BAB 56

Romance Completed 34804

TIGA hari berlalu, Fatihah masih tidak beri sebarang respond pada pesanan dan panggilan Eman. Terasa hati masih belum hilang.

Eman pula langsung tidak perasan kata-katanya telah menguris hati Fatihah. Mikail hari-hari bertanyakan tentang Fatihah, dia sendiri buntu apa lagi yang perlu dia tipu anaknya itu.


TING TONG!

“Eh! Hampa dua buat apa dekat sini?” Jerit Fatihah saat melihat Farhan dan Furqan berdiri dihadapan rumahnya

“Kami nak balik kampung, jadi singgah sini sat” jawab Farhan melangkah masuk.

“Wuuuu! Bestnya view pagi” ujar Furqan teruja ketika di balkoni. Farhan sempat selfie sebelum kongsi dalam group family.

TING TONG!

“Ya. Cari siapa?” soal Farhan setelah melihat kelibat Eman bersama Mikail yang sedang menangis dimuka pintu. Fatihah yang sudah kenal dengan suara Mikail segera berlari anak ke muka pintu.

“Kenapa?” soal Fatihah. Berkerut dahinya.

“Ummi…” Mikail hulur tangan pada Fatihah. Eman masih diam tidak bersuara selepas melihat kelibat lelaki lain berada didalam rumah Fatihah.

“Aikk!! Sejak bila kak long ada anak ni??” soal Farhan berpeluk tubuh minta penjelasan. Kak long? Oh! Mungkin adiknya. Eman sedikit lega.
Fatihah menggendong Mikail ke ruang tamu. Farhan sempat menjemput Eman masuk bersama.


“Adik manis..kenapa menangis?” soal Furqan yang berjalan masuk dari balkoni. Mikail terdiam memandang Farhan dan Furqan bersilih ganti, begitu juga Eman.

“Anak sapa kak long culik ni?” Furqan mengambil Mikail dari tangan Fatihah.

“Mana ada culik, bapak dia yang bawak” balas Fatihah berlalu ke dapur.

“Kawan kak long ke?” Bisik Farhan. Eman hanya mengangguk tersenyum ketika disofa.

“Saya Farhan, tu kembar saya Furqan. Kami ni adik cik kak dekat dapur tu hah” Farhan memperkenalkan diri.

“Ohh..ye ke, duduk area sini jugak ke?” soal Eman seperti berminat.

“Tak lah, kami singgah sini sebelum balik kampung. Baru habis study,tunggu nak konvo saja lagi” terang Farhan.

“mesti kak long tak pernah cerita pasal kita ni” sampuk Furqan.

“Abang kalau nak tahu apa-apa kena direct tanya kak long tu, jangan tunggu dia cerita. Kalau tunggu sampai kesudah memang dia tak akan cerita” sambung Farhan pula.

Eman tersengih mengangguk faham.

“Ayah dah tahu ke pasal boyfriend kak long tu?” bisik Furqan pada Fatihah yang sudah berada didapur.

“Mana ada boyfriend pun” Fatihah menafikan. Furqan mengecilkan mata tidak puas hati dengan jawapan Fatihah.


“JOM sarapan dulu,sat lagi hampa nak gerak balik dah.” Ajak Fatihah sambil menyusun pinggan dimeja.

“Jom abang join sekali” Farhan mengajak Eman untuk duduk makan bersama. Fatihah menyenduk nasi goreng ke setiap pinggan sebelum duduk.

“Mika nak siapa suap?” soal Fatihah memandang Mikail yang selesa dengan Furqan.

“Pagi ni bagi uncle yang suap!” ujar Furqan lalu menghulur sudu ke mulut Mikail. Fatihah tersenyum. Eman senang hati dan terharu dengan layanan Furqan.

“Nanti kalau ummi balik kampung, Mika ikut sekali tau. Boleh jumpa harry boyfriend kesayangan ummi” ujar Furqan sengaja menduga reaksi Eman. Tersedak Eman dibuatnya.

Farhan mengangkat sebelah kening kepada Furqan yang tersengih. Fatihah menggeleng kepala sudah masak dengan perangai dua ketul budak kembar yang suka menyakat.

“Sudah. Jangan nak merepek. Makan cepat” Fatihah bangun membawa pinggannya ke sinki.


“ SEKALI sekala balik la kak long, kesian harry kadang rindu” pesan Farhan dengan muka serius.

Eman yang mendengar sudah mula terasa hati bagai dicucuk jarum. Hakikat sebenar Harry tu hanya seekor kuda.

Fatihah membuat rolling eyes tanda menyampah “hish! Nanti jangan lupa kirim salam dekat mak ayah” pesan Fatihah.Farhan dan Furqan bersalam dengan Fatihah dan Eman sebelum bergerak pulang.

Selepas kelibat sikembar hilang dari pandangan, Eman segera menyarung sandal untuk pulang.

“Mika jom balik!” Eman sudah berdiri berhampiran pintu.

“No..” Mikail menggeleng kepala.

“Jangan Degil” Eman bersuara keras. Fatihah diam tidak bersuara. Mikail mula sebek, air mata mengalir perlahan. Dek kerana salah faham, anak pula jadi mangsa.

Eman tunduk untuk mengangkat Mikail, secara tidak sengaja tertolak Fatihah yang sedang tunduk untuk mengambil kasut. Pap! Argh!


Fatihah memegang pergelangan tangannya yang terasa sakit. Eman pantas turunkan Mikail semula sebelum mendapatkan Fatihah yang sudah terduduk memegang tempat sakit.

“Sorry!” Eman menarik tangan Fatihah untuk periksa . Ditekan perlahan untuk mencari yang tidak normal.

“Tak ada apa buat masa ni. Eman balut dengan wrist support dulu, kalau makin sakit or bengkak kena pergi klinik” pesan Eman sambil memasang wrist support dalam simpanannya. Fatihah hanya diam memandang tangan Eman yang pantas.
Mikail sudah asyik menonton kartun kegemaran diTV.

“Kenapa Fatihah tak nak langsung respond dua tiga hari ni? Soal Eman sesekali menjeling Fatihah.

Fatihah tidak menjawab. Pura-pura tidak mendengar. Rajuk hati masih bersisa.

“Kalau Eman ada buat salah bagi tahu saja” tambah Eman bila Fatihah masih diam.

“hmm”

“tak nak cakap dengan Eman dah?” soal Eman memandang Fatihah. Fatihah mengeluh.

Eman mula berfikir apa yang terjadi 3 hari lepas.

“Ke Fatihah merajuk pasal malam tu?” Fatihah tidak menjawab pertanyaannya.Eman mengangkat wajah Fatihah untuk pandang wajahnya.

“Okey. I’m sorry sayang!” ucap Eman seraya hidung Fatihah dicuit lembut.

Eman menyimpan kembali peralatan first aid kit dengan teliti. Dia sendiri tidak pasti mengapa perlu dia berkata-kata seperti itu pada Fatihah sedangkan memang itu nasihat yang selalu digunakan. Adakah disebabkan hati mula cemburu apabila Fatihah didekati lelaki lain?

“Kalau Fatihah dah tak sudi nak cakap tak pe lah” terdengar sedikit keluhan dari Eman.

“Nak cakap sikit pasal Harry” Fatihah mula bersuara. Sinaran matahari mula memasuki ruang tamu.

“Tak apa lah. Fatihah berhak tentukan hidup sendiri”

Fatihah tersenyum dalam hati. Dia tahu saja Eman cemburu sejak dari malam dia berborak dengan ex classmates, disimbah pulak Furqan dengan kisah Harry.

“Tapi Harry tu kuda” balas Fatihah menanti reaksi Eman.

“Kuda?”soal Eman seraya memandang wajah Fatihah. Fatihah terus ketawa.

“Eman jealous kan?” bisik Fatihah ditelinga Eman yang merona saat mendengar pertanyaan Fatihah.

“Cemburu tanda sayang” balas Eman bersahaja. Fatihah tersenyum.

“Sebelum Eman lupa, Eman nak mintak tolong Fatihah sikit”

“Tolong apa?”

“Tolong balas cinta Eman” ucap Eman saat anak matanya memandang tepat mata Fatihah.

Terkedu Fatihah. Sudahlah bertentang mata saja pun jantung berdetak laju, ini siap dengan kata cinta pulak. Mau melayang jantung.

“Akan dipertimbangkan” balas Fatihah melarikan matanya. Eman tersenyum, bukan itu yang mahu dicakapnya tadi.

“Bulan depan Eman kena bertugas untuk rekrut baru, hampir 5 bulan jugak…”

Fatihah mendengar tanpa menyampuk.

“…Tapi 2 bulan pertama Eman tak dapat balik, bulan seterusnya baru boleh. Itu pun hujung minggu. Jadi Boleh tak Mika stay dengan Fatihah?” Eman memandang Fatihah dengan harapan.

“Kenapa Eman percaya Fatihah boleh jaga Mika?” soal Fatihah sengaja menduga.

“Sebab you are my future wife…” Eman mula express perasaannya secara terang terangan.

“…satu lagi sebab Mika yang pilih Fatihah untuk jadi Ummi dia” sambung Eman.

Fatihah hanya tersenyum.

“Eman tak nak terlepas kali kedua” jari jemari Fatihah dirangkul lembut. Mujur tidak kena reject macam mamat sesat malam tu.

“Kali kedua?” soal Fatihah hairan.

“Dulu..zaman bujang” jawab Eman

Fatihah ketawa.

“kenapa?” Eman mengerutkan dahi.

“ingatkan Fatihah sorang saja ada perasaan macam tu” Fatihah berterus terang tentang rasa hatinya suatu ketika dahulu.

“Serius la?” terbeliak mata Eman dengan pengakuan Fatihah.

“Ye serius.. soalan Eman yang malam tu pun Fatihah dengar je”

“Soalan mana?” ligat otaknya berfikir kembali. Tiba-tiba ingatannya terhenti pada lamaran kahwin selepas menghantar pulang ibunya .

“Errr… pasal kahwin tu ke?” Kepalanya digaru berkali-kali. Malu pula rasanya.

“Ye..tapi tu lah, Eman tak percaya pulak” Fatihah ketawa seraya bangun ke dapur untuk mengambil minuman. Eman mengekori dari belakang.

“Mana la nak tahu Fatihah jawab macam tu sebab mengantuk ke kan” balas Eman lalu mengambil botol minuman dari tangan Fatihah sebelum mencapai gelas minuman.

Fatihah tersenyum pahit apabila lengannya terasa berdenyut.

“Kejap lagi kita ke klinik untuk x-ray” ujar Eman menghulur gelas minuman pada Fatihah.

feel free to leave your comment. big love

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience