“Mami! Mami bangun mami!” Jerit Mariam sedaya upaya melangkah ke bilik ibunya. Peluh dingin . Sakit yang tidak terkata. Mariam memegang bawah perutnya sambil mengawal pernafasan.
“Mami!” Mariam menangis menahan sakit. Ibunya melompat turun dari katil setelah menyedari yang dia tidak bermimpi.
“Ya Allah Mariam, kenapa ni?” Soal Puan Mariah segera memegang Mariam
“Sakit sangat ni mami”
“Papanya cepat! Kita kena bawak Mariam ke hospital ni” kelam kabut Puan Mariah mencapai beg yang sudah siap disediakan Mariam jika dia perlu ke hospital.
“Ya! Jom cepat” dia segera menyambut Mariam untuk dibawa naik kereta.
Mariam ditolak segera ke dewan bersalin oleh pasukan perubatan. Bapa Mariam segera membuat panggilan kepada Eman. Namun panggilannya tidak berjawab, mungkin saja sedang bertugas atau tidur keletihan.
“lamanya abang, dah dekat 8 jam dah ni.. Eman tak jawab call lagi?” Soal Puan Mariah runsing.
“Hello papa, ada apa-apa ke papa call? Eman baru sempat tengok handphone ni” Eman bersuara sebaik saja panggilannya disambut .
“Mariam dekat Hospital ni, dah 8 jam kami tunggu masih belum bersalin kamu balik tak?” soal Encik Jasni bermundar mandir diruangan menunggu.
“InsyaAllah,dalam masa terdekat Eman balik”
“Baiklah kalau macam tu, nanti ala-apa hal papa call lagi”
“Waris Mariam” jerit nurse dikaunter dewan bersalin.
“Ya saya bapaknya.. anak saya dah bersalin ke?” soalnya cemas
“Sudah. Semua selamat, nanti dah masuk wad kami inform ya”
Dia mengangguk faham.
***
“Assalamualaikum anak mami.. kamu okey tak?” Soal Puan Mariah saat bertemu anaknya didalam wad.
Mariam mengangguk lemah. Dia seolah-olah sedang menahan kesakitan lagi.
“Mami.. tolong jaga Eman dan baby ya kalau jadi apa-apa dengan Mariam.” Pesan Mariam perlahan. Peluh mula mengalir.
“Kamu merepek apa ni? Tunggu nanti suami kamu balik, papa dah bagitau dia dah” marah Puan Mariah dengan pesanan anaknya.
“Sakit mami” ucap Mariam menahan sakit, dia dapat merasakan darah mengalir laju dari farajnya. Puan Mariah menyelak selimut selepas melihat Mariam tidak henti menekan perut dan mengadu sakit.
“Ya Allah! Darah! Nurse tolong!” jerit Puan Mariah sekuat hati. Masing-masing terkesima dengan jeritan Puan Mariah.
Nurse dan doctor bertugas bergegas ke katil Mariam. Tumpah darah. Katil Mariam ditolak selaju – lajunya ke dewan bedah untuk tindakkan lanjut.
Puan Mariah mengejar sambil menghubungi suaminya yang masih berada diwad newborn .
“Papa! Mariam!” teriak Puan Mariah dihujung talian.
***
“Encik dan Puan ni waris Puan Mariam ke?” tegur Doctor bertugas ketika keluar dari operation theater. Encik Jasni dan Puan Mariah mengangguk laju, berdebar-debar menanti perkhabaran tentang anak mereka.
“Macam mana dengan anak kami doctor?” Puan Mariah gelisah melihat raut wajah doctor yang seakan membawa berita berat untuk mereka.
“Minta maaf puan.. encik” doctor terdiam sebentar mencari nafas. Bukan mudah untuk para petugas kesihatan memberi khabar buruk buat keluarga simati.
“Kami dah bertungkus lumus sebaik mungkin tapi Allah swt lebih sayangkan dia.. Takziah Encik, Puan”
Doctor menepuk lembut bahu Encik Jasni yang terkejut. Dunia bagai terhenti seketika, satu-satunya anak bongsu kesayangan sudah pergi meninggalkan dia terlebih dahulu. Sakit. Sakit seorang bapa atau ibu yang kehilangan anak tidak pernah sama dengan sakit seorang anak kehilangan kedua orang tuanya.
Puan Mariah menangis terduduk dikerusi menunggu. Anak yang ditatang dari kecil hingga dewasa, kini sudah tiada. Meninggalkan zuriat tanpa sempat merasa pelukkan hangat dari ibunya.
***
“Hello Eman.. mama nak cakap sikit ni” kedengaran suara Puan Rosma menahan sebak ketika menghubungi Eman.
“Ada apa ma?” soal Eman yang masih belum tahu tentang Mariam.
“Mariam..”
“Mariam dah bersalin ke?” Bahagia dan teruja suaranya.
“Ya..dah bersalin dah, baby boy”
“Alhamdulillah…”
“Tapi….” Puan Rosma terdiam mencari kekuatan
.
“Tapi apa?”
“Mariam dah tak ada..Mariam dah pergi tinggalkan kita” jawab Puan Rosma sedih mengenangkan nasib cucunya.
'Ya Allah! betulkah apa yang aku dengar ni?
Aku tak sempat minta maaf dengannya Ya Allah!' Eman terduduk dibirai katilnya.
Share this novel