BAB 49

Romance Completed 34761

Fatihah melabuhkan punggungnya dikerusi rehat balkoni rumahnya menanti permandangan matahari terbit. Sedikit sebanyak menenangkan hatinya. Dia mengeluh berat.

Beep!

‘Fatihah, hari ni free tak? (Jiran)’ Fatihah membaca pesanan Whatsapp yang diterimanya. Jiran? Otaknya ligat berfikir. Oh! Aunty rumah number 4.

‘seminggu saya free aunty. Kenapa ye?’ balas Fatihah.

‘Hari ni datang lunch dekat rumah aunty ya’

‘Okey baik’

Fatihah menyambung menikmati suasana pagi yang berkabus. Puan Rosma wanita yang masih cantik walaupun sudah berusia. Rasanya seusia ibunya dikampung tapi Puan Aida pun masih cantik menawan.

***
TING TONG!

Puan Rosma segera membuka pintu dari dalam selepas melihat kelibat Fatihah dalam kamera.

“Assalamualaikum..” Fatihah memberi salam saat pintu dibuka.

“Waalaikumsalam…masuklah” jemput Puan Rosma tersenyum. Dia lantas menutup kembali pintu rumahnya.

“Nah aunty, saya ada masak sikit tadi” Fatihah menghulur bekas makanan yang dibawanya. Puan Rosma segera menyambut.

“Laa..buat susah-susah saja. Duduklah dulu” ujar Puan Rosma berlalu ke dapur.

Fatihah berjalan perlahan kearah sofa diruang tamu. Kelihatan seorang anak kecil sedang leka dengan handphone ditangan. Fatihah mendekati.

“Hai Mikail” sapa Fatihah dengan nada ceria untuk menarik minat Mikail. Anak kecil itu segera berpaling kearah suara yang memanggilnya.

“Ummmmii” Mikail bersuara pelat, dia bangun melompat memeluk Fatihah gembira. Fatihah menyambut dengan senyuman. Puan Rosma tersenyum sebak menyaksi tingkah laku cucunya yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu.

“Mikail buat apa tu?” sebut Fatihah satu per satu agar anak kecil itu ingat dan faham ayat yang dituturnya.

“Phone!” Mikail menunjuk kearah telefon pintar diatas lantai .

“Ohhh.. Mikail tengok handphone” balas Fatihah lembut. Dah Macam gaya Ms Rachel influencer untuk program kanak-kanak di YouTube.

“Terpaksa la Aunty bagi dia tengok handphone sementara buat kerja. Kalau dia balik rumah neneknya yang lagi satu pun,macam tu la. Sana ramai budak-budak yang gila handphone. Lama-lama dia pun terikut la” bebel Puan Rosma kesal. Harapannya tabiat cucunya boleh diubah sebelum terlambat.

“Ibu Mikail tak ada dekat sini ke?” Soal Fatihah mengusap rambut Mikail. Anak kecil itu ralit bermain pin tudungnya yang berbentuk burung hantu.

Puan Rosma terdiam. “ Sebenarnya, ibu Mikail dah tak ada. Meninggal masa lahirkan cucu Aunty yang comel ni” jawab Puan Rosma tenang .

“Ohh..maaf” Fatihah bersuara perlahan. Puan Rosma tersenyum.

“Kamu dah kahwin ke belum?”

Fatihah tersenyum pahit. “Dah tapi.. Allah swt lebih sayangkan dia” dia cuba menahan sebak.

Puan Rosma menepuk lembut bahu Fatihah.

“Kalau saya tak ada masalah hari tu, mesti anak saya baya-baya Mikail je” sambung Fatihah lagi.

“Boleh aunty tahu masalah apa?” Soal Puan Rosma memandang wajah yang suram itu.

“hmm.. incompetent cervix” balas Fatihah mengeluh. Puan Rosma tersenyum, sudah biasa dia melihat wajah kecewa seperti itu semasa bertugas di jabatan O&G.

“InsyaAllah ada rezeki ada anak sendiri nanti. Sekarang ramai ada kes yang sama macam kamu, hospital khas untuk kes-kes macam ni pun dah ada.. dekat government hospital pun ada” ucap Puan Rosma cuba untuk mengembalikan semangat Fatihah.

“Macam mana aunty tahu? Selalunya geng-geng mak cik bawang mesti pandang sinis, dorang anggap masalah saya ni macam mandul je” geram pula hatinya.

Puan Rosma tersenyum faham. “Aunty ni jururawat, aunty tahu la..”

