SEBULAN yang indah dilalui Fatihah bersama Faizal. Hari ini Faizal hanya terbaring tidak bermaya dibiliknya. Satu per satu moment dalam hidupnya muncul. Dia tersenyum apabila berpeluang betulkan kembali hidupnya saat akhir.
“Hai..senyum sorang-sorang nampak” ujar Fatihah yang berdiri dimuka pintu menatang dulang berisi mangkuk bubur dan secawan air kosong. Faizal tersenyum dengan teguran isterinya.
“Nak makan tak? Sayang ada bawak bubur” soal Fatihah yang sudah duduk dibirai katil mengadap Faizal. Faizal mengangguk senyum.
Bubur disuap dengan berhati-hati, Faizal menguyah perlahan. “Macam bubur Mcd” . Faizal tersengih.
“Macam tu sayang dah boleh caras bisnes Mcd lah ni kan?” seloroh Fatihah. Mereka tertawa serentak.
“Terima kasih sayang” Tangan Fatihah digenggam erat selepas selesai makan. Fatihah mengangkat keningnya.
“Terima kasih sebab sudi bersama abang untuk saat akhir. Maafkan abang kalau sepanjang kita kenal, abang sakitkan hati sayang.” Pipi Fatihah dielus lembut. Fatihah menggeleng kepala, dia memegang tangan Faizal di pipinya.
“Abang dah buat yang terbaik sepanjang jadi suami sayang, don’t worry” Fatihah melemparkan senyuman manis untuk Faizal.
“Abang dah tak ada nanti, jangan sedih lama-lama..kalau ada yang sudi ganti tempat abang pun, sayang terima je.” Redup matanya memandang Fatihah yang memberi reaksi tidak puas hati.
“Abang ni! Tak payah la fikir jauh sangat.”
“Abang nak sayang hidup bahagia walaupun tanpa abang” pinggang Fatihah dirangkul. Fatihah melabuhkan kepalanya didada Faizal. Sampai bila agaknya degupan jantung itu boleh dia dengar.
****
Fatihah bermundar – mandir berhampiran tangga dapur rumahnya sambil memegang handphone. Dia cuba menarik nafas untuk menahan tangis.
“Bagi ayah sajala yang call, kak long p lah teman Faizal” arah Encik Abdul Rahman apabila melihat anak sulungnya tidak mampu membuat panggilan kepada keluarga mentuanya. Fatihah mengangguk lemah.
“Assalamualaikum bang, ada dekat mana dah?” soal Encik Abdul Rahman apabila panggilannya disambut besannya.
“Kami dalam setengah jam lagi sampai, ingat nak singgah beli buah tangan sikit” jawab Encik Fakhrul Razi.
“Eh! Tak payah susah-susah, saya takut tak sempat pulak. Terus saja datang sini”
“Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?”
“Tak pa, mai saja dulu.. hati-hati memandu. Faizal tak sabaq nak jumpa tu.. okey,saya letak dulu”
Encik Abdul Rahman pantas menamatkan panggilan.
Masing-masing terdiam tidak bersuara didalam kenderaan selepas Encik Abdul Rahman memutuskan talian.
“Tak cuba call adik ke?” soal Johari ditempat duduk pemandu.
“last dia respond semalam je la” balas Fazliana yang lebih rapat dengan Faizal adik bongsunya.
Johari meningkatkan kelajuan Toyota Vellfire yang membawa mereka sekeluarga, hatinya mula rasa sesuatu yang tidak elok berkaitan Faizal.
***
Farhan dan Furqan masih setia berada disisi Faizal untuk membaca surah Yassin. Fatihah meriba kepala Faizal , bibirnya tidak putus menyebut nama Allah sambil menggengam tangan Faizal.
“Assalamualaikum” laung Johari dari luar rumah. Encik Abdul Rahman segera menuju ke muka pintu utama rumahnya.
“Waalaikumsalam.. ha! Mai naik cepat” sahut Encik Abdul Rahman dari atas. Mereka sekeluarga segera berlari anak naik keatas dan terus menuju kebilik anaknya.
“Faizal! Kenapa ni?!” jerit Puan Jamilah saat melihat anak bongsunya yang terbaring lemah dipangku Fatihah. Fatihah mengesat air matanya daripada jatuh.
Faizal menghulur tangan kepada Puan Jamilah. Encik Fakhrul Razi dan anak-anaknya turut duduk disisi Faizal.
