BAB 21

Romance Series 8335

PINTU kamar terbuka luas. Melihat Natasha dengan pijama Doraemon sedang duduk di atas ranjang dengan wajah yang polos, hatinya tercuit. Cepat-cepat dia sembunyi senyuman.

Cerita Titanic yang dirakam sedang ditonton oleh Natasha. Kayden menghenyak punggung bersebelahan isterinya yang sedang mengunyah popcorn itu.

"You tak tidur lagi?" tanya Kayden sambil ralit memandang wajah Natasha. Riak itu tampak terlalu comel.

"I tunggu you.." lirih Natasha dengan suara manja. Tak lena tidurnya jika tak berada dalam dakapan lelaki itu.

"Kenapa tunggu I?" Popcorn dimasukkan ke dalam mulutnya. Kemudian dahi Natasha tempat telapak tangannya singgah. Terbit senyuman di wajahnya. Demam dan hangatnya sudah kebah. Syukurlah!

"I tak boleh tidur kalau you takde.." akui Natasha jujur. Selama berada di pulau itu, tak sedikit pun Kayden melepaskannya untuk tidur terpisah.

"Yeke? Kenapa pulak?"

Sengaja Kayden menduga.

Pipi Natasha merona. Takkan dia nak jujur lagi? Seganlah!

"You ni banyak tanyalah!" omel Natasha geram. Kayden tertawa.

"Tengok cerita apa?"

"Titanic!"

"Ohh you jump I jump tu ke?"

Dahi Natasha mengerut. Ada ke dialog tu dalam Titanic?

"You suka ke layan romantic drama macam ni?"

"Suka!" sahut Natasha laju.

Tak disangka di sebalik sikapnya yang ego dan karisma rupa-rupanya Natasha memiliki hati tisu jugak!

"Kadang I nangis sorang.." Natasha jujur.

"Serius?" Wajah Natasha ditatap dengan riak tak percaya.

"Aah! Tahu tak cerita Mohabbatein? Hmm Dil Hai Tumhara? Kuch Kuch Hota Hai! Tu semua antara filem yang buat I menangis"

Satu lagi fakta mengenai Natasha yang baru diketahuinya. Natasha minat cerita jiwang! Jarang-jarang dia nak dengar Natasha mengaku begitu.

"You tak scam I kan?" Kayden mengecilkan mata memandang riak bersahaja Natasha itu.

"Laa betullah! I cakap jujur. I selalu tengok cerita tu dalam bilik tidur. Masa you takde kat rumah, I senyap-senyap layan cerita tu. Sebab kalau I tengok cerita tu depan you, mesti you ejek I. Tak jadi pulak I nak menangis"

Bicara Natasha buat Kayden ketawa terbahak-bahak. Dengan riak bersahaja dan mulutnya yang laju saja berbicara itu, tangan Kayden hinggap pada pipinya lalu dicuit geram.

"You ni lawaklah! Mana you tahu I ejek you?"

"I agak-agak je.."

Mata Kayden kemudian melekap pada bahagian dada Natasha yang memang terdedah itu. Air liur ditelan. Matanya terkebil-kebil. Laju saja dia berpaling dan menonton cerita di televisyen.

Bulu romanya naik. Diusap tengkuk sendiri sambil mengetap bibir. Bayangan itu mula bermain-main di benaknya. Natasha kini seolah sedang menggodanya. Setiap hari, dia ditayangkan dengan bahagian badannya yang seksi dan menggiurkan. Adakah Natasha sengaja menggodanya? Bimbang pula dia jika dia yang tak mampu menahan gelora.

"Kenapa kat sini takde line handphone?"

Suara Natasha menyentakkannya. Lidahnya kelu. Fikirnya Natasha takkan membangkitkan soal itu sementelah mereka sudah seminggu berada di situ.

"Memang selama ni takde line! Kat kawasan macam ni mana nak ada line?" Kayden mencipta alasan. Namun dia bingung jika Natasha bijak memerangkapnya.

Dahi Natasha mengerut. Tetapi selama ini dia perasan ada menara tinggi di hujung bukit sana.

"Tapi I nampak ada tower kat hujung bukit tu. Tu mesti line tower kan?"

Kayden tersentak. Benar dugaannya. Natasha bijak membuat dia senyap. Dia harus mencari alasan lain agar tak dihidu oleh Natasha.

"Tu bukan line tower sayang! Tu tower yang orang guna untuk dapatkan bantuan kalau panjat bukit.."

"Haa?" Natasha kaget. Macam tipu je?! "Kat bukit yang curam dan sejuk macam tu, siapa je yang nak panjat naik ke tower tu? Belum sampai atas lagi, dah mati dulu orang tu"

Sekali lagi, Kayden ketawa. Namun dengan suara yang lebih kuat. Bicara Natasha kedengaran lucu.

"You boleh tak percaya cakap I? Kat sini memang takde line. Tapi kan kenapa baru sekarang you tanya? Kenapa tak masa mula-mula kita sampai dulu?"

"I baru ingatlah! I ingat nak call Amira, tapi tengok line takde"

"Kenapa nak call Amira?"

"Saja, nak borak dengan dia!"

"Tak nak borak dengan I ke?"

Natasha diam. Makin dia jawab, makin banyak pulak soalan suaminya.

"Sayang, baju you ni.." Kayden membetulkan bahagian dada baju tersebut. Terlalu menonjol sampai gelisah dia dibuatnya.

"Kenapa sekarang suka pakai seksi?" Terluah juga soalan itu dari bibirnya.

"Ni kan baju mama. Baju mama besar dari badan I. Tu yang nampak macam seksi kot"

Baru Kayden teringat. Dia sendiri yang membeli baju itu untuk Natasha. Fikirnya ukuran baju tersebut cukup buat Natasha. Rupa-rupanya hanya sebahagian saja yang menepati ukurannya.

"You tak malu ke seksi depan I?"

"Tak! Macam you cakap, you dah nampak semua! Jadi kenapa I nak kena malu?"

Bicara itu bikin Kayden malu sendiri. Benar juga itu. Tetapi kenapa dia pulak yang merona saat ini?!

"You tak suka I pakai seksi ke?" Natasha hanya menduga. Sejujurnya dia juga tak suka berpakaian terlalu mendedah. Namun apakan dayanya. Baju itu saja pilihan yang dia ada. Takkan dia nak berbogel pula di hadapan Kayden? Lagipula di pulau itu hanya ada dia dan Kayden. Jadi bukan masalahnya jika dia seksi sekalipun.

"Suka, tapi biar di depan I je. Orang lain tak boleh tengok. Semua yang ada kat tubuh badan you tu milik I sorang"

Dahi Natasha dikucup mesra. Mahu saja dia mengajak Natasha melunaskan nafkah batin itu, namun dia tak mahu terburu-buru. Dia akan tetap menunggu sehingga Natasha bersedia.

"Kay, I ngantuk!" lirih suara Natasha.

"Tidurlah! I teman you"

Natasha sudah berbaring. Setelah Kayden menghantar tubuhnya di atas ranjang, Natasha pantas merapatkan diri ke sisi. Tubuh Kayden didakap erat. Dada Kayden tempat kepalanya bersandar. Dia selesa seperti itu.

"You tak tidur lagi?"

"I nak tengok cerita ni. You tidurlah dulu"

Natasha memejam mata. Namun tak mampu lena. Biasanya Kayden akan menepuk belakangnya sehingga dia terlena.

"Kenapa you tak buat tu?"

Kayden tersentap. "Buat apa?"

"Ni.." Natasha angkat tangan Kayden kemudian diletakkan di belakang badannya. Kemudian dia menggerakkan sendiri tangan suaminya.

"You nak I tepuk belakang you?" Kayden geli hati dengan tingkah isterinya.

Natasha angguk.

"Okey, I buat"

Serentak itu, tangan Kayden menepuk belakang Natasha dengan lembut. Lama-kelamaan mata Natasha mulai layu sehinggalah dia tertidur dalam dakapan suaminya.

SETELAH sejam berlalu, Kayden yakin Natasha telah lena. Telinga dia menangkap jelas bunyi desiran lembut dari bibir itu. Laju saja dia tunduk seraya mencium dahi itu dengan penuh kasih sayang.

Baru saja dia nak bangkit, tangan Natasha semakin erat memeluknya. Bahkan kaki isterinya disilangkan ke kakinya. Kayden menderu nafas perlahan. Tahulah dia, dia tidak bisa lolos.

Telefon bimbit di atas meja digapai. Setelah menghidupkan line telefon, dia pantas mendail Emir. Tak lama menunggu, Emir sudah menunggu di hujung sana.

"Any news?"

"Dia makin gelabah sekarang!"

Berita itu buat senyuman Kayden melebar. Bagus! Itu yang dia inginkan. Sedikit demi sedikit pasti hidup mereka bakal hancur gara-gara olah mereka sendiri.

"Tapi ada satu hal yang musykil"

Kening Kayden bertaut. "Apa dia?"

"Bos ingat Hardi?"

Kayden menghela nafas panjang. Mustahil dia lupa pada lelaki keparat yang hampir memusnahkan maruah isterinya. Mendengar nama itu, rahangnya bergerak-gerak. Setelah tiga tahun berlalu, baru kali ini nama itu disebut kembali. Adakah dia membuat onar semula?

"Kenapa dengan dia?"

"Marisa jumpa dia!"

Semakin menarik berita itu! Sinis senyuman Kayden. Apa jangan-jangan peristiwa tiga tahun lepas juga olah Marisa? Jika benar, dia tidak akan melepaskan gadis itu.

"Aku dah siasat. Rupa-rupanya Marisa adalah kekasih gelap Hardi. Dorang selalu jumpa kat apartment Hardi bila bini dia takde"

Berita itu memeranjatkan Kayden. Tak disangka di usianya yang masih muda, dia rela menjadi pemuas nafsu bagi lelaki yang sudah lanjut usia itu. Siapa saja yang tidak kenal dengan Hardi? Wajahnya memang macho tetapi seleranya sangat tinggi. Bukan calang-calang perempuan dapat menepati citarasanya.

Natasha di sisi dikerling sekilas. Untung saja Natasha tidak sempat menjadi mangsanya. Jika tidak, dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri. Pipi montel itu dielus perlahan.

"Macam mana sekarang bos?"

"Kau terus perhatikan dia. Ambik gambar-gambar dan video dorang. Aku ada idea. Tapi tunggu aku balik nanti. Buat masa sekarang, kau perhatikan je dorang"

Usai berbicara, panggilan dimatikan. Terlalu banyak yang sudah sedia dirangka dalam otaknya. Dia ingin membalas setiap yang mereka lakukan kepada Natasha. Dia ingin mereka merasakan sengsara itu seperti apa.

"Kay.." seru Natasha perlahan. Matanya masih terpejam.

"I kat sini!"

Tubuh kecil itu dia dakap erat. Lama-kelamaan, dia juga turut terlelap.

KAYDEN sedar dan melihat tiada Natasha di sebelah. Bingkas dia bangun dan mencari kelibat isterinya. Dia turun dari ranjang dan bergerak ke balkoni. Di situ, dia dapat melihat kelibat Natasha di pergigian air. Laju saja dia menuruni anak tangga dan mendapatkan isterinya.

"Kenapa tak kejutkan I?"

Kayden berdiri memayungi Natasha yang sedang bercangkung mengutip sesuatu. Natasha memanggung kepala. Serentak itu, senyumannya singgah memenuhi wajah.

"I tengok you lena sangat. I tak nak ganggu"

"I tak kisah pun you ganggu I"

"Mula dah! Ayat-ayat manis dia" selar Natasha sambil mengutip beberapa buah cengkerang yang terdampar di atas pasir pantai itu.

Kayden duduk menyaingi isterinya. Diperhatikan saja tingkah Natasha dengan mimik muka tak puas hati.

"Cengkerang ni lebih hensem dari I ke?"

Terkebil-kebil mata Natasha dengan bicara suaminya. Tak faham!

"Of courselah you lebih hensem!" akui Natasha tanpa berselindung. Dia sambung kerjanya.

Kayden senyum nipis. Senang hati dengan jawapan isterinya.

"Tapi awal pagi lagi you lebih rela mengadap si cengkerang ni daripada muka I!" Kayden buat-buat merajuk.

"Alaa! Mengadanya nak merajuk bagai.." Natasha cubit pipi suaminya.

"I merajuk betul-betul ni!"

Kayden sudah berdiri. Tangan disilang ke dada. Dia nak lihat sejauh mana Natasha bijak memujuk.

"Nak gendong!" Natasha mendepakan tangan. Meminta digendong oleh suaminya.

Kayden masih kaku. Dia masih nak merajuk tetapi dia tak mahu melepas peluang dengan sikap manja Natasha itu.

"Okeylah! Tak nak takpe!" Natasha pula buat-buat merajuk. Itu saja cara untuk melemahkan hati suaminya.

Baru saja Natasha nak merajuk, Kayden sudah cempung tubuhnya. Tapi wajah itu nampak serius.

"Macam tak ikhlas je!" tutur Natasha buat langkah Kayden terhenti.

"You tahu ke macam mana orang tak ikhlas?"

Natasha diam. Dia hanya bergurau namun kenapa Kayden nampak berkecil hati?

"Macam ni..." Serentak itu, tubuh Natasha dijatuhkan ke dalam air. Melihat Natasha yang sudah basah itu, Kayden mengekek ketawa. Wajah yang keruh kembali ceria. Senang hatinya dapat mengenakan Natasha.

Natasha geram. Laju saja dia tarik Kayden. Sekejap saja suaminya sudah jatuh ke dalam air. Akibatnya, dua-dua sudah kebasahan di pagi itu.

Gelak tawa Kayden dan Natasha turut menghiburkan ribuan burung yang sedang berterbangan di awanan. Asyik benar mereka bermain dengan air.

Tubuh Natasha dicempung kembali. Idea nakalnya tiba-tiba muncul.

"You nak bawak I pergi mana ni?"

"Mandi dengan I!"

Riak Natasha merona. Macam-macam sedang bermain di dalam fikirannya.

"Tak nak!"

"I don't take no as an answer!"

Laju saja langkah Kayden menaiki anak tangga. Menyesal pula Natasha bergurau seperti itu. Melihat langkah Kayden, tahulah dia hala tuju mereka selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience