FATIHAH memenuhi jadual janji temu dengan doktor psychiatrist peribadinya.
“So nampaknya your life dah semakin baik. Daily activity pun semua terisi dengan baik. Untuk ubat final dose saya turunkan lagi, next appointment saya akan stopkan ubat tapi awak kena stay dekat wad dalam tempoh 24 jam untuk proses pemantauan side effects bila awak stop ubat. Kalau tak ada apa yang tak okey awak boleh discharge.” Jelas Doktor Ikmal panjang lebar seraya menolak cermin matanya keatas untuk menulis sesuatu dalam laporan.
“Alhamdulillah..” ucap Fatihah tersenyum lega.
“Dah ada someone special ke?” soal Doktor Ikmal sebaik saja habis menulis. Nampak pesakitnya itu agak teruja bila menjawab soalan berkaitan kasih sayang.
Fatihah hanya tersenyum mendengar soalan Doktor Ikmal.
“Enjoy your life Fatihah. Saya harap lepas tamat treatment, saya akan jumpa awak dekat luar sebagai kenalan biasa bukan lagi sebagai pesakit saya” ujar Doktor Ikmal dengan penuh harapan untuk semua pesakit-pesakitnya.
“InsyaAllah Doktor. Saya pun harap macam tu jugak. Terima kasih sebab banyak bantu saya”
“Saya cuma perantara saja, selebihnya diri awak sendiri dan Izin Tuhan.” Balas Doktor Ikmal mengakhiri sesi pertemuan pada hari itu.
*****
“Assalamualaikum” ucap Eman saat mendengar suara Fatihah dihujung talian .
“Waalaikumsalam..” jawab Fatihah yang menggunakan earphones.
“Buat apa tu? Lain macam je dengar”
“Dating” balas Fatihah bersahaja. Di ajak harry berjalan pusing track lumba kuda.
“Dating dengan siapa pulak?” soal Eman tidak senang hati.
“Dengan Harry je pun, kejap Fatihah send gambar” balas Fatihah seraya selfie diatas kuda terus dihantar kepada Eman.
Beep!
Eman segera melihat skrin handphone tanpa mematikan talian. Dia tersenyum sendiri.
“Dah tengok? Jangan cakap dengan kuda pun Eman cemburu jugak ye” bebel Fatihah geram. Kedengaran tawa Eman dihujung talian.
“Mana ada cemburu pun.. lagi pun kan Eman dah menang”
“Ha? Menang apa?” soal Fatihah hairan.
“Masuk meminang sayang la” balas Eman lembut.
“Laaa..Eman ni, gurau je la hari tu pasal meminang ” Fatihah menepuk dahinya ketika masih berada diatas kuda.
“I don’t care. Eman dah cakap tak nak terlepas untuk kali kedua kan” jawab Eman supaya Fatihah mengerti yang dia tidak mahu kehilangan sekali lagi.
“Ye lahh cik abang sayang..” balas Fatihah dengan nada manja tanpa sengaja. Bergetar hati Eman mendengar . Tersenyum lebar dengan wajahnya yang mudah merona.
“ Boleh ulang lagi sekali tak?”
“Ulang apa?”
“yang tadi tu”
“Sorry. Tiada siaran ulangan” ujar Fatihah bila tersedar tentang nada spontannya tadi.
“Ee..kedekut” usik Eman.
“Simpan dulu, mana boleh selalu..dah makan ke?” soal Fatihah mengubah topik.
“Dah tadi.. Mika dengan siapa?”
“Mika dah lupakan ummi dia..berkepit saja dengan si kembar dua orang tu” rungut Fatihah seakan tidak puas hati.
Eman tersenyum bila teringatkan dua jejaka muda kacak dan seiras tempoh hari.
“Terima kasih Fatihah” ucap Eman tersenyum senang.
“Eh! Untuk apa?” soal Fatihah kehairanan.
“Sebab Fatihah and family sudi bagi kasih sayang dekat Mika yang tiada pertalian darah pun”
“Aturan Allah swt. Mungkin Allah swt uji Mika tak dapat kasih sayang dari ibu kandung tapi dikurniakan orang sekeliling yang sayangkan dia” ucap Fatihah supaya hati Eman lebih tenang saat berjauhan dengan anak tunggalnya itu.