Fatihah memandang wajah Puan Rosma seperti cuba mengingati sesuatu. “Saya rasa saya penah nampak la aunty dekat hospital masa di sarawak hari tu..”

“Eh! Ye ke? Tak perasan pulak”

“Saya masuk hospital sebab lemas”

“Ohh.. maaf la, ramai sangat patient.. faktor usia nak ingat muka” Puan Aida ketawa disusuli Fatihah. Mikail hanya memandang tanpa mengerti.

Puan Rosma segera mengajak Fatihah makan. Mikail seronok mengunyah makanan ketika disuap Fatihah. Puan Rosma tersengih melihat keletah cucunya. Pandai memilih !

****
KELIHATAN Eman berjalan masuk letih. Dia berjalan dan menghenyak badan diatas sofa. Letihnya hari ni!

“Eman..mama nak mintak tolong sikit ni” laung Puan Rosma dari muka pintu biliknya selepas melihat anaknya terbongkang diatas sofa.

“Apa dia mama?” soal Eman antara dengar dengan tidak. Matanya terpejam, seharian pasukan mereka terima panggilan kecemasan pada hari ini.

“Tolong jemput Mikail dekat rumah number 6015, mama belum habis kelas mengaji online lagi” balas Puan Rosma.

Eman tersentak seraya melompat bangun. “ Macam mana Mika ada dekat sana?”

“Mika menangis nak ikut balik petang tadi. Dah, pergi cepat.” Ujar Puan Rosma lantas menutup kembali pintu bilik.

Eman berjalan malas menuju ke muka pintu. Dia hanya mengenakan T-shirt leher bulat berwarna hitam dan seluar uniform kerjanya.

TING TONG!
Fatihah bingkas buka pintu kerana menyangka Puan Rosma yang menjemput Mikail.

“Awak?” mereka bersuara serentak saat pintu dibuka.

“Awak buat apa dekat sini?” Soal Fatihah memandang Eman atas bawah berkali-kali.
Eman menggaru kepalanya.

“Errr!! Saya..saya” tiba-tiba menjadi insan gagap pula.

“Saya??” Fatihah mengangkat kening tidak faham.

Uwaaa! Bunyi suara Mikail menangis diruang tamu. Fatihah terus berlari mendapatkan Mikail yang terjaga dari lenanya . Eman pantas menahan pintu dan melangkah masuk risau akan anaknya.

“Syishhh…sorry sayang, dah tidur balik” Fatihah mendodoi Mikail dalam dakapannya sambil berdiri menghadap pandangan luar.

Eman terpana melihat Fatihah bersama anaknya. Alahai! Pandai pulak anak aku tackle bakal ibu dia ye. Getus hati Eman . Tersenyum dia.

“Sorry..” Eman bersuara mengejutkan Fatihah. Fatihah baru teringat tentang kehadiran Eman. Dia segera berpusing kearah Eman yang masih berdiri dibelakangnya.

“Duduklah. Mika terjaga pulak” dia masih menepuk-nepuk punggung Mikail.

“Eh! Tak apalah,saya nak jemput Mika balik” Eman menghulur tangan untuk menyambut Mikail. Mikail tidak endah dengan Eman,dia terus memeluk erat Fatihah. Fatihah tersengih.

“Takpe, tunggu Mika tidur awak boleh ambik” ucap Fatihah yang meneruskan dodoian. Eman akur. Dia melabuhkan punggungnya disofa memerhati Mikail.

Eman berdehem. Fatihah memandangnya.

“Awak betul ke tak ingat saya?” soal Eman masih tidak puas hati. Fatihah mengerutkan dahi, dia berjalan duduk disofa yang sama kerana mula lenguh memegang Mikail yang agak berat.

“Sorry.. saya memang betul-betul tak ingat” jawab Fatihah masih mengukir senyuman. Eman terdiam mencari jalan.

Eman mengeluarkan telefon pintarnya dari poket. Dia segera dail number Fatihah. Kedengaran bunyi ringtone telefon Fatihah berbunyi. Eman segera mencapai telefon yang berada diatas meja. Dia tersenyum, namanya masih ada dalam contact list Fatihah.

“See..” Eman menghulur kepada Fatihah untuk buktikan mereka saling mengenali. Fatihah menyambut dan melihat skrin handphone.

“Eman?” Fatihah menyebut namanya. Dia masih cuba berfikir bagaimana mereka boleh berkenalan. Fatihah menyandarkan badannya disofa, kepalanya dilapik bantal hiasan. Mikail dalam mode mengantuk menanti lena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience