BAB 46

Romance Completed 34761

Amsyar memandu masuk ke kawasan parking condominium seperti yang dijanjikan kepada Fatihah sepanjang Fatihah bekerja dengannya.

Walaupun berada ditengah bandar yang sibuk tetapi environment dalam kawasan perumahan tu tetap dipenuhi dengan tumbuhan yang menghijau.

Amsyar membantu Fatihah menurunkan bagasi didalam bonet kereta swift kepunyaan Fatihah. Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu lift.

“Tingkat 15?” Soal Fatihah terkejut apabila melihat Amsyar menekan butang number 15.

“Ha laa.. best apa duk tinggi-tinggi, boleh tengok view best.. boleh layan sunrise okey” balas Amsyar dengan teruja.

“Kalau lift rosak macam mana?” Fatihah masih tidak yakin.

“Hallo cik Fatihah! Hang ingat ni rumah flat kos rendah ka?” Amsyar terus cekak pinggang memandang Fatihah. Fatihah hanya tersengih dengan reaksi Amsyar.

TING! Mereka berdua melangkah keluar menuju ke pintu keempat berdekatan lift.

“Pintu ni hang kena buka guna password atau access card saja tau, kad ni jaga elok-elok” serah Amsyar ke tangan Fatihah setelah pintu dibuka. Kasut ditanggalkan diruang masuk pintu rumah.

“Luas jugak. Takkan aku nak kena duduk sorang?” Soal Fatihah meninjau kawasan dapur . Rumah berkonsep studio house dihias dengan perabut minimalist sesuai untuk golongan bekerjaya yang tidak banyak masa dirumah.

“Habih tu tak reti-reti lagi nak cari marka baru?” ujar Amsyar memicit kepala yang tidak sakit.
Fatihah tergelak kecil. Hatinya masih berat untuk mulakan episod cinta dengan mana-mana lelaki. Bukan takut untuk kecewa tapi takut kehilangan.

“Mamat jepun hari tu pun tak menyempat hilangkan diri, kalau dak ka.. aku mintak dah number dia” Amsyar mengeluh kesal hingga berkerut keningnya.

“Hang nak buat apa? Tak kan hang ni LGBT pulak? Aku libas dengan penyapu sat lagi” ucap Fatihah tegas.

“Coiii! Aku nak bagi dekat hang la. Hero mesti la kena bersatu dengan heroin dia” Amsyar menutup mulut dengan tangannya .

“Dah! Tak payah nak merepek sangat. Kedai hang dekat mana?jauh tak?” Soal Fatihah yang berjalan mencari balkoni.

“Dekat ja..area bangun kedai dekat simpang nak masuk sini tadi. Esok hang keluaq p, nampak signboard besaq gedabak tulis ‘The Royal Wedding Dream’ .. yang tu lah tu” Amsyar melabuhkan punggungnya atas kerusi santai dibalkoni.

Fatihah berdiri di tembok kaca sambil memerhati kawasan sekeliling. Ada tasik buatan yang dikelilingi track jogging dan peralatan senaman, terdapat juga beberapa gazebo untuk penghuni condominium gunakan dengan bebas. Dari jauh juga boleh nampak bangunan-bangunan tinggi yang berada disana.

****
“Kalau nak mintak tolong apa-apa kau call saja aku” pesan Badrul yang berdiri dimuka pintu bersedia untuk pulang.

“Aku okey saja, mama aku ada. Kau tu kemas elok-elok rumah, nanti wife kau datang nak duduk sekali tengok bersepah pulak” balas Eman pula .

Badrul tersengih dan minta diri untuk pulang. Kawasan perumahan lama dengan baru hanya 10 minit untuk sampai. Badrul mengambil keputusan untuk kekal dirumah sewa lama mereka dan bakal membawa isterinya tinggal bersama.

“KAMU dah cari ke pengasuh untuk Mikail nanti?” soal Puan Rosma menutup perlahan pintu bilik supaya cucunya tidak terjaga dari lena.

“Belum lagi mama” jawab Eman duduk menyandar disofa L rumahnya. Jarinya masih scroll skrin telefon pintarnya mencari cerita yang menarik. Puan Rosma menggeleng kepalanya dan mengambil tempat disebelah Eman.

“Sementara mama dekat sini jadi biar mama yang cari. Mama tak nak sebarangan orang jaga cucu mama tu” ujar Puan Rosma tegas memandang rancangan diTV.

“Serius la? Eman boleh daftarkan dekat taska area sini saja” Eman memandang wajah ibunya.

“Mama tak yakin la kalau Eman yang cari. Takpe mama tau la nak urus sebelum mama balik” Puan Rosma menepuk lembut peha anaknya. Eman hanya diam tidak bantah kata-kata ibunya.

****
TING TONG! Bunyi loceng bergema dalam butik The Royal Wedding Dream. TIT! Bunyi pintu menandakan boleh ditolak masuk. Fatihah melangkah masuk ke dalam butik serba mewah itu. Dia tercari-cari kedudukan Amsyar.

“Sini haa!” jerit Amsyar dimeja kerjanya sedang menyusun file tempahan. Fatihah segera berjalan menuju kearah Amsyar, dia menarik perlahan kerusi transparent dihadapan Amsyar.

“Hang sorang saja ke?” soal Fatihah melihat Amsyar yang fokus dengan kerjanya.

“ada staff lain dalam bilik menjahit dengan bilik peralatan” jawab Amsyar tanpa memandang Fatihah. Fatihah mengeluarkan telefonnya untuk mengambil gambar dan menghantar kepada ayahnya. Done hantar report.

“Hang ambik file ni hang belek-belek dulu lah. Dalam tu ada job scob dengan pakej-pakej yang ada. Page last tu new package. Kalau tak paham hang tanya” terang Amsyar sambil menepuk-nepuk file yang berada diatas meja.

Fatihah menyelak satu per satu helaian yang ada. Adakala dia mengangguk faham tugas yang bakal diuruskan. Menarik jugak pakej-pakej sotong kurita ni. Dia tersengih.

“First time aku tengok orang baca maklumat tugasan tersengih macam hang tau dak” ujar Amsyar memandang pelik dengan kelakuan Fatihah. Budak ni dah makan ubat ke belum!

Amsyar menghulur file salah seorang pelanggannya yang bakal berkahwin lagi 2 bulan lebih. “Ni first job hang and first customer yang ambik new package kita” terang Amsyar serba sedikit.

Fatihah membaca perlahan nama pasangan pengantin dimuka hadapan file yang beralih tangan. “Dania and Badrul” . Diselak pula detail penerangan pakej dan perbincangan yang telah dipersetujui pihak pengantin.

“Supplier untuk dessert belum ada ke?” soal Fatihah apabila melihat ruangan pembekal masih kosong.

“A’ah..hang tolong cari sat” jawab Amsyar tanpa memandang Fatihah. Fatihah meneliti senarai menu yang perlu dihidangkan, dia segera membuka applikasi Fac untuk mencari seller yang berada berhampiran kawasan butik.

Tugas untuk hari pertama habis dengan mencari supplier saja.

Happy birthday to me today 1402 >⁠.⁠< thanks pada yang membaca walau tidak meninggalkan komen! hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience