PEJAM celik pejam celik, enam bulan telah berlalu. Faizal dan Fatihah telah pun mendirikan rumah tangga seperti yang dirancang.
Fatihah masih memilih untuk bekerja dan tinggal dirumah sewanya, manakala Faizal berulang dari rumah Fatihah ke tempat kerja yang mengambil masa 30 minit memandu.
Walaupun telah 3 bulan menjadi suami isteri, Fatihah masih kekok dengan kehadiran Faizal dalam hidupnya yang terlalu pantas.
“Awak, nanti malam tak payah masak tau” pesan Faizal melalui panggilan telefon kepada Fatihah yang baru sampai diperkarangan rumah.
“Awat? Diet ka?” soal Fatihah yang sedang memulas tombol pintu.
“Bukan.. kita makan dekat luar la malam ni, esok kan awak off”
“Okey je..”
“Saya lagi 2 jam baru habis kerja, bye!” Faizal menamatkan panggilan sebelum meneruskan tugasnya.
****
“Awak,bulan depan kenduri kahwin angah dengan acik..jangan lupa apply cuti ok” ujar Faizal sambil menyuapkan nasi kedalam mulutnya dengan sudu.
“Okey tapi saya cakap awal-awal lah saya tak boleh cuti lama-lama macam awak. Hotel bukan boleh cuti panjang, hujung minggu pulak tu” Balas Fatihah. Faizal hanya mengangguk faham.
“Eh! Kejap lagi kita jalan dekat pantai nak?”
“Okey.. tapi esok awak tak kerja ke nak balik lewat?”
“Kerja.. alahhh bukan selalu, lagi pun biasa dah tidur lewat bangun awal ni”
“Okey la kalau macam tu” Fatihah siap menyedut minuman Fresh orange digelasnya.
“Dah?” Faizal menyoal Fatihah sebelum ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Faizal memandu menuju ke kawasan pantai yang berhampiran tempat mereka singgah makan. Orang ramai masih lagi memenuhi sepanjang jalan walaupun bukan pada hujung minggu. Kawasan itu jugak turut diminati pelancong-Pelancong dari luar negara.
“Kuatnya angin” Fatihah memegang tudung bawal yang dipakainya supaya tidak terselak tinggi.
“Biasalah, nama pun tepi laut” Faizal menyimpan kunci kereta dalam poket seluarnya lalu menarik tangan Fatihah untuk jalan beriringan ke kawasan pantai.
Mereka berdua berjalan dipesisiran pantai sambil berborak perkara yang tidak masuk akal.
“Kenapa orang selalu samakan lelaki dengan buaya ? Sedangkan buaya tu haiwan yang setia?” Soal Faizal tersengih.
“Sebab buaya kan suka terkam ikut dan dia saja” Balas Fatihah bersahaja. Faizal hanya ketawa mendengar penjelasan Fatihah.
“Eh! Ada sate, jom makan sambil layan view laut” Faizal menarik tangan Fatihah menuju ke gerai sate berhampiran pantai yang turut menyediakan kerusi meja untuk pelanggan.
Jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi, mereka ambil keputusan untuk pulang kerumah selepas selesai menghabiskan makanan.
****
“Mandi dulu baru tidoq” Fatihah bersuara dari dalam bilik sedang menanggalkan tudungnya.
Faizal yang terbaring disofa segera bangun menuju ke bilik. Dia memeluk Fatihah dari belakang.
“Jom mandi sekali” ajak Faizal.
“Ish! Tak mau lah” Fatihah menolak sambil menyangkut anak tudung di hanger.
“Kan ustaz pesan suami isteri kena kerap mandi bersama baru bahagia” balas Faizal tersengih-sengih. Fatihah hanya menjeling mata melalui cermin meja solek memerhati tingkah laku Faizal yang semakin menjadi – jadi.
Share this novel