TAHUN 2007 adalah permulaan kepada perkenalan antara Fatihah, Faizal dan Eman melalui saluran chatting anjuran salah satu rangkaian telekomunikasi Malaysia.
Masing-masing baru berusia 16 tahun pada ketika itu. Fatihah terlebih dahulu berkenalan dengan Eman sebelum muncul faizal.
Mereka hanya berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sepanjang masa dan tidak pernah bersua muka atas sebab masing-masing berada jauh antara satu sama lain yang memerlukan tiket penerbangan jika ingin bersua muka.
Mana mungkin pelajar sekolah mempunyai wang yang banyak untuk travel sesuka hati semata-mata nak jumpa kawan yang entah siapa-siapa.
‘salam tiha, tengah buat apa tu?busy ke?’ satu pesanan sms masuk ditelefon bimbit Fatihah. Fatihah segera tekan masej yang baru diterimanya. “Oh! Eman rupanya” .
Fatihah segera membalas kembali pertanyaan eman. ‘Wasalam.. takda buat apa pun la’ padahal matanya tengah layan drama korea slot petang pada ketika itu
Fatihah dan Eman saling berbalas masej hingga lewat malam sebelum masing-masing minta undur diri untuk tidur.
Beep!Beep! Bunyi menandakan sms baru masuk. Fatihah segera menekan butang open masej di Telefone bimbitnya.
‘Hai awak!’ satu sms dari number tidak dikenali dibaca.
‘Siapa ni?’ Fatihah segera membalas.
‘Saya Faizal, saya dah lama simpan no awak,Cuma baru sempat nak contact’
Faizal turut memperoleh number telefon fatihah melalui saluran yang sama Cuma tidak berkesempatan untuk sms kerana sibuk dengan aktiviti sekolah.
Mereka mula saling berbalas sms berkenalan antara satu sama lain.
***
Hari berganti hari, masa berganti masa. Kini masing-masing perlu menempuh peperiksaan akhir sebagai pelajar sekolah menengah.
“Soalan akaun tadi boleh jawab dak?” soal salah seorang rakan kelas fatihah.
“Okey ja..soalan macam cikgu duk ajar tu. Soalan sains pun best, 100% sama dengan soalan SPM tahun 2004 kalau tak silap” balas fatihah lega berjaya menjawab kertas peperiksaan pada hari tersebut.
“Uihh! Untung la, tak dapat A1 saja sangat la kan” sambung rakan kelasnya.
“InsyaAllah.. aminn”
***
“Man! Kitak boleh jawab sik?” soal rakan kelas Eman selepas keluar dari dewan .
“Aok” balas eman pendek dalam kegusaran. Ada soalan yang tidak mampu dijawabnya.
Eman segera mintak pulang kerumah dan menolak ajakkan rakan-rakan kelasnya untuk ulangkaji di perpustakaan yang dibuka sepanjang minggu peperiksaan.
Sampai saja dirumah eman terus melangkah ke bilik untuk tidur sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.
“Assalamualaikum.. eman oh eman! Mama sudah balik ni” laung puan Rosma dari muka pintu. Hari sudah hampir senja, eman masih seronok dibuai mimpi tidur petang.
“Eman kamu buat apa nak?” soal puan Rosma lalu menolak daun pintu bilik anak tunggalnya. “Astaghfirullah…” terbeliak Puan Rosma saat melihat Eman yang masih tidur dengan pakaian sekolah. Ditepuknya kaki Eman supaya segera bangun.
“Eh! Mama awal balik?” soal eman menggosok-gosok matanya.
“Awal kamu cakap? Dah nak masuk senja dah” bebel Puan Rosma melangkah keluar meninggalkan anaknya.
Eman bangun duduk dan memandang ke luar jendela biliknya. Lama termenung seperti orang hilang ingatan.
***
“Faizal, nanti habis SPM jangan lupa daftar masuk kursus jurulatih RELA. Daripada duduk saja sementara result nak keluar nanti” cadang Encik Fakhrul Razi kepada anak lelaki bongsunya.
“Okey papa” balas Faizal pendek sambil menonton rancangan kegemarannya diTV.
“Papa pencen nanti stay sini atau balik ke semenanjung?” soal faizal yang bangun mencari makanan didapur.
“Balik sana, rumah dah beli dah. Tinggal nak bawak masuk barang saja” balas Encik Fakhrul Razi sambil membaca surat khabar. Faizal hanya mengangguk walaupun kepalanya masih didalam peti sejuk menari sesuatu.
***
Fatihah, Faizal, dan Eman masing -masing berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang yang berlainan, namun ikatan persahabatan maya mereka tetap diteruskan. Melalui teknologi, khususnya telefon bimbit, mereka menyambung komunikasi dan terus berkongsi kisah-kisah kehidupan mereka masing-masing.
Fatihah mengejar impian di bidang Hotel&Pelancongan, Faizal memilih jurusan kejuruteraan sambil terus mengembangkan minatnya dalam seni dan kebudayaan tapi memilih kerjaya yang lari dari bidang, sementara Eman menyuarakan suara hatinya dalam bidang perhubungan awam. Meskipun berada di tempat yang berlainan dan menghadapi cabaran pelajaran masing-masing, ikatan perhubungan mereka tidak pernah pudar hingga mereka tamat belajar.
Share this novel