BAB 4

Romance Completed 34761

BARIS! Baris sedia ! dari kiri cepat jalan!

Jeritan suara Faizal memecah suasana sunyi awal pagi padang kawad pusat latihan.
Selama 2 minggu berturut-turut Kursus diadakan , seramai 2 pasukan perlu dilatih seperti yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

Skuad! Berhenti!

“Apa benda yang korang buat ni? Kaki tak sama.bunyi dah macam tahi lembu jatuh saja!”
Jerit Faizal tegas yang tidak berpuas hati dengan pergerakkan pelatih-pelatih dibawahnya.

Dia memandang jam ditangan, waktu sudah menunjukkan hampir 10 pagi, maknanya sudah masuk waktu minum pagi seperti yang ditetapkan dalam jadual.

Faizal memberi arahan kepada pelatihnya keluar barisan untuk ke dewan makan dengan segera.

“Aku rasa ajar budak sekolah lagi senang” ujar Faizal kepada Khairi rakan jurulatih yang bertugas bersama. Khairi tergelak.

“Ni baru sikit, aku dulu awai-awai dapat geng pak cik mak cik. Lagi sakit kepala” balas Khairi lalu ketawa. Mereka jalan beriringan menuju ke dewan makan untuk sesi minum pagi pula.

Suasana dewan makan dipenuhi pelatih yang sedang mengisi perut. Masing-masing makan sambil berborak tanpa hirau orang sekeliling.

“Amboi.. tadi bukan main masing-masing lembik macam tak makan langsung” ujar Faizal sambil berjalan masuk ke ruangan makan jurulatih.

“Biasalah,orang dah biasa dengan jadual government. Lagi sejam nak masuk waktu makan,mula la pakat tak sabaq nak habih” Khairi mencapai pinggan untuk mengambil makanan.

“Tapi kenapa task semenanjung dengan Borneo tak sama? Sana kau boleh duduk sama level dengan polis dah, sama-sama keluar operasi, kadang join operasi dengan tentera. Sini aku tengok banyak job jaga parking or job yang berkaitan kawal lalu lintas” panjang lebar Faizal membangkitkan isu yang dia baru perasan sejak mula bertugas.

“Well. Kita orang bawah cuma ikut apa yang jabatan suruh je. Janji gaji jalan” balas Khairi ketawa kecil.

****
Kedengaran pancuran air laju dari dalam bilik mandi. Faizal membersihkan diri selepas penat seharian diluar dengan cuaca yang agak panas. Kulit yang sememangnya hitam manis sudah menjadi terlebih manis bila terlalu lama terdedah pada cahaya matahari.

Faizal mencapai tuala mandi untuk mengeringkan rambutnya, dia melangkah keluar dari bilik mandi selepas siap mengenakan baju t-shirt hitam dan seluar pendek paras lutut.

‘Hai awak, busy ke?’ pantas jari jemarinya menghantarnya pesanan melalui Whatsapp kepada Fatihah.

Ting! Satu pesanan masuk.

‘Saya baru habis duty untuk shift petang hari ni’ balas Fatihah kembali

‘Ohh..awak dah ada boyfriend ke?nanti tak pasal boyfriend marah’ balas Faizal sambil tersengih sendiri.

‘Tak da boyfriend pun. Takda yang nak. Haha’

‘Eh! Takkan la orang comel macam awak takda yang nak’

‘HaHaHa!’ balas Fatihah pendek.

Ada can nak masuk line. Sejak pertama kali bertentang mata, Faizal sudah tertarik dengan Fatihah. Mana nak tahu Fatihah boleh menghakis kekecewaan lamanya.

****
Fatihah duduk dikerusi rehat diluar rumah sewanya. Dia memandang langit melihat bulan penuh dan bintang yang bergemerlapan. Nyaman sungguh dengan tiupan angin timur.

Soalan Faizal ternyata telah menjentik hati kecilnya yang sebelum ini hanya berkisar tentang keutamaan keluarga.

Adakah sudah sampai masanya untuk dia ambik serius tentang perhubungan cinta, memandangkan usianya bakal mencecah 25 tahun pada tahun hadapan.

제가 몇 번째 신부예요? 처음이자 마지막; 처음에는 그렇다 쳐도 마지막은 또 뭐예요? 내가 그렇게 정했으니까 – 도깨비, 김신 (공유)

I am your bride number what? The first and the last. Alright if I am the first, but why I’m also the last?
Because I am the one who decided it. – Goblin, Kim Shin (Gong Yoo)

Kusyuk Fatihah menonton sambil menyuap nasi kedalam mulut menyaksikan drama korea bertajuk Goblin yang sempat dia setting rekod untuk tontonan kemudian disebabkan kerja shift.

Drama trending worldwide yang memang sentiasa dinantikan setiap peminat diseluruh pelusuk dunia.

Handsome jugak si gong yoo ni, nasib la dia jauh, kalau tak mau berebut perempuan nak tackle dia. Fatihah membebel seorang diri memandangkan dia hanya tinggal sendirian dirumah sewa.

Fatihah memilih untuk duduk sendiri tanpa berkongsi, serik dengan ex housemates yang lepas jenis kaki jantan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience