Extra : Ramadan Raya Part 2

Romance Completed 34761

Mikail berjalan masuk mengambil tempat duduknya ditepi tingkap belakang kelas.

“Hi Mika!” Sapa Jenny rakan sekelasnya yang baru sampai. Mikail hanya tersenyum mengangguk dan terus meneliti buku ditangannya.

“Hi Mikail, exam lambat lagi lah.. tak perlu la rajin sangat study tu” ujar Zikir menarik kerusi duduk bersebelahan Mikail. Mikail hanya tersengih.

“Hari ni join kami main bola nak? Cikgu nak pilih pemain wakil sekolah” Soal Zikir lagi.

“Dekat mana? Pukul berapa?” Mikail menyoal kembali.

“Padang sekolah saja. Lepas habis waktu sekolah . Hari ni cuaca redup jadi boleh start awal” jawab Zikir.

“Aku kena tanya ummi aku dulu”

“Eee..anak mak betul kau ni” ejek Zikir tidak puas hati.

“Memang lah anak mak, tak kan anak nenek aku pulak!” tempelak Mikail.

“Alah! Tu mak tiri kau je. Dia bukan ada hak pun nak atur hidup kau” balas Zikir sinis.

“Ish! Kau ni Zikir. Jangan sebab kau tak puas hati dengan mak tiri kau, kau nak cop ummi dia pun sama macam mak kau” sampuk Alif seraya menggeleng kepalanya.

“semua mak tiri sama je lah! Kita bukan anak kandung dia pun!” bentak Zikir masih mahu pertahankan pendapatnya. Mikail hanya mendiamkan diri, dalam masa yang sama dia menghantar kiriman Whatsapp kepada Fatihah.

‘Ummi.. mika nak join main bola sepak lepas habis sekolah hari ni, boleh tak?’ : - Mika

‘Okey, nanti ummi pesan dengan abi jemput Mika dulu sebelum abi balik rumah’ : - Fatihah

Mikail tersenyum dengan jawapan balas Fatihah.

“Okey, aku join petang ni” ujar Mikail kepada Zikir.

“Bangun..” laung Jenny si ketua kelas apabila guru subjek pertama mula melangkah masuk.


“ABANG. Nanti sebelum balik singgah ambik Mika dulu dekat sekolah” ujar Fatihah sebaik sahaja Eman menjawb panggilan telefon darinya.

“Eh! Mika buat apa dekat sekolah sampai petang?” Soal Eman hairan.

“Dia cakap nak main bola hari ni”

“Haii! Tak kan bulan puasa pun sekolah buat aktiviti padang?”

“Mana sayang nak tahu,bukan sayang cikgu dekat situ. Biar lah dia nak join kawan-kawan” pujuk Fatihah.

“Ye lah..nanti abang ambik”

“Thank you my dear… daaa” ucap Fatihah sebelum tamatkan panggilan. Eman hanya tersenyum mendengar suara isterinya itu.

****

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Doa yang dibaca Mikail diaminkan seisi keluarga.

“Makan dulu sikit,jangan sampai overdose. Lepas tu solat,dah habis solat nak sambung makan pun ikutlah.” Pesan Eman pada anak-anaknya.

“Abi cuti kan esok?” Soal Melur Aina tersengih.

“A’ah… kenapa?”

“Kita pergi bazar boleh?” ujar Melur Aina menanti jawapan balas Eman.

“Okey je..” jawab Eman sambil mengunyah kuih.

“Ummi ikut sekali okey?” Soal Melur Aina pada Fatihah pula.

“Hmmm..ummi malas la nak bersesak”

“Alaaa..boleh la ummi” rayu Melur Aisya.

“Ye lah..tapi kita pergi awal sikit la, orang tak ramai sangat” jawab Fatihah setuju dengan rayuan anaknya.

“Along? Ikut tak?” Soal Melur Aisya memandang Mikail.

“InsyaAllah.. kalau tak ada apa-apa along ikut la” jawab Mikail seraya meneguk minuman.

“Mika ada aktiviti lain ke? Esok sekolah cuti kan?” soal Fatihah.

“Tak ada pun.. mana la nak tahu tiba-tiba mood malas nak berjalan esok” jawab Mikail tersengih.

“Dah.. jom solat maghrib dulu” arah Eman yang sudah bangun berdiri bersedia untuk mengambil wuduk.


SELEPAS selesai solat tarawih, mereka seisi keluarga duduk bersama di ruang tamu kecuali Mikail yang lebih memilih untuk berkurung dalam biliknya.

“Ummi, raya ni wan buat lemang tak?” Soal Melur Aina.

“Buat je kot.. kena tanya dengan wan la” balas Fatihah yang duduk disofa sambil menonton TV.

“Abi, jangan lupa ajak nenek raya sekali dekat kampung” pesan Melur Aisya tentang Puan Rosma.

“Okey bos!” balas Eman meletak tangannya dikepala.

“Memang Mika selalu macam ni ke?” Soal Eman tentang Mikail yang tidak bersama mereka.

“Rasa dalam seminggu dua ni la dia selalu macam tu..” jawab Fatihah yang ralit menonton drama.