****
“Aku terima nikah Nurul Fatihah binti Abdul Rahman dengan mas kahwin yang tersebut” lafaz Eman dengan tenang.
“Sah” dua orang saksi mengangguk.
“Alhamdulillah..” ucap Encik Abdul Rahman seraya membaca doa.
Sebaik saja lafaz taklik dibaca, Encik Abdul Rahman menitip pesanan untuk menantunya.
“Ayah nak pesan, andai satu hari nanti terjadi sesuatu, hilang rasa cinta, dah tak suka ke apa.. ayah mintak kamu serahlah balik pada ayah atau pada lagi dua orang walinya” ujar Encik Abdul Rahman menepuk bahu Eman. Eman mengesat air matanya yang hampir mengalir.
“InsyaAllah saya jaga sebaik mungkin amanah ayah dan Allah swt yang saya ambik hari ni” balas Eman senyum dalam sebak.
“Relax! Relax!” ujar Badrul yang mengusap belakang badan Eman. Dia punya sebak mengalahkan pengantin perempuan.
“Aku tak mimpi kan” bisik Eman pada Badrul.
“Kau nak aku tumbuk kau ke?” bisik Badrul kembali. Mengada-ngada pulak mamat ni.
“Haa..tunggu apa lagi tu Eman, cepat la sini” Amsyar bersuara dari pelamin yang digubahnya. Majlis hanya dihadiri ahli keluarga rapat dan sahabat baik mereka sahaja.
Eman bangun berjalan menuju ke pelamin yang bertemakan melayu klasik. Fatihah masih kekal dengan citarasa baju kurung kedah pada hari bahagianya. Manis dan comel dengan pilihan warna putih gold.
Eman memilih untuk gantikan cincin kepada gelang tangan. Dipasang tertib pada tangan kanan Fatihah dan cincin silver disarungkan pada jari Eman.
Ayie masih lagi dipilih sebagai photographer. ‘3 kali dah aku ambik gambaq dia kahwin, aku ni bila la nak kahwin’ bebel Ayie seorang diri sambil melihat kembali gambar yang diambil dalam DSLR miliknya .
****
“Eman,nanti kita solat subuh sama-sama dekat ruang solat ya” pesan Puan Aida ketika didapur.
“Baik mak” jawab Eman yang baru keluar dari bilik air. Dia siap berpakaian lengkap baju t-shirt tanpa kolar dan seluar tracksuit. Dia melangkah anak tangga dari dapur yang menghubung ke tingkat atas.
Walaupun luaran rumah masih mengekalkan konsep traditional tapi bahagian dalam telah pun dinaik taraf kepada binaan moden. Eman menolak perlahan daun pintu bilik tidurnya dan menutup perlahan. Jam baru menunjukkan pukul 5.30 pagi, dia terjaga awal sebab terdengar bunyi azan subuh walaupun masih belum masuk waktu.
Fatihah menggosok matanya berkali-kali setelah terjaga. “Dah pukul berapa?” soal Fatihah mengerutkan dahi. Terlajak tidur ke dia? Alarm pun dia tidak dengar.
“5.30” jawab Eman pendek yang duduk disebelah Fatihah sambil menatap telefon.
“Kenapa bangun awal? Ada nak ke mana-mana ke?” soal Fatihah menutup kembali matanya.
“Err..pukul 5 tadi dengar azan, ingatkan dah masuk waktu”
“Ohh! Tu normal kalau kawasan kedah, azan pertama untuk kejut orang bangun. Azan kedua baru betul masuk waktu” terang Fatihah seraya membelakangkan Eman.
“Dah tu, sayang tak nak bangun lagi ke?” soal Eman melihat Fatihah kembali menarik selimut.
“15 minit lagi” jawab Fatihah meneruskan tidurnya.
Eman meletak kembali handphone diatas meja. “Bangun…” bisik Eman rapat di telinga Fatihah hingga boleh terasa panas nafasnya.
Fatihah memusingkan badan dan lantas memeluk pinggang suaminya. “Jap! Nak cas bateri dulu” ujar Fatihah mengemaskan pautan tangannya. Eman hanya tersengih menahan diri.
sweet tak sweet ^_^
Share this novel