BAB 30

Romance Completed 34761

“Hey Faizal! Sampai bila you nak layan I macam ni hah?!Dah 6 bulan kita kawin !” Tengking Amal saat Faizal mula berjalan keluar meninggalkannya dari bilik.

“Sampai bila-bila” jawab Faizal malas nak bertekak. Dia melabuhkan punggungnya disofa dan menekan butang remote TV.

Encik Fakhrul Razi dan Puan Jamilah sedang sarapan pagi didapur.

Amal berdiri cekak pinggangnya didepan Faizal.
“Tepilah! I bukan nak tengok you”
Sedikit pun Faizal tidak memandang wajah Amal.

“You ni kenapa? Tak boleh ke you terima kenyataan I ni isteri you sekarang! Bukan perempuan tu!”

“Pagi-Pagi nak memekak ni apa hal?” Faizal mula meninggikan suara.

“I nak kita selesaikan hari ni jugak!” jerit Amal mencapai bantal hiasan dan baling kearah Faizal.

Encik Fakhrul Razi dan Puan Jamilah segera ke ruang tamu bila mendengar masing-masing sudah meninggikan suara.

“Apa benda korang berdua ni pagi-pagi dah bergaduh?” sampuk Puan Jamilah.

“Ni ha! Menantu kesayangan mama ni entah apa masalah dia. Semua impian mama dengan dia, Faizal dah ikut. So apa lagi yang tak puas hati?”
Faizal sudah mula bangun ingin keluar dari rumah.

“Kau ni Faizal sampai bila nak layan bini kau macam tunggul saja? Entah apa yang perempuan tu buat sampai kau susah nak lupakan dia” ujar Puan Jamilah mencari orang lain untuk dipersalahkan.

Berdesing telinga Faizal mendengar tuduhan berat Puan Jamilah.

“Mama sedar tak mama banyak dosa dengan Fatihah? Sekarang nak tambah dosa Fitnah pulak?!” ucap Faizal menahan marah.

“Yang you nak lebih-lebihkan perempuan tu kenapa?” jerit Amal tidak puas hati.

“Sebab aku sayang dia!”
Faizal menatap benci wajah Amal. Kalau dulu wanita itu yang dia tergila-gilakan kini wanita itu pulak menyakitkan hati. Bagai langit dan bumi, dulu pijak semut pun tak mati.

“Kalau dia sayang kau, dia tak kan tinggalkan kau lah” Puan Jamilah sengaja menduga.

Faizal menarik nafas dan terus berpaling ke muka pintu sebelum berhenti seketika.

“Amalina binti Zamarul. I ceraikan you dengan talak 3!” Faizal terus berlalu keluar meninggalkan mereka bertiga yang terkesima.

***
Luar perkarangan Mahkamah. Sekali lagi Faizal perlu mengulangi babak penceraian Cuma kali ini dengan rela hatinya.

“Lepas ni mama pandai-pandai la urus dia. Macam mana mama ambik dia, macam tu jugak mama kena kembalikan dia” ucap Faizal tegas tanpa memandang kearah Puan Jamilah.

“You..kita rujuk balik please.. I janji takkan paksa you lagi..” Amal cuba merayu.

“Talak 3 Amal” balas Faizal menepis tangan Amal yang berpaut padanya.

Faizal terus berpaling meninggalkan dua wanita yang telah menghancurkan hatinya.

***
Berbulan Faizal ambik masa untuk buat keputusan ziarah Encik Abdul Rahman dan Puan Aida di kampung. Dia perlu membersihkan namanya walaupun sudah tidak berjodoh dengan Fatihah.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam..” Puan Aida berjalan perlahan ke pintu masuk dapur untuk melihat pemilik suara yang seperti biasa dia dengar.

“SubhanAllah Faizal. Mai masuk”

Faizal menghulur tangan menyantuni ibu mentuanya. Dia menarik kerusi duduk dimeja makan dapur. Puan Aida menghulur cawan minuman untuknya.

“Apa teruk sangat mak tengok kamu ni? Sakit ka?” soal Puan Aida meneliti wajah Faizal yang semakin kurus dan tidak terurus.

Faizal hanya tersengih menggaru kepalanya.

“Ayah mana?” soal Faizal mencari kelibat Encik Abdul Rahman.

“Assalamualaikum..” Encik Abdul Rahman melangkah masuk.

“Haa..tu balik dah” ucap Puan Aida.

“Smart ayah. Dari mana ni?” Faizal menghulur tangan dan memerhati gaya Encik Abdul Rahman yang ala-ala CEO syarikat korporat.

“Ayah baru balik meeting dengan staff”
Encik Abdul Rahman menarik kerusi untuk duduk bersama.

“Meeting dengan staff? AJK masjid ke?” Soal Faizal yang tidak memahami.

“Eh bukan la.. Err..Fatihah tak pernah bagitau Ayah kerja apa ka?” soal Puan Aida kembali.

Faizal menggeleng kepala.

“ish..bertuah betul anak abang tu” balas Puan Aida menggeleng kepala.

“alaahhh...Mungkin dia takmau lelaki pilih dia sebab status ayah dia la tu. Apa ni.. Kamu tau tempat kerja lama Fatihah?”

Faizal mengangguk.

“Haaa..Tu semua staff ayahlah tu termasuk Fatihah. Ayah cuma monitor dari rumah saja, suruh Fatihah take over dia tak nak jadi kenalah tunggu kembar dua orang tu habis belajar” terang Encik Abdul Rahman mengenangkan business Hotel yang ditubuhnya.

Faizal mengangguk kagum dengan Encik Abdul Rahman yang nampak bersahaja dan tidak pernah menunjuk-nunjuk, memang bersederhana sungguh mereka sekeluarga.

“Fatihah esok baru balik” sampuk Puan Aida. Sayur dipotong dengan tertib.

“Dia pergi mana?” soal Faizal berdebar, mana tahu keluar jumpa bakal keluarga mentua.

“Dia ada join group hiking. Tu je la aktiviti dia tiap-tiap bulan.” Jawab Encik Abdul Rahman.

“Kamu ni Ayah tengok macam tak okey saja. Tak bawak isteri kamu datang?” sengaja Encik Abdul Rahman menduga.

Faizal menarik nafas dan mula duduk dengan tegak.

“Sebenarnya kami dah bercerai. Mama dengan dia pun mengaku pasal perangkap Faizal masa dekat Sabah tu”

Encik Abdul Rahman dan Puan Aida saling berpandangan. Faizal mengeluh panjang bila mengenangkan perjalanan hidupnya.

“Faizal datang sini pun nak bagitau pasal kes tu lah. Faizal tak nak lah sampai Faizal dah tak ada nanti mak ayah and Fatihah masih percaya fitnah tu.”

“Haishh! Mak dengan Ayah tak percaya pun..Cuma Fatihah tu mak tak berani la nak cakap”

Encik Abdul Rahman mengangguk setuju .

“Kamu tidur la sini dulu malam ni, esok ikut kamu la nak terus balik atau tunggu Fatihah sampai” pelawa Encik Abdul Rahman yang tahu Faizal masih ada hati pada anaknya.

“Betul cakap ayah tu. Kalau tak bawak baju salin, mak tengok baju kamu pun ada lagi dalam bilik Fatihah.”

Faizal tersenyum mendengar.

“Dalam bilik sajala, dalam hati ayah tak tahu” seloroh Encik Abdul Rahman. Faizal tersengih mendengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience