“Assalamualaikum Puan, Apa khabar? Sihat hari ni?” Kata-kata sambutan dari doctor pakar yang bertugas.
“Alhamdulillah.. sihat” Fatihah menarik kerusi untuk duduk.
“Okey, hari ni appointment untuk follow up kes keguguran tempoh hari. Berdasarkan ujian yang dibuat, kandungan puan tiada apa-apa masalah, bebas dari segala jangkitan kuman or virus, puan pun tiada masalah GDM Cuma berdasarkan situasi Puan, kami suspek puan ada masalah incompetent cervix” terang doctor pakar dengan gaya professional.
“Incompetent cervix?” Soal Fatihah kembali untuk kepastian.
“Ya betul. Maksud disini pangkal rahim Puan tak mampu nak tampung baby yang semakin membesar dan berat. So sikit-sikit pintu rahim akan terbuka sendiri walaupun kandungan belum cukup matang” terang doctor dengan tenang.
“Maksudnya saya tak boleh mengandung lagi dah?”
“Eh..bukan! Puan boleh saja mengandung cuma ada beberapa procedure untuk memastikan kandungan puan selamat sampai ke tempoh matang untuk dilahirkan”
“Procedur apa?”
“Once you pregnant, pihak hospital akan pantau ukuran pangkal rahim, jika ukuran makin pendek maka hospital akan mula procedure ikatan pangkal rahim untuk bantu tampung baby sampai masanya.
Fatihah hanya mendengar kata-kata dan nasihat doctor, dia mula merasakan yang dia adalah punca kandungannya tidak dapat diselamatkan.
***
“Doctor cakap apa je?” soal Faizal setelah mereka masuk dalam kereta.
Fatihah tidak bersuara , dia terus hulurkan salinan lab test dari hospital tanpa menjawab soalan Faizal .
Faizal meletakkan kertas diatas dashboard selepas selesai membaca. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus memandu keluar.
“it’s okey” ucap Faizal lantas menarik tangan Fatihah dan dibawa kebibirnya. Fatihah masih diam membuang pandang keluar tingkap.
“Awak nak makan apa? Jom kita cari” ujar Faizal cuba menceriakan Fatihah.
“Apa-apa je..”
“Apa-apa je? Kalau macam tu kita beli coki-coki dekat kedai je lah” sengaja Faizal pancing untuk melihat reaksi Fatihah.
Fatihah hanya merenung tajam dan terus menjeling Faizal. Faizal mula ketawa melihat telatah Fatihah.
Betul la, orang perempuan dengan makanan memang tak boleh dipisahkan.
“Jom kita beli aiskrim matcha favorite awak dekat Family mart” ucap Faizal yang sudah menghampiri bangunan kedai yang menempatkan salah satu franchise Family mart.
“Mak tak marah ke awak makan aiskrim ni?” Soal Faizal yang hanya memerhati Fatihah menyuapkan aiskrim masuk ke mulutnya dengan sudu.
“maqhah sebab?” soal Fatihah kembali.
“Ye lah, orang tua-tua kan jenis jaga pantang larang lepas bersalin” jawab Faizal sambil menghirup air coklat.
“Ohh..entah, tak penah pulak mak larang itu ini. Makanan pun sama ja macam makanan hospital.”
“Orang perempuan ni ajaib sungguh kan?” Faizal tersengih.
“Awat pulak?” Fatihah memandang Faizal dengan pelik.
“Dapat makanan favorite je terus hilang dia punya moody”
“Rezeki jangan ditolak “ balas Fatihah malas nak layan.
Faizal hanya ketawa melihat mood Fatihah yang berubah-ubah dalam sekelip mata.
Share this novel