BAB 2

Romance Completed 34761

KRING!!!! Bunyi loceng kecemasan mula bergema diseluruh balai bomba. Satu pasukan bomba bertugas mula bergerak pantas mendapatkan kelengkapan masing-masing dan menuju ke track bomba, ada juga yang menaiki van EMRS (Emergency Medical Rescue Services) menandakan mereka perlu bersiap sedia jika ada mangsa cedera yang perlu diselamatkan dalam kes kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di highway.

Sebaik pasukan bomba tiba dilokasi kejadian, dua biji kenderaan kelihatan remuk teruk akibat dihentam lori kontena yang menyebabkan mangsa tersepit.

Setiap detik adalah berharga, pasukan bomba bertungkus lumus memulakan operasi untuk mengeluarkan mangsa sebelum diambil alih pasukan perubatan.

“Tuan! Ada baby ditempat duduk belakang!baby masih bernyawa!” jerit eman untuk menarik perhatian pasukan perubatan untuk bertindak segera.

Setelah bertungkus lumus menjalankan tugas menyelamat, akhirnya selesai dengan baik. Sebanyak lima orang mangsa dijumpai dalam kereta masing-masing dalam keadaan cedera parah.

“ Kau bila nak balik Sarawak eman?” soal Badrul salah seorang rakan serumah eman yang sedang mengilap kasut but hitamnya.

“ Lagi dua bulan macam tu la.. kenapa? Nak kirim apa-apa ke?” soal eman kembali. Badrul hanya tersengih dengan soalan rakannya. Sudah menjadi kebiasaan kawan-kawannya di semenanjung mengirim barangan dari sarawak.

“Nah ambik sorang satu” ujar Haikal sambil menghulur kad undangan perkahwinannya kepada eman dan badrul yang berada diruang tamu. Eman mencapai lalu membaca.

“Bau nasi minyak dah sampai dah” ucap badrul sambil membuat kemasan terakhir pada kasutnya.

“Jemput mai, dekat saja. Jangan bagi alasan pulak” balas Haikal yang sedang mengira bilangan kad jemputan kahwin untuk diedarkan.

“InsyaAllah kami sampai” balas eman pula. “Sorang-sorang kahwin,esok lusa tinggal aku sorang saja la” sambung eman lagi.

“Kau tu jangan jual mahal sangat. Aku tengok awek-awek duk mengorat,kau ja tak layan” balas Badrul memandang eman dengan musykil. Dia bukan tiada rupa, kacak saja dengan wajah seiras pelakon jepun Haruma Miura walaupun tiada keturunan jepun. Tapi hatinya masih berbolak balik tentang cinta, masih tertanya-tanya adakah cinta jarak jauh tu berbaloi atau tidak.

*****

“Encik Faizal, kamu salah seorang yang akan ditugaskan menjadi jurulatih Pusat latihan RELA di salah satu daerah di utara nanti”

“Okay baik, nanti saya submit borang terima tawaran tu secepat mungkin” ujar Faizal sebelum menamatkan panggilan yang baru diterimanya. Faizal yang akan sama-sama mengikut ahli keluarganya kembali ke kampung halaman mereka di salah satu negeri pantai timur yang mempunyai gunung tertinggi dalam semenanjung Malaysia.

Faizal memilih untuk terima tawaran kerana ingin mencari ketenangan diri. Dia yang masih kecewa dengan cinta hatinya,sakit hati apabila ahli keluarganya lebih menyalahkan dirinya atas apa yang telah terjadi. Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana! Jerit hati kecil Faizal.

Faizal seorang jejaka tinggi lampai yang berkulit hitam manis, mempunyai hidung mancung mewarisi arwah datuknya yang berasal dari Thailand. Tahap ketampanannya biasa-biasa saja namun melalui kata-kata manis,ramai gadis akan mudah jatuh hati padanya. Sweet talker!

‘Eh! Rasanya area sana dekat sudah dengan si Fatihah. Boleh la ajak dia jadi tour guide aku bila stay sana’ gumam Faizal sendiri yang baru teringat akan Fatihah yang berada dalam daerah yang sama dengan tempat dia akan berkhidmat nanti.

“Esok kau nak gerak pukul berapa Faizal?” Soal Puan Jamilah yang sedang memasak untuk makan malam

“Lepas subuh kot” balas faizal.

“Rumah kau dapat tu kongsi ke?”

“Tak pun. Jurulatih tak ramai sana, jadi rumah staff banyak kosong” Faizal bangun mengambil minuman didalam peti sejuk untuk dihidangkan.

“Okey lah tu,senang esok kalau kami pergi melawat kau dekat sana” Puan Jamilah mengangkat ayam masak lemak yang baru siap dimasak.

“Adik,nanti kau boleh la cari awek utara pulak. Baru pelbagai negeri dalam family nanti” cadang Fazliana kakak ketiga faizal yang tiba-tiba muncul didapur.

“Amboi! Laju betul..Acik cari la sendiri calon 1 Malaysia” balas Faizal.

“Dah ada calon yang elok hari tu, biar melepas” ujar puan jamilah sambil menyusun pinggan. Faizal hanya diam tidak membalas.

“Apalah mama ni..dah tak ada jodoh jangan dipaksa” balas Fazliana backup adik lelakinya. Annoying betul bila mendengar Puan jamilah mengungkit perkara diluar jangkauan.

“Mama cakap je..” Puan jamilah masih tidak puas hati.

“Hati orang jangan dipaksa, esok lusa dah kahwin 24jam asyik complain laki sendiri,24jam jaja cerita buruk suami sendiri. Dah dia tak suka baik dia angkat kaki daripada jadi isteri yang mengumpul dosa. Betul tak mama?” sengaja Fazliana memulang paku buah keras kepada Puan jamilah. Kadang-kadang kena jugak sedarkan orang tua ni.

Puan Jamilah diam tidak membalas kata-kata anak perempuan ketiganya yang jenis cakap lepas.Hal perempuan jangan masuk campur. Faizal hanya mampu berkata dalam hati sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience