"AKU tak tahulah nak buat apa. Aku keliru. Perasaan aku bercampur-baur" keluh Amira dengan wajah tegang. Pagi tadi, dia kaget menerima kehadiran Natasha dan Hidayah seawal itu di rumahnya. Alasan Natasha, dia rindukan Amira dan ingin sarapan bersama.
Mereka sarapan di cafe. Usai sarapan, Hidayah pamit sebentar bagi memberi kesempatan untuk mereka berbicara.
"Rafik datang jumpa kau dan bagitahu semua benda ni?"
Sebenarnya Amira agak kaget tatkala masalah rumah tangganya mampu dihidu oleh sahabat baiknya itu. Setahu dia, tidak pernah dia bercerita kepada Natasha soal itu.
Melihat Natasha mengangguk, keluhan berat termuntahkan. Dalam hati, dia marah besar kepada Rafik. Sedaya-upaya dia merahsiakan perkara tersebut kerana tak mahu Natasha diseret bersama ke dalam masalah mereka. Namun tanpa diduga, Rafik bertindak sejauh itu.
"Kenapa kau tak kongsi dengan aku masalah kau?"
Amira membisu. Kepalanya rasa pening dengan segala masalah yang berlaku. Semuanya berpunca daripada penipuan Rafik. Dan Haris juga turut menambah masalahnya dengan tak putus-putus mencarinya. Arghh!
"Kau tak nak aku risau ke?"
Amira masih mengunci mulut. Itulah alasan utamanya. Namun tak terluah pula akan ayat tersebut.
"Kau tipu aku. Kau cakap, kita kena kongsi semua benda dan masalah bersama. Dulu aku kongsi masalah rumah tangga aku dengan kau sebab aku percayakan kau. Tapi kau tak percayakan aku pun"
Nada suara Natasha sudah merajuk. Dia benar-benar berkecil hati kerana Amira mengetepikan dia di dalam masalah ini.
"Babe" Jemari Natasha digenggam erat. Dia menghela nafas dalam-dalam.
"Bukannya aku tak percayakan kau. Aku cuma tak nak kau terseret sekali dalam masalah ni. Kau kan pregnant? Kau tak boleh tertekan atau terlalu risau. Nanti akan effect kandungan kau"
Natasha berdecit. Dialog yang sama Kayden ungkapkan kepadanya!
"Kau dan Kayden berpakat nak kenakan aku ke? Asyik dialog yang sama je aku dengar. Bosanlah!"
Tangan disilang ke dada.
Amira tergelak. Wajah cemberut Natasha nampak comel.
"Kau ni kan.. degil tahu tak?!"
"Ye aku degil" Natasha mengakuinya. Tapi kedegilan dia kerana dia bimbangkan orang yang dia sayang.
"Kau betul ke nak bercerai dengan Rafik?"
"Entahlah babe! Kau rasa macam mana?"
"Dulu pun aku hadap benda yang sama dengan Kayden. Tapi atas nasihat kau, tengok apa jadi pada aku sekarang" ujar Natasha dengan senyuman melebar. Bahagia sebenarnya!
"Tapi masalah kita berbeza"
"Apa bezanya?"
"Kau kawen dengan Kayden sebab nak bebas dari cengkaman keluarga kau masa tu. Dan aku kawen dengan Rafik gara-gara penipuan dia. So tak sama!"
Natasha mengeluh. Dia kata kita degil, dia pun dua kali lima!
"Apa-apa jelah! Tapi pointnya kat sini, jangan cepat buat keputusan"
Kali ini Amira pula yang mengeluh.
"Dia masih jumpa perempuan tu"
"Tapi dia usaha nak tamatkan hubungan dorang"
Mata Amira yang berkaca menatap wajah Natasha. Mencari kejujuran di sebalik sepasang anak mata itu.
"Aku boleh nampak kesungguhan dia masa dia cakap macam tu. Dia mengaku yang dia sayangkan kau. Dia nak mulakan hidup baru dengan kau"
Amira diam. Susah dia nak percaya meskipun Natasha sendiri yang membuka cerita. Dia sudah serik kena tipu oleh orang yang sama. Namun untuk meminta cerai, dia tak berdaya. Bukan kerana sayang, tetapi kerana takutkan kemurkaan Allah.
"Aku tak berdaya nak mintak cerai. Aku takut dengan Allah. Allah sangat murka dengan isteri yang meminta cerai. Tapi pada masa yang sama, aku tak sanggup kena tipu lagi.."
Air mata Amira berkumpul lantas berpusu-pusu menuruni pipi. Apa pilihan yang dia punya? Selama ini imannya tetap dan segala ajaran Allah dia jalankan. Tetapi menghadap masalah ini, umpama memilih dua jalan yang berbeza. Benarlah kata orang-orang, suami adalah ujian terbesar seorang isteri!
"Babe.." Tak terluahkan kata-kata Natasha mendengar bicara tersebut. Kalau dia di tempat Amira, pasti dia juga merasakan kesulitannya. Hmm, rasa berdosa pula kerana pernah meminta cerai daripada Kayden suatu masa dahulu. Adakah dia isteri yang dimurkai oleh Allah? Ya Allah, ampunkan aku!
"Lagipun aku kesian tengok Sofya. Dia dah hilang tempat bergantung. Semua yang dia punya, semua dah dimiliki oleh Rafik tanpa sedar. Dia tak ada apa lagi. Hanya Rafik yang dia ada.."
Suara Amira kembali mengendur. Mengenang nasib yang menimpa Sofya, dia turut sama merasainya sebagai seorang wanita. Dia tahu, Sofya ikhlas menyayangi Rafik. Mungkin lebih ikhlas dan tulus jika dibandingkan dengan kasih sayangnya.
"Bayangkan, lelaki yang kau percaya, tempat kau bergantung harap, tiba-tiba tinggalkan kau setelah semua kau beri pada dia. Masa, usaha, hati, mungkin jugak tubuh badan..semua tu kau serah bulat-bulat pada dia. Tapi alih-alih, kau kena tinggal dan bahagia dengan orang lain. Apa yang kau rasa?"
Perasaan sedih mula mengambil posisi di ruang hati. Dapat dia rasakan jika berada di tempat Sofya. Seharusnya dia marah kerana gadis itu antara punca pergaduhannya dengan Rafik. Tetapi kenapa dia malah kasihan?
Terkelu lidah Natasha dengan pertanyaan tersebut. Jawapannya tiada pada dia kerana dia tidak mengalaminya. Namun dia tahu memang agak sukar untuk membuat keputusan. Perkara ini juga menjadi semakin rumit kerana mereka sudah berkahwin. Memutuskan hubungan perkahwinan tidak seperti memutuskan hubungan ketika masih bercinta. Risikonya juga berbeza.
"Babe.."
Jemari Amira digenggam erat. Kini baru dia tahu betapa sukarnya berada di posisi Amira.
"Kau jangan risau okey? Tahulah aku uruskan perkara ni. Aku tak nak kau risau dan fikir sangat. Kau tu mengandung. Nanti kalau.."
"Apa-apa jadi, susah!" Natasha cantas ayat Amira. Tahu apa yang akan diungkapkan.
Amira gelak, hanya untuk menutup kesedihan di jiwa. Bertemu dan berkongsi rasa dengan Natasha merupakan terapi jiwa. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik Natasha.
"Lepas ni, jangan sembunyikan apa-apa dari aku.." pinta Natasha dengan suara separuh merayu.
"Ye tuan puteri" sahut Amira dengan berseloroh.
Tawa keduanya meletus. Masing-masing menyimpan harapan agar bahagia menanti di kemudian hari.
ZAHLIA membetulkan rambut yang terurai. Kemudian lipstick dioles lagi ke bibir bagi menampakkan kemerahan dan tampak lebih menggoda.
Skirt pendek atas lutut sengaja ditarik ke atas bagi menampakkan lagi keseksiannya. Butang baju pada bahagian dada ditanggalkan. Sengaja dia bagi nampak lurah itu. Perfume disemprot ke seluruh tubuh. Wangian menggoda itu pasti takkan menolak mana-mana lelaki.
"Kalau gaya macam ni, mesti dia tergoda!" ujarnya dengan senyuman merekah di bibir.
Bertemu dengan Kayden adalah antara impian terbesarnya. Mendapatkan pekerjaan di syarikat lelaki itu sudah tercapai. Kini dia akan berusaha untuk memastikan Kayden tunduk padanya. Tak kisahlah kena jadi yang kedua, asalkan dia dapat mendampingi Kayden. Banyak faedah dan manfaatnya jika Kayden berjaya dimiliki.
"Bini dia kan tengah pregnant sekarang. Mesti tak mampu nak puaskan dia. Takpe. Aku kan ada"
Bangga benar Zahlia mempamerkan wajah cantik dan aksi seksinya itu. Dia tahu persis secantik apa Natasha. Bahkan belum ada yang mampu menyaingi kecantikan tersebut. Namun mampukah kecantikan kekal di tangga teratas apabila godaan menghampiri? Dia yakin, sedikit sebanyak pasti Kayden menginginkan hal yang sama.
"Okey, done!"
Setelah yakin dengan penampilannya, dia keluar dari tandas dengan senyuman bangga. Sebenarnya dia diminta untuk menghantar dokumen kerjasama sahaja, tetapi dia sengaja mengambil peluang tersebut buat menampilkan keanggunannya.
"Let get started"
WAJAH bengis Kayden yang tekun membaca is dokumen itu ditatap penuh berahi. Sedari tadi, tak sedikit pun wajah itu menoleh ke arahnya. Dia rasa hampir gagal namun tidak mengapa. Dia akan mencuba lagi.
Kayden memicit pucuk hidung sendiri tatkala wangian Zahlia mencucuk hidungnya. Terasa menyengat hidungnya dengan bauan tersebut. Berapa banyak botol yang dia pakai?!
"Zahlia.." panggil Kayden sambil menutup dokumen tersebut.
"Tuan?"
Sengaja Zahlia manjakan suaranya. Tubuhnya yang seksi itu ditayangkan di hadapan lelaki itu.
"You pekerja baru ke?"
Kayden baru perasan akan gadis itu. Rasa-rasanya tidak ada mana-mana staf di situ yang berpakaian seghairah itu.
"Ya tuan"
Kayden pandang Zahlia atas bawah. Memang seksi! Tetapi tidak akan mampu menarik perhatiannya. Baginya, si isteri yang sudah halal dan bebas disentuh jauh lebih seksi dan menggiurkan.
"Lepas ni, jangan pakai macam ni. You nak tarik perhatian siapa?" tegur Kayden dengan suara tegas.
Tercengang Zahlia menerima teguran tersebut. Bibir diketap rapat. Nak tarik perhatian kaulah! Hishh!!
"I tak nak mana-mana staf I pakai baju tak cukup kain! Ni ofis, bukannya kelab malam. I bayar staf I dengan gaji yang tinggi. Takkan tak boleh beli kain yang cukup?" Kayden menyetir dengan suara yang bersahaja. Namun cukup untuk membuatkan hati Zahlia terasa disindir.
"Sorry tuan"
Dengan perasaan rendah diri, Zahlia meminta maaf.Rancangan pertamanya gagal. Takpa. Dia masih punya banyak rancangan.
Kayden berdiri di hadapan Zahlia. Penampilan gadis itu menyorotkan pandangannya. Sebuah keluhan diluahkan. Kalau saja Natasha nampak ini, pasti dia salah faham.
"You may go"
Zahlia akur. Namun belum sempat nak mengatur langkah, dia berpura-pura terjatuh ke dalam pelukan Kayden.
"Abanggg!!!"
Suara jerkahan Natasha menyentakkan Kayden dan Zahlia.
Share this novel