‘Awak, boleh tak share location rumah awak dekat kampung?’
Ting! Fatihah mengerutkan dahi saat membaca pesanan Whatsapp dari Faizal.
‘Nak buat apa?’
‘Saje la simpan siap-siap untuk raya nanti.. hihihi’
‘errr..serius la? Puasa pun belum lagi’
‘Bagi je..kot nanti awak lupa kalau last minit’
‘Okey’ Fatihah mencari maps lokasi rumahnya dikampung dan menghantar kepada Faizal seperti yang diminta. Dia meneruskan tugasnya dikaunter seperti biasa dan tidak sempat berfikir tentang tujuan Faizal meminta lokasi rumahnya.
****
Dari jauh kelihatan sebuah kereta Proton Suprema hitam bergerak menuju ke sebuah rumah yang terletak ditengah sawah hujung kampung.
Suasana damai dikelilingi petak-petak sawah padi kuning yang masih belum dituai dan tiupan angin petang yang sangat asyik membelai mata.
“Assalamualaikum…” Faizal memberi salam selepas turun dari keretanya.
“Waalaikumsalam..Ya, cari rumah sapa ni?” Soal Encik Abdul Rahman yang duduk bersantai atas pelanggar dibawah pokok rambutan. Faizal berjalan perlahan menuju kearah Encik Abdul Rahman lalu menghulur tangan untuk bersalam.
“Ini rumah Fatihah kan?” Faizal bertanya untuk membuat kepastian.
“Fatihah yang mana satu? Ada dua oqhang Fatihah dalam kampung ni” soal Encik Abdul Rahman kembali.
“Aaa.. Nurul Fatihah Abdul Rahman”
“Kalau hat tu betui la sini. Duduk la, awat duk berdiri” ujar Encik Abdul Rahman pelawa Faizal duduk. Faizal tersenyum dan duduk dihadapannya.
“Apa hajat mai sini?” soal Encik Abdul Rahman memerhati dengan teliti pemuda dihadapannya.
“Sebenarnya sebelum saya bawak family saya datang, saya nak berborak dulu dengan pak cik pasal Fatihah” jelas Faizal malu-malu.
“Nak duduk bawah ka nak naik kerumah?” Encik Abdul Rahman menyoal Faizal jika dia ingin duduk ditempat yang lebih selesa.
“Eh! Duduk sini sajalah, seronok jugak kena angin ni” Balas Faizal sambil memandang sekeliling.
“Tunggu sat. Nak suruh mak cik buatkan air” Encik Abdul Rahman bangun berjalan menuju ke pintu masuk dapur.
Rumah tradisi negeri kedah. Cantik dengan dikelilingi sawah padi. Ini kalau jumpa dekat kaki OOTD memang hari-hari penuh orang ni. Ujar Faizal sendiri.
Dari jauh kelihatan Encik Abdul Rahman yang berkulit cerah,sederhana tinggi dan berambut sedikit kerinting berjalan bersama isterinya Puan Aida yang membawa dulang air minum untuk tetamu mereka.
“Jemput minum..” ujar Puan Aida yang sedang menghidangkan minuman. Faizal mengangguk dan mengucapkan terima kasih.
“Sebelum tu pak cik nak tanya apa nama kamu?
“Nama saya Faizal, saya sebaya umur dengan Fatihah, Family ada di Pahang sekarang” balas Faizal panjang lebar.
Bermulalah sesi temuduga antara mereka. Faizal nekad untuk melamar Fatihah sebagai isterinya yang sah hanya kerana untuk melupakan first love dia yang telah memilih jejaka lain sebagai suami.
****
“Hello Assalamualaikum kak long” kedengaran suara Encik Abdul Rahman dihujung talian.
“Wa’alaikumsalam Ayah.. ada apa call?” soal Fatihah hairan ayahnya call malam-malam.
“Kak long ni..tak bagitau mak ayah pun ada oqhang nak mai hari ni”
“Oqhang? Sapa?” Fatihah menggaru kepalanya.
“Boyfriend kak long la..”
“ Boyfriend? Boyfriend mana?” soal Fatihah tak puas hati.
“Haiii! Bunyi macam banyak calon ja” soal Encik Abdul Rahman kembali.
“Eh!bukan..nama apa?”
“Apa ni..Faizal namanya” jawab Encik Abdul Rahman sambil menonton berita diTV.
“Faizal?” Terbeliak mata Fatihah mendengar namanya. Patut la beria sungguh mintak maps location rumah aku tadi.
*****
Suasana pagi redup di kawasan taman rekreasi awam yang dikunjungi orang ramai untuk jogging dan riadah. Track jogging yang mengelilingi tasik buatan dan dihiasi dengan rimbunan pokok bunga sakura Malaysia akan menarik lebih ramai pengunjung saat musim bunga menjelma.
Fatihah yang mengenakan pakaian sukan berwarna biru memilih untuk lakukan aktiviti sihat pada waktu pagi kerana udara yang masih fresh,sejuk dan tidak ramai pengunjung.
Setelah hampir separuh pusingan track jogging, Faizal datang berlari bersama dari arah belakang.
“Hai..memang selalu jogging sini ke?” sampuk Faizal yang baru tiba. Fatihah berpaling kearah suara yang menegurnya.
“Kadang-Kadang kalau shift petang ja. Memang selalu datang sini jugak ka?” Soal Fatihah kembali.
“Tak lah, hari ni kebetulan bawak team buat aktiviti dekat sini,nampak kereta awak tadi” balas Faizal yang berjalan beriringan dengan Fatihah. Fatihah hanya mengangguk.
“Errr…awak tak nak tanya apa-apa ke?”
“Tanya apa?” soal Fatihah kembali.
“Ayah awak takda cakap apa-apa?”
“Kenapa awak tak tanya saya dulu?” soal Fatihah pula.
“Saya dah penah tanya dah kan hari tu”
“Tanya apa?” Fatihah mengerutkan dahi seperti berfikir sesuatu.
“Kan awak bagitahu belum ada boyfriend jadi sebelum terlambat baik saya masuk line dulu” jelas Faizal bersahaja.
“Saya tak penah cakap pun saya suka dekat awak”
“Takpe..lepas ni confirm awak akan suka saya” balas Faizal sambil mengenyitkan matanya dan berlalu pergi mendapatkan team pelatihnya.
Fatihah hanya memandang Faizal berlalu dengan seribu satu perasaan.
Share this novel