlegar-legar diruangan dapur saat Faizal menuruni anak tangga untuk ke kamar mandi.

Puan Aida berjalan keluar dari bilik tidurnya yang berhampiran dapur.

“Haa..Faizal,mak dengan Ayah nak keluar sat ni.. mak tak masak tau,nanti kamu suruh isteri kamu masak” Pesan Puan Aida yang masih memeriksa beg tangannya.

“Tak pe mak, jangan risau. Enjoy your day” ucap Faizal tersengih. Walaupun sudah berusia masih lagi mengutamakan hubungan romantik suami isteri. Kalau nak dibanding dengan ibu bapanya memang jauh panggang dari api.

Faizal menghantar Puan Aida ke muka pintu hingga kedua ibu bapa mentuanya hilang dari pandangan.

Faizal menutup rapat pintu sebelum meneruskan hasrat untuk membersihkan diri selepas pulang dari kerja.

Fatihah turun dari ke dapur melihat isi perut peti sejuk rumahnya. Mencari bahan yang boleh dimasak. Faizal melangkah keluar dari bilik mandi dengan bertuala sahaja terus melalui ruangan dapur sebelum terlihat kelibat Fatihah yang termenung dihadapan peti sejuk.

Lama dia menilik satu per satu tentang isterinya. Selalu mengenakan T-shirt loose dipadankan dengan skirt labuh jika berada dirumah, Cuma dia baru perasan satu perubahan pada Fatihah.

“Sayang.” Panggil Faizal dibelakang Fatihah.
Fatihah tersentak dengan panggilan Faizal.

“Apa yang lama sangat tenung peti sejuk tu?”
Fatihah berpusing mengadap Faizal yang masih bertuala.

“Tak tau nak masak apa” balas Fatihah menggaru kepalanya.

“Sayang” dirangkul pinggang Fatihah. Fatihah mengangkat kening memandang Faizal.

“Sayang potong rambut ke?” soal Faizal mengelus hujung rambut lurus Fatihah yang dipotong pendek hingga paras bahu. Fatihah hanya menjawab dengan senyuman.

“Okey, sekarang abang nak makan apa?” soal Fatihah kembali sebelum Faizal melalut lebih jauh.

“Apa-apa je” jawab Faizal yang masih belum lepaskan pelukkannya.

“No! Bagitau menu baru senang nak cari bahan” Fatihah segera menarik hidung Faizal.

“Kalau macam tu tak payah masak la”

“Awat? Nak jaga badan ke? Dah la sekeping je badan tu” sengaja Fatihah mengusik.

“Ooo.. sekeping ye” Dia segera menggendong Fatihah untuk naik ke bilik. Fatihah berpaut erat leher Faizal risau terjatuh. Mujur dua-dua memang sekeping je badannya!

***
Bunyi bising hair dryer bergema didalam bilik Fatihah, dengan teliti dia memastikan rambutnya kering sebelum mengenakan tudung.

“Nak abang tolong ke?” Faizal berdiri dimuka pintu bilik selepas meninjau ruang tamu untuk pastikan plug dimatikan.

Fatihah menjeling tajam sebelum memandang kembali cermin dihadapannya. Faizal tersengih melihat reaksi Fatihah.

“Betul ni tak nak?” soal Faizal lagi melabuhkan punggungnya dibirai katil.

“Tak nak lah. Sat g tak pasal-pasal nak kena cuci rambut lagi sekali”

Faizal ketawa kuat dengan jawapan balas Fatihah yang memahami maksud tersirat isterinya.

“Alaahh..bukan selalu pun” usik Faizal lagi. Fatihah tidak melayan, dia terus bersiap untuk keluar makan malam berdua bersama Faizal.

“Pergi pantai nak?” Faizal menghulur tangan selepas Fatihah siap merapikan tudungnya. Fatihah mengangguk setuju dan menyambut tangan Faizal.

“Naik kereta abang or sayang?” soal Faizal mengadap kunci kereta yang bergantung dirak kunci.

“Dua-dua pun okey” jawab Fatihah slumber sambil mencapai kasut sneakers didalam almari kasut. Jawapan yang tidak membantu, Faizal mencapai kunci keretanya saja memandangkan keretanya berada diluar garaj.

***
“Malam ni menu western okey?” Faizal mendapatkan persetujuan Fatihah. Dia yang fokus memandu hanya sempat memandang sekilas wajah Fatihah yang ralit dengan telefon bimbitnya.

Senyap tiada respond. Fatihah masih fokus dengan handphone ditangan. Faizal mula berdehem bila soalannya tidak diendah.

“Okey nah!” hulur Fatihah apabila kereta berhenti dilampu merah. Faizal segera mencapai handphone Fatihah untuk melihat apa yang cuba ditunjuk Fatihah.

“Laaa..kenapa tak cakap je nak makan dekat sini, ini senyap tak layan soalan abang. Ingat ada skandal” jawab Faizal pura-pura merajuk dan menyerahkan kembali handphone ke tangan Fatihah.

“Mana ada skandal lah. Abang sorang pun dah buat hati sayang tak senang”

Faizal menarik tangan Fatihah meletakkan didadanya memahami maksud Fatihah.

***
“Anak bongsu kau duduk melekat dekat sana kerja apa?” Soal Puan Jamilah mencuci pinggan selepas selesai makan malam.

“Kerja dengan bapak mentua dia la” jawab Encik Fakhrul Razi acuh tak acuh.

“Kerja apa je? Jadi pesawah? Belajar tinggi-tinggi jadi pesawah” dia mencebik.

“Kau ingat mentua si Faizal lekeh macam kau ke?tu lah busuk hati sangat mana nak nampak beza permata dan kaca”

Puan Jamilah sengaja membuat bunyi bising dengan pinggan mangkuk.

“Untung la Faizal, mentua baik hati support anak menantu. Kalau kau nak tahu, Abdul Rahman tu tokey besar. Ada bisnes sendiri. Nampak saja macam tu tapi tak penah menunjuk.”

“Bisnes apa pulak” soal Puan Jamilah mula tertarik.

“Hotel dengan tempat riadah private orang-orang berduit. Itu yang tahu la”

“Faizal tak pernah cerita pun dekat aku”

“Sebab Faizal bukan macam kau,kahwin sebab harta. Dia memang sayangkan Fatihah tanpa syarat. Kau je nak bersyarat bagai” tempelak Encik Fakhrul Razi.

“Kau ni kalau tak menyesal lagi tak tau la nak kata. Umur dah senja dah. Anak menantu semua tak nak stay lama dekat sini sebab mulut kau tu. Aku rasa sebab mulut kau jugak la semua anak-anak kita Allah swt tak izinkan ada zuriat.” Ceramah Encik Fakhrul Razi kesal dengan sikap Puan Jamilah yang tidak pernah berubah.

“Sedarlah Jamilah oi..kita ni esok lusa saja boleh mati” ujar Encik Fakhrul Razi bingkas bangun menuju kebiliknya. Puan Jamilah hanya memandang pinggan dalam sinki yang masih bersabun. Kesalkah dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience