“Beb! Aku ingat tahun depan aku nak berenti la” Ucap Amsyar yang sedang duduk dikerusi pejabat yang disediakan pihak hotel dikaunter.
“Awat pulak?” Soal Fatihah mengerutkan dahi memandang Amsyar yang sedang memusing-musingkan kerusinya.
“Saving aku dah cukup untuk start my business” balas Amsyar yang mengangkat kedua tangan keatas.
“Serius la?nak buat dekat mana?”
“Dekat Selangor sebab abang aku ada kedai kosong dekat sana. Tempat pun ngam,benda dah ada kan” amsyar menerangkan dengan teruja.
“We need to move beb!tak kan sampai tua nak stay dekat tempat yang sama walaupun environment sini best, bos pun best tapi kita kena capai sesuatu yang membanggakan kita jugak.. baru berbaloi” sambung amsyar lagi.
Fatihah setuju dengan kata-kata Amsyar, tak kan sampai tua nak stay dekat tempat yang sama. 7 hari seminggu, 365 hari setahun hanya dengan aktiviti yang sama. Mungkin satu hari dia pun bakal melangkah keluar juga.
Kedengaran tapak kasut sedang melangkah masuk menuju ke kaunter, Fatihah dan Amsyar pantas bangun melihat kedatangan tetamu mereka.
“Selamat datang” ucap Fatihah dan Amsyar serentak dengan senyuman mesra.
“Ya.. ada bilik available lagi tak? I prefer bilik yang ada view” ujar tetamu wanita yang baru sampai dengan gaya moden casual.
“Kami ada 3 jenis bilik exclusive dan ada view.first Deluxe, second executive and Business Executive” terang amsyar sambil menunjukkan pamplet bilik hotel.
“Business Executive ni ada living area kan?” Soal pelanggannya sambil menunjukkan gambar.
“Ya betul cik. Cik nak ambik Business Executive ke?
“okey boleh, proceed yang tu” Pelanggan setuju dan menyerahkan kad pengenalan untuk proses pendaftaran. Selesai membuat pembayaran, Fatihah memberi tunjuk arah kepada pelanggan tersebut untuk naik ke biliknya.
“Assalamualaikum.. boleh saya jumpa Puan Fatihah?” ucap seorang lelaki yang sedang berdiri dihadapan kaunter sambil memegang sejambak bunga rose merah.
“Ya, saya.. encik ni siapa ya?” Soal Fatihah yang tidak mengenali jejaka yang mencarinya.
“Saya runner je, saya mai nak serahkan bunga ni untuk puan” sambil menghulur jambangan bunga rose segar kepada Fatihah. Fatihah segera menyambut.
“Sapa yang bagi tu bang?” soal amsyar mencelah.
“dari encik Faizal, suami Puan Fatihah. Dalam tu ada kad. Nak saya demo sekali ke?” offer runner kepada Fatihah, kalau-kalau nak dia bacakan ucapan Faizal yang tertulis dalam kad.
“Eh! Tak payah lah susah-susah” Fatihah segera menolak.
“Laaa..aku baqhu nak tengok abang ni demo delivery barang include perasan tuan barang sekali” pintas amsyar pula.
“saya on ja” ucap si runner sambil tersengih.
“Takpe bang, jangan layan dia ni. Mau dia suruh abang buka pentas teater dekat sini sat g” Fatihah segera menolak. Dia mengucapkan terima kasih dan memandang hingga runner tersebut keluar dari hotel.
Fatihah mengambil kad yang diselit dicelah jambakkan bunga.
“To my dearest wife, happy birthday! You are the most beautiful person I know, both inside and out. I am so grateful to have you in my life and I promise to love you forever.”
Fatihah tersenyum saat membaca pesanan Hari lahirnya dari Faizal. Hatinya turut berbunga kembang seperti bunga yang diterimanya.
“Senyum sorang-sorang pulak, suka la tu” Amsyar mula ketawa sambil menutup mulut.
****
“Hello awak, dah habis kerja?” soal Faizal melalui panggilan telefon.
“Baru habis je ni” jawab Fatihah yang berada didalam kereta siap untuk pulang.
“Awak dah dapat ke belum?” soal Faizal tentang hadiah yang dikirimnya.
“Dah.. Thank you sangat. Sempat pulak awak surprise” Fatihah memasang earfone ditelinga sebelum mulakan pemanduan.
“Aishh! Mestilah sempat,untuk isteri sendiri jugak kan” ucap Faizal yang sedang duduk istirehat dalam pejabatnya.
“Awak tengah drive ke tu?”
“Ya..on the way nak balik rumah dah” Balas Fatihah yang sedang menekan signal untuk masuk ke simpang.
“Okey lah kalau macam tu, drive hati-hati” Faizal menamatkan panggilan setelah mengetahui Fatihah sedang memandu. Dia memandang gambar Fatihah memegang bunga hingga menutupi wajahnya yang dikirim oleh runner surprise delivery.
Faizal memuat naik gambar tersebut di Fac dengan caption ‘Happy Birthday to my wife’. Tidak sampai beberapa saat gambar tersebut menerima like serta komen tanpa henti dari family dan rakan-rakannya.
Faizal tersenyum gembira dan membalas kembali komen-komen yang ditinggalkan. Dia sendiri tidak pasti hatinya memang gembira dengan kehadiran Fatihah atau hanya sekadar untuk menunjukkan dia juga boleh bahagia pada bekas kekasihnya.
Share this novel