“Eman..ni anak kamu, lelaki” hulur Puan Mariah saat Eman melangkah kaki masuk kedalam rumah. Sepi. Hanya tangisan bayi lelakinya saja yang bergema.
Encik jefri menepuk lembut bahu menantunya. Eman mengendong zuriat yang ditinggalkan Mariam tanpa sempat berpamitan untuk kali terakhir.
Air mata mengalir laju bila mengenangkan Mariam yang seorang diri sepanjang mengandung.
“Mikail” sebut Eman perlahan memilih nama Mikail demi menunaikan permintaan Mariam.
Sesal hatinya bila mengenangkan perbualan terakhir dengan Mariam. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
“Eman, bagi sini anak kamu dekat mama. Dah masuk waktu untuk bagi susu. Kamu pergi la rehat dulu,dari semalam kamu sampai belum tidur lagi kan” Puan Rosma segera mengambil baby Mikail dari Eman.
***
Eman menghenyak badannya atas tilam. Dipeluk erat bantal tidur isterinya mengenangkan kembali proses perkenalan mereka. Hanya beberapa kali saja mereka sempat bertemu mata kerana jarak yang memisahkan.
Lebih malang, kali terakhir mereka bertemu setelah bernikah adalah pada awal perkahwinan.
Sepanjang perkahwinan Eman banyak menghabiskan masa dengan kerja, cover orang sana sini untuk mencari wang lebih dan cuti yang panjang disaat isterinya bersalin kelak.
Rupanya segala penat lelah selama ini adalah sia-sia,dia hanya pulang untuk menatap batu nisan sebagai tanda keberadaan isterinya.
“Awak,macam mana saya nak jaga Mikail?” Eman bersuara dalam tangis.
***
“Mama dengan Mami tolong tengokkan Mikail ye buat sementara waktu.. Eman dah nak habis cuti. Eman ingat tunggu mika besar sikit baru nak bawak dia stay dengan Eman” ujar Eman yang menggendong anaknya.
“InsyaAllah.. jangan risau, kami jaga baik-baik” balas Puan Mariah.
“Eman dah fikir masak-masak ke nak bawak Mikail stay sana?” Puan Rosma meminta kepastian dengan perancangan anak tunggalnya.
Eman mengangguk. Sebelum dia menyesal untuk kali kedua, baik dia bertindak awal-awal.
****
Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikit pun kubayangkan
Kau akan pergi
Tinggalkan ku sendiri,
Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit kurasakan
Kau akan pergi
Tinggalkan ku sendiri,
Di bawah batu nisan, kini kau t'lah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguh, ku tak sanggup ini terjadi
Kar'na ku sangat cinta,
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku, menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
"S'lamat jalan, kasih"
Satu jam saja, ku telah bisa
Cintai kamu, kamu, kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup,
Satu jam saja, ku telah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Butuh waktuku seumur hidup
Di nantiku..
Bagai disiat-siat hati Eman saat mendengar dendangan lagu dari kumpulan ST12 yang dipasang restaurant tempatnya mengisi perut sementara bergerak ke lapangan terbang.
Ditekan gallery gambar dalam handphone. satu per satu gambar Mariam dilihat. Alangkah indahnya jika masa boleh diundur sekali lagi. Eman tersenyum pahit.
Share this novel