AWAL-AWAL pagi lagi Faizal minta izin untuk bawa Fatihah keluar bersamanya. Dia memandu tanpa arah tujuan.
“Tak masuk kerja ka?” Soal Fatihah yang memandang ke luar tingkap.
“Macam mana saya nak kerja kalau masalah kita belum selesai?” Faizal memandang sekilas Fatihah yang langsung tidak berpaling kearahnya. Fatihah diam tidak membalas.
“Macam mana saya nak buktikan saya tak bersalah ye? Dia yang perangkap saya..” Faizal menghentak perlahan tangannya di stereng kereta.
“Untuk apa awak keluar jumpa dia?”
“Ya. Tu kesalahan bodoh yang saya dah buat. Saya ingat sekadar jumpa biasa-biasa saja. Memang saya menyesal sangat” lirih suara Faizal.
“Entahlah Faizal. Hati saya terlalu hancur untuk dibentuk balik, apa lagi nak serahkan lagi sekali pada awak” Ucap Fatihah yang semakin tenang melawan perasaan.
Faizal terus memandu menuju ke pantai tempat mereka berdua selalu menghabiskan masa bersama.
Faizal turun dari kereta,dia mencapai topi dan cermin mata hitam ditempat duduk belakang. Fatihah masih tertidur ditempat duduk penumpang hadapan.
Pintu kereta dibuka, dilucutkan tali pinggang keledar Fatihah.
“Awak..” Faizal membelai lembut pipi Fatihah.
“Awak. Bangun,dah sampai ni” Fatihah masih pejamkan matanya.
“Awak. Jangan sampai saya buat pernafasan dari mulut ke mulut baru awak nak bangun” ugut Faizal setelah Fatihah tidak mengendahkan panggilannya.
Fatihah segera menolak badan Faizal dan melonjak keluar dari tempat duduknya. Faizal tersenyum nipis lalu menutup pintu kereta.
Ditarik tangan Fatihah untuk jalan beriringan ke pantai. Udara pagi yang menyegarkan,deruan ombak yang menenangkan gelojak hati masing-masing.
Sedang asyik melayan perasaan,tiba- tiba terdengar notifikasi pesanan Whatsapp masuk serentak ke handphone masing-masing.
‘Kalau Faizal tak nak bertanggungjawab, aku tak teragak-agak untuk sebarkan gambar-gambar ni secara public’
Fatihah menatap skrin handphone ditangannya. Faizal yang tidak mampu mengawal rasa marah telah menghempas telefon bimbitnya kepasir pantai. Buntu. Kecewa. Terasa gelap hidupnya.
“Hello.” Fatihah menjawab panggilan masuk dari bapa mentuanya. Dia menghulur handphone kepada Faizal.
“Faizal! Apa dah jadi ni? Kau buat apa dengan Amal” soal Encik Fakhrul Razi marah.
“Dia perangkap Faizal la!” jerit Faizal. Fatihah hanya perhati tingkah laku Faizal yang sudah tidak keruan.
“Mama nak kau kahwin dengan Amal” Puan Jamilah bersuara dari tepi Encik Fakhrul Razi.
“Faizal dah ada isteri” ucapnya geram.
“Isteri tak isteri. Kau jangan nak conteng arang dekat muka kami! Dah buat tu pandai-pandai la bertanggungjawab!” Bebel Puan Jamilah yang merampas telefon dari tangan Encik Fakhrul Razi.
“Jangan-jangan ni rancangan mama dengan si Amal kan??!” Soal Faizal yang bermundar mandir mencari jawapan.
“Eh! Kau yang sedap, nak tuduh mama pulak! Dah,jangan banyak bunyi. Tiket semua dah ready, minggu depan kita fly ke sana” Puan Jamilah segera menamatkan panggilan.
“Betul ke apa Faizal cakap tu?” Soal Encik Fakhrul Razi dengan pandangan tajam.
“Mana ada pun” Puan Jamilah segera duduk disofa.
“Aku rasa memang agenda kau lah. Tahu pulak kau siap dah booking tiket kesana minggu depan. Kau jangan macam-macam Jamilah” Ugut Encik Fakhrul Razi. Puan Jamilah tidak mengendahkan ugutan suaminya, dia puas hati impiannya bakal termakbul tidak lama lagi.
Faizal terduduk melutut menahan tangis. Fatihah perlahan duduk disebelah Faizal. Dia menarik Faizal untuk duduk dengan betul.
“Tak pe lah awak. Mungkin jodoh kita sampai sini saja” ucap Fatihah memandang laut terbentang luas. Faizal menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
“Saya redha”
“Saya yang tak redha” balas Faizal menatap wajah Fatihah yang tenang.
“Tapi awak kena fikirkan maruah awak jugak” Fatihah palingkan wajahnya kearah Faizal.
“Kalau ada jodoh, kita tetap akan bersama kembali satu hari nanti” Fatihah melemparkan senyuman manis buat suaminya.
Faizal menangis perlahan. Fatihah bangun berdiri dan menghulurkan tangan kepada Faizal. Faizal segera menyambut.
“Memandangkan minggu ni minggu terakhir kita sebagai suami isteri.. Jom kita manfaatkan” Ajak Fatihah antara rela dan terpaksa. Faizal hanya menurut. Dia mengutip sisa handphone yang bertaburan di pasir.
“kita tak perlu berpisah walaupun saya kena kahwin lain” Pujuk Faizal selepas masing-masing berada didalam kereta.
“No! Saya tak cukup kuat nak berkongsi suami dengan perempuan lain,apa lagi Perempuan tu kesayangan ibu mentua saya. “ balas Fatihah tegas dengan keputusannya.
Sekali lagi Faizal kecewa. Dia sudah kehabisan ayat untuk memujuk.
“Awak. Kita balik rumah saja ye” Faizal memutuskan untuk menghabiskan masa mereka dirumah sahaja. Fatihah hanya mengangguk.
Share this novel