“I’am sorry semua sebab rahsiakan hal ni,nanti Ayah tolong ceritakan.” Terang Faizal yang suaranya tenggelam timbul.
“Ma..ingat janji mama dengan Faizal hari tu” Faizal memandang sayu wajah ibunya.
“Faizal mintak halal semua yang penah Faizal terima dari mama, papa, along,angah,alang…” masih cuba bersuara walaupun sudah tidak mampu.
“Allah…Allah…Allah..” Fatihah terus membisikkan kalimah Allah swt ditelinga Faizal. Faizal menyebut lemah sebelum nafasnya terhenti.
Farhan membantu memeriksa tekanan nadi Faizal. “Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un” . Dia segera bangun membuat panggilan ke klinik berhampiran untuk menjemput pegawai perubatan bagi mengesahkan kematian .
Fatihah menarik nafas dan menghembus perlahan.Kepala Faizal diangkat perlahan sambil dibantu Johari untuk membetulkan posisinya.
Fatihah sekeluarga beransur keluar untuk beri ruang kepada ahli keluarga Faizal.
***
Selepas sehari suntuk menguruskan proses pengebumian Faizal. Kedua-dua belah pihak duduk bersama diruangan beranda rumah Encik Abdul Rahman pada malam hari.
“Sebenarnya kami pun baru saja tahu pasal Faizal bulan lepas, setahu saya arwah disahkan leukemia sebulan lepas berpisah dengan Fatihah..” Encik Abdul Rahman jeda dan membetulkan kedudukannya dikerusi.
“.. cumanya arwah sengaja rahsiakan sebab kecewa tak mampu pertahan rumah tangga arwah bersama Fatihah dan arwah pilih untuk tolak segala rawatan yang perlu dia jalanani.”
Puan Jamilah hanya mampu menangis mendengar cerita tentang Faizal.
“Puas dah hati mama? Sebab nak ikut idea gila mama dengan Amal, Faizal sanggup gadai nyawa sendiri” Bergetar suara Fazliana yang kecewa dengan kehilangan adik kesayangannya.
“Apa yang kau janji dengan Faizal hari tu?” soal Encik Fakhrul Razi memandang Puan Jamilah. Fatihah bingkas bangun ingin meninggalkan mereka.
“Fatihah” nama Fatihah segera diseru. Fatihah mematikan langkah tanpa memandang wajah Puan Jamilah.
Puan Jamilah bangun perlahan lantas menarik tangan Fatihah.
“Ma..ma..minta maaf! Mama mintak maaf atas apa yang mama dah buat selama ni” ucap Puan Jamilah menangis menyesal. Masing-masing diam tidak bersuara melihat aksi Puan Jamilah.
“Tak apalah..dah terlambat untuk menyesal. Saya maafkan tapi tak mungkin saya mampu lupakan” balas Fatihah tanpa berpaling melihat Puan Jamilah. Fatihah melepaskan perlahan pegangan tangan Puan Jamilah dan terus melangkah masuk ke biliknya. Dia menguncikan diri dalam bilik sendirian.
“Aida..saya mintak maaf..” ucap Puan Jamilah yang melabuhkan punggungnya disebelah Puan Aida. Puan Aida hanya mengangguk dan menepuk lembut tangan Puan Jamilah.
“yang lepas tu jadikan pengajaran. Semoga segala amalan kita diterima sebelum menghembuskan nafas akhir” ucap Encik Abdul Rahman untuk mereka semua.
***
Selepas 3 hari berada dikampung, Encik Fakhrul Razi sekeluarga minta diri untuk pulang. Sekali sekala mereka akan datang ziarah juga memandangkan kubur arwah Faizal berada dikampung halaman Fatihah.
Fatihah masih lagi banyak berkurung didalam biliknya. Kehilangan kali ini agak berat untuk dia terima berbanding perpisahan pertama dahulu.
Seminggu berlalu..
“Kak long..jom makan,mak dah siap masak makanan kegemaran kak long tu!” seru Furqan disebalik pintu. Pintu diketuk bertalu-talu namun Fatihah tidak mengendahkan. Furqan hanya mengeluh dan berjalan turun ke dapur.
Fatihah tertidur dengan sisa air mata yang masih berada dipipi, gambar dia bersama Faizal disaat pernikahan kedua masih digenggam erat.
Share this novel