“Abang tengok daily activity dia dengan game makin kerap pulak”

“Sayang tak kisah Mika nak main game berapa lama pun, asalkan dia pandai manage time dia and tak abaikan pelajaran”

“Tak boleh la macam tu. Lama-lama dia makin menjauh dengan kita. kita pun tak tahu dengan siapa dia berkawan masa main game tu” sangkal Eman yang tidak setuju dengan kata-kata isterinya.

“Habis tu?” Soal Fatihah memandang Eman.

“Nanti abang fikirkan” balas Eman

****

“Wei Mikail, team kita dah 2 kali kalah sebab kau tiba-tiba hilang sebelum ni. Kalau hari ni kau buat lagi memang cari pasal la” bebel Zikir melalui game microphone chat.

“Mana la aku nak tahu masa bila timing game aku tamat” balas Mikail geram.

“Kau pesan la dekat mak tiri kau tu jangan sibuk control hidup kau. Kau bukan budak kecik lagi. Macam pondan la, pondan lagi berani kau tau tak?” provok Zikir sengaja menaikkan kemarahan Mikail pada umminya.

“Dah. Jom ready” ujar salah seorang teammates mereka.

Hampir dua jam Mikail menghabiskan masa bermain game hingga mengabaikan waktu solat.

“Okey geng! Last game,make sure menang lagi” jerit Zikir pada ahli kumpulannya.

“Jom!” sahut mereka serentak.

Setelah hampir separuh pusingan, applikasi game Mikail terpadam dengan sendiri dan terus dikunci.

“Alamak! Aduhh!” dia menghempas ke tilam headphones yang dipakainya.

KRING! KRING!

Kelihatan nama Zikir tertera di skrin telefon pintarnya. Mikail menjawab panggilan dengan malas.

“Wei sial! Kau tau tak tu peluang terakhir team kita untuk masuk tournament lepas raya ni?!” tengking Zikir tidak puas hati dengan kekalahan pasukannya.

“Sorry la! Kan aku dah cakap tadi aku tak tahu bila timing aku akan habis” balas Mikail sebal.

“Kenapa kau tak tanya mak tiri kau tu? Ni sahih kerja dia lah nak sekat aktiviti kau! Bodoh! Belah lah!” jerit Zikir lantas menamatkan talian.

Mikail mula termakan dengan provokasi Zikir, dia melangkah keluar dari bilik dengan perasaan tidak puas hati menuju ke ruang tamu dimana Fatihah bersama kembar sedang menonton TV bersama.

“Ummi! Kenapa ummi ganggu aktiviti Mika?” tengking Mikail yang berdiri dihadapan TV memandang benci pada Fatihah.

“Along! Kenapa cakap macam tu dengan ummi!” tegur Melur Aisya. Marah. Fatihah terpana mendengar tengkingan Mikail, dia hanya diam tidak membalas.

“Boleh tak ummi jangan control hidup Mika? Mika dah besar , Mika bukan budak-budak lagi” sambung Mikail dengan nada marah.

“Along! Sampai hati cakap dengan ummi sendiri macam tu?” Marah Melur Aina yang sudah bangun berdiri.

“Arghh! Ummi bukan ibu kandung along!”naik seoktaf suaranya.

PAP! Satu tamparan hinggap di pipi Mikail. Tergamam si kembar. Fatihah mengesat air matanya dan bangun menuju ke bilik meninggalkan anak-anak dan suaminya.

“Sejak bila pandai kurang ajar ni?” Eman meninggikan suara. Entah bila dia pulang tanpa ada yang sedar.
Mikail memegang pipi yang terasa pijar. Pertama kali seumur hidup dia ditampar Abinya.

“Abi tanya sejak bila pandai kurang ajar?!” masih belum reda kemarahannya. Mikail hanya tunduk memandang lantai.

“Tau tak orang yang Mika tengking tu, orang yang Mika sendiri pilih untuk jadi ibu Mika. Tak ada siapa pun yang paksa, tak ada siapa pun yang kenalkan Mika dengan ummi! Mika sendiri yang cari ummi! Sekarang senang-senang Mika cakap macam tu!?...” Eman berjeda mengawal kemarahan.

“.. dari kecik ummi yang tatang Mika, sakit demam semua ummi yang urus. Walaupun masa tu ummi dengan abi masih belum kahwin tapi ummi sanggup jaga Mika bila abi ada tugasan luar! Ummi tak pernah bantah apa yang Mika minat, semua unmi sokong sampai Mika leka dengan kebebasan yang ummi bagi!”

Si kembar hanya memerhati, masing-masing sebak mendengar luahan hati Eman.

“Handphone Mika tu abi yang control, makin lama makin hanyut sampai biadap!” sambung Eman menarik nafas dan melepas perlahan.

Timbul rasa menyesal dihati Mikail saat mendengar pengakuan tentang handphone miliknya yang dikawal Eman tapi dia sudah tersalah sangka sebab termakan dengan provokasi Zikir.

“Mika dah besar kan? Mulai malam ni Mika urus semua sendiri. Jangan sesekali minta tolong siapa-siapa terutama ummi!” ujar Eman tegas seraya berlalu meninggalkan anak-anaknya dan menuju ke bilik.

“Puas hati?” Soal Melur Aina sambil melangkah meninggalkan Mikail yang masih tercegat ditempatnya. Melur Aisya hanya berlalu tanpa berkata apